View: 29660|Reply: 6
|
[Tempatan]
Cemas air semakin naik, ular masuk rumah
[Copy link]
|
|
Cemas air semakin naik, ular masuk rumah
https://www.kosmo.com.my/2024/10 ... k-ular-masuk-rumah/
Oleh NORLIDA AKMAR IDROS
10 Oktober 2024, 9:37 am
Penduduk terjejas banjir terpaksa berpindah keluar dari rumah di Kampung Alor Madi di Anak Bukit, Alor Setar semalam. - Foto oleh SHAHIR NOORDIN / KOSMO!
ALOR SETAR – Sebahagian penduduk Anak Bukit, di sini yang tidak berpindah keluar dari rumah akibat banjir terpaksa berbuat demikian apabila limpahan Sungai Anak Bukit menjadi semakin serius, selain kehadiran haiwan berbisa.
Menurut penduduk Kampung Alor Madi, Saniyah Murad, 52, pada awalnya dia sekeluarga tidak berpindah kerana keadaan banjir di kawasan rumah tidak teruk.
“Air masuk perlahan-lahan sejak Isnin lalu, namun malam kelmarin berlaku hujan lebat sekali lagi menyebabkan bahagian dapur dan bilik tidur digenangi air.
“Pagi semalam, air semakin naik dan paling mencemaskan apabila anak menjerit beritahu ada ular kapak di dalam bilik air,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Katanya, dia dan suami kemudian membuat keputusan untuk berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) apabila melihat Sungai Anak Bukit yang semakin deras dan melimpah.
“Semua barang elektrik kami angkat ke tempat tinggi dan harap banjir kali ketiga ini tidak teruk seperti kejadian pertama. Namun, kalau tengok keadaan cuaca yang mendung dan ramalan air pasang besar pada 18 Oktober ini, mungkin keadaan boleh jadi lebih teruk.
“Apa pun, bagi saya keselamatan keluarga paling penting kerana harta boleh dicari, cuma saya teringatkan 12 ekor kucing di rumah. Suami akan pergi tengok kucing-kucing itu setiap hari untuk beri makan,” ujarnya.
Seorang lagi penduduk, Rozaini Ahmad, 49, berkata, dia sekeluarga juga tidak berpindah awal kerana keadaan banjir tidak teruk, selain bapa yang uzur enggan keluar kerana sukar bergerak.
“Ayah bergerak guna kerusi roda, jadi kalau boleh dia memang tak mahu pindah kerana susah nak bergerak selain dia kata tidak mahu kacau anak-anak.
“Walau bagaimanapun, kami sekeluarga terpaksa juga berpindah keluar kerana rumah sudah dimasuki air. Buat sementara, kami tinggal di rumah adik di Alor Setar,” ujarnya.
Sementara itu, penduduk kampung berhampiran iaitu Kampung Alor Ganu, Zakaria Darus, 68, berkata, hujan lebat di kawasan hulu iaitu di daerah Padang Terap menyebabkan air sungai turun ke daerah Kubang Pasu seterusnya ke Kota Setar.
“Keadaan itu menyebabkan banyak kawasan terutama yang terletak di tepi sungai dilanda banjir. Biasanya kalau hujan hari-hari di sini pun, air tidak akan naik,” katanya.
Katanya, dia belum berpindah ke PPS dan kini tinggal di tingkat atas rumah.
“Rumah banyak barang, risau juga kalau ada orang pecah masuk. Jadi, buat masa ini saya standby dahulu di rumah,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
I saw a tiktok kat florida, ada buaya kat luar rumah that was scary |
|
|
|
|
|
|
|
nirman replied at 10-10-2024 11:29 AM
I saw a tiktok kat florida, ada buaya kat luar rumah that was scary
Florida mmg asal ada air je ada buaya uols
Iols penah tgk rancangan omputih beli2 rumah tu..area Florida la..yg iols takleh lupa..acik tu tanak rumah yg berdekatan dgn tasik ke sungai ke..punya dia takut dgn buaya. Pastu iols google..mmg rupanya florida & buaya tu x dpt dipisahkan |
|
|
|
|
|
|
|
yes tapi yang i tengok ada like 40 over kat halaman rumah, biasanya satu dua. was quite scary la bayangkan buka pintu buaya tengok you
|
|
|
|
|
|
|
|
nirman replied at 10-10-2024 01:22 PM
yes tapi yang i tengok ada like 40 over kat halaman rumah, biasanya satu dua. was quite scary la b ...
Gile arh..ada link x..nk tgk
Iols gigih siap tgk map florida masa tu..mmg bnyk tasik2 , paya kt sana n mcm susah nk cr rumah yg jauh dr tasik,paya ,kwsn berair |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by gigahertz at 10-10-2024 02:41 PM
I tak boleh hadam florida ada buaya sebab
i terlalu banyak tengok cerita omputih.
Battleship , gozillah vs kong , intesellar , pacific rim
|
|
|
|
|
|
|
| |
|