CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 30342|Reply: 0

[Kedah] Banjir: Laluan Derang ke Bukit Pinang dan Pokok Sena terputus

[Copy link]
Post time 10-10-2024 11:23 AM | Show all posts |Read mode
Banjir: Laluan Derang ke Bukit Pinang dan Pokok Sena terputus

Zuliaty Zulkiffli[email protected]





LALUAN dari Bukit Pinang ke Pokok Sena dinaiki air akibat gelombang ketiga banjir sejak semalam. FOTO Zuliaty Zulkiffli





Pokok Sena: Laluan di kawasan Derang dari Bukit Pinang di Alor Setar menghala ke Pokok Sena terputus berikutan kawasan itu dinaiki air selain arus deras.

Gelombang ketiga yang melanda negeri ini sejak 5 Oktober lalu menyebabkan banjir di beberapa kawasan Derang makin buruk berbanding gelombang pertama pada 18 September lalu dan kedua, 27 September lalu.

Tinjauan di lokasi di mendapati, laluan sepanjang 200 meter itu tidak dapat dilalui kenderaan ringan disebabkan kawasan itu dipenuhi air setinggi hampir 0.5 meter.

Dalam pada itu, Masjid Kampung Bukit, Mukim Derang dan tanah perkuburan Islam turut ditenggelami air.

Sebahagian besar penduduk di kawasan Derang terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) berikutan paras air di kawasan kediaman mereka naik antara 1.5 hingga 2 meter.

Selain itu, tinjauan bersama pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pokok Sena dan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar mendapati, kawasan yang terjejas banjir ibarat sungai apabila sawah dan jalan raya dipenuhi air.

Penduduk, Mohd Nizam Mohd Nor, 33, berkata, dia yang bekerja di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar terpaksa menggunakan laluan jauh ke Pokok Sena sedangkan laluan Derang ke Alor Setar lebih dekat.

Katanya, dia juga terpaksa berpindah kali ketiga ke PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Hijau dalam tempoh tiga minggu selepas kediamannya dinaiki air setinggi 1.5 meter.

"Air naik mendadak jam 4 pagi semalam hinggakan saya dan keluarga tidak sempat berbuat apa-apa melainkan kami berpindah ke PPS kerana lebih selamat.

"Barangan perabot dan elektrik yang diangkat ke tingkat atas rumah juga belum diangkat dan kami berpindah kerana bimbang paras air akan terus meningkat.

"Bimbang juga air akan naik ke tingkat atas rumah kerana difahamkan, air sungai dari Padang Terap sudah turun ke kawasan Pokok Sena menuju ke Alor Setar," katanya ketika ditemui di lokasi hari ini.

Penduduk Kampung Baru, Hashim Lah, 57, berkata, air sungai melimpah selepas hujan lebih sejam di kawasan itu sebelum masuk ke dalam rumahnya perlahan-lahan.

Katanya, kejadian banjir ini menyebabkan rumahnya dinaiki air setinggi 1.5 meter .

"Memang sedih la tengok rumah ditenggelami air dan saya serta keluarga terpaksa berpindah semula ke PPS.

"Kami terpaksa meranduk air yang berarus deras dan merbahaya untuk warga emas dan kanak-kanak. Disebabkan itu kami terpaksa berpindah ke PPS," katanya.



Disiarkan pada: Oktober 10, 2024 @ 11:12am

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/10/1142802/banjir-laluan-derang-ke-bukit-pinang-dan-pokok-sena-terputus




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 04:04 PM GMT+8 , Processed in 0.130010 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list