CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 34097|Reply: 0

[Kedah] 'Saya terpaksa redah arus deras'

[Copy link]
Post time 10-10-2024 03:23 PM | Show all posts |Read mode
'Saya terpaksa redah arus deras'

Noorazura Abdul Rahman[email protected]




Mohd Sobri Shafie, 47, menunjukkan tempat dia turun menerusi tingkap dari bahagian atas rumahnya di Kampung Siput, mukim Siong di sini. FOTO Noorazura Abdul Rahman





Baling: Biarpun berdepan bahaya, seorang peniaga jagung sanggup keluar rumah menerusi tingkap dan meredah arus deras akibat banjir untuk berniaga di pasar bagi mengelak menanggung kerugian.

Mohd Sobri Shafie, 47, dari Kampung Siput, mukim Siong berkata, air mula masuk ke dalam rumah selepas Maghrib kelmarin sebelum mencecah satu meter pada jam 7 pagi semalam.

"Saya sudah mengambil sebanyak 100 tongkol stok jagung dan kena habiskan dalam masa dua hari, kalau saya tak keluar berniaga jagung akan rosak dan merugikan saya.

"Jadi, saya ambil keputusan keluar rumah melalui tingkap kerana pintu tidak boleh dibuka akibat tekanan air terlalu kuat.

"Ketika itu, air di dalam rumah sudah lebih satu meter, Alhamdulillah saya dapat berniaga seperti biasa walaupun terpaksa redah arus deras untuk ke jalan utama," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Terdahulu, tular video berdurasi 38 saat di media sosial memaparkan seorang lelaki turun menerusi tingkap rumah meredah banjir di rumahnya dengan arus kuat.

Katanya, kejadian banjir itu dianggap paling buruk dalam tempoh lebih 50 tahun lalu.

Menurutnya, kali ini sudah lapan kali rumahnya dinaiki air sejak September lalu akibat limpahan air dari Sungai Ketil yang terletak kira-kira 20 meter dari rumahnya.

Bagaimanapun, air surut sepenuhnya pada jam 7 malam.

Seorang lagi mangsa banjir, Ajaranah Mohd Sidek, 42, dia tidak berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) kerana demam sejak minggu lalu akibat terlalu penat membersihkan rumah yang turut dinaiki air sebanyak lapan kali.

"Kejadian banjir kelmarin menyebabkan banyak perabot rosak, paras air terlalu tinggi, biasanya tidak sampai 0.5 meter tapi kali ini lebih satu meter.

"Banyak lagi yang perlu dibersihkan, keadaan di depan rumah masih dipenuhi lumpur," katanya yang turut mempunyai penyakit kencing manis dan sakit lutut.



Disiarkan pada: Oktober 10, 2024 @ 3:01pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/10/1142914/saya-terpaksa-redah-arus-deras




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 04:12 PM GMT+8 , Processed in 0.224804 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list