View: 31427|Reply: 2
|
[Tempatan]
Dua pengikut 'Tuhan Harun' terlepas hukuman gantung
[Copy link]
|
|
Dua pengikut 'Tuhan Harun' terlepas hukuman gantung
https://www.sinarharian.com.my/a ... pas-hukuman-gantung
Oleh
NOOR AZLIDA ALIMIN
10 Oktober 2024 11:09am
Hukuman gantung dua pengikut ‘Tuhan Harun’ diganti kepada hukuman penjara selama 40 tahun oleh Mahkamah Persekutuan pada Khamis.
PUTRAJAYA - Dua pengikut ‘Tuhan Harun’ terlepas hukuman gantung apabila Mahkamah Persekutuan di sini pada Khamis, menggantikannya kepada hukuman penjara selama 40 tahun, kerana membunuh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), pada 11 tahun lalu.
Panel tiga hakim dipengerusikan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat sebulat suara membenarkan permohonan semakan hukuman oleh Sumustapha Suradi, 50, dan Shamsinar Abdul Halim, 47, untuk mengetepikan hukuman gantung yang dikenakan terhadapnya.
“Sumustapha dikenakan hukuman penjara itu bermula tarikh tangkap, sementara Shamsinar dikenakan 12 kali sebatan,” kata Tengku Maimun yang bersidang bersama Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim dan Datuk Nordin Hassan.
Pada 2016, dua pesalah ini dikenakan hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Kuantan, Pahang selepas didapati bersalah membunuh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasa JAIP, Ahmad Raffli Abd Malek.
Ahmad Raffli, 49, ditembak di hadapan rumahnya di Bandar Indera Mahkota, Kuantan, pada 10 November 2013.
Kedua-dua mereka gagal dalam rayuan selepas Mahkamah Rayuan menolaknya pada 8 Februari 2018.
Ketua kumpulan ajaran sesat itu, Harun Mat Saat atau lebih dikenali sebagai ‘Tuhan Harun’, juga didakwa kerana bersubahat dalam pembunuhan tersebut.
Bagaimanapun, tuduhan ke atasnya digugurkan pada 26 Ogos 2016 selepas dia meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan pada 16 Ogos akibat masalah pernafasan.
Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman itu selepas menolak rayuan akhir mereka pada 29 November 2018.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
mak aiii, tembak terus.
ingatkan bergaduh pastu sorg mati.
kalau dah niat awal tu nk membunuh, patut kekalkan la hukuman mati tu.
senjata api tu entah ada lesen ke x?
acu senjata kat org pun dah kesalahan berat |
|
|
|
|
|
|
|
s@s@ replied at 10-10-2024 12:33 PM
mak aiii, tembak terus.
ingatkan bergaduh pastu sorg mati.
kalau dah niat awal tu nk membunuh, patut ...
artikel tulis...TERlepas... |
|
|
|
|
|
|
| |
|