View: 5954|Reply: 4
|
[Tempatan]
Ibu sanggup kayuh basikal dalam gelap untuk jemput ambulans buat netizen kagum
[Copy link]
|
|
Edited by YgBenar at 10-10-2024 09:45 AM
Ibu sanggup kayuh basikal dalam gelap untuk jemput ambulans
Baru-baru ini, seorang ibu sanggup melakukan perkara sama apabila gigih mengayuh basikal meredah gelap malam untuk menjemput ambulans yang ingin mengambil anaknya yang sedang sakit di rumah.
Menerusi video yang dimuat naik oleh Danial Haikal di TikTok, kelihatan sebuah ambulans sedang mengekori sebuah basikal yang ditunggang oleh seorang wanita untuk menunjukkan arah rumahnya yang terletak di Kampung Charok Kudung, Pendang, Kedah.
Ambulans sukar kesan lokasi rumah menyebabkan si ibu terpaksa jemput
Wanita yang juga seorang ibu itu difahamkan menjemput pihak ambulans untuk mengambil anaknya yang sedang sakit selepas pihak berkenaan sukar mengesan lokasi rumah.
Namun apa yang menjadi perhatian, ketika dalam perjalanan ke rumah wanita berkenaan kelihatan jalan yang dilalui wanita tersebut gelap gelita tanpa sebarang cahaya lampu.
“Terima panggilan kecemasan dari hospital (dipercayai pesakit mengalami sawan). Tibanya di lokasi kami maklumkan kepada caller untuk jemput kami di tempat tersebut sebab nak cari rumah caller susah.
“Dalam masa yang agak lama hampir 15-20 minit tunggu caller datang, kami agak terkejut sebab ibu ini datang dengan berbasikal sambil tercungap-cungap dan berkata ‘maaf lambat’.
“Lalu ia tunjukkan kami jalan ke rumahnya. Saya cuba pujuk dia untuk naik ambulans dan saya akan bawa basikal itu tapi dia tidak mahu,” jelas Haikal.
Cuba tawar wanita untuk naik ambulans, rumah jauh di dalam ladang kelapa sawit
Malah wanita itu turut mengatakan dia boleh mengayuh basikal terbabit sambil pihak ambulans mengikutinya dari belakang.
Kata Haikal rumah wanita berkenaan agak jauh kerana ia terletak di dalam ladang kelapa sawit, namun melihat kesungguhan si ibu membuatkan dia berasa sebak.
“Saya yang di dalam ambulans ni sebak tengok ibu ini sanggup kayuh dalam gelap untuk anak yang tengah sakit.”
Melihat di ruangaan komen, video tersebut membuatkan ramai sebak apabila terkenangkan pengorbanan seorang ibu terhadap anaknya.
Malah ada yang mengatakan wanita itu merupakan seorang ibu yang hebat buat anak-anaknya. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Pengorbanan seorang ibu.. semoga Allah permudahkan urusan keluarga ini.
|
|
|
|
|
|
|
|
Sebak jugaklah. Sbb naik basikal. Kalau moto xdelah sebak sgt. Moga anknya berjaya dunia akhirat. |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga anaknya cepat sihat.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|