CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 28732|Reply: 12

Kapal perang China berlabuh: Tidak timbul soal ancam kedaulatan, kata Fahmi

[Copy link]
Post time 10-10-2024 10:25 PM | Show all posts |Read mode





PUTRAJAYA - Soal ancaman kedaulatan negara tidak timbul susulan dua kapal tentera laut China berlabuh di Pulau Pinang, kata Menteri Komunikasi yang juga Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil.


Beliau berkata, kapal perang dari negara lain seperti Australia, Amerika Syarikat, China, India dan dari destinasi lain akan berlabuh di pelabuhan Malaysia, namun semuanya mengikut protokol yang dikendalikan Wisma Putra dan dalam pengetahuan Kementerian Pertahanan.


"Memang dari semasa ke semasa, kapal perang dari Australia, Amerika Syarikat, China malah dari India memang akan berlabuh. Sering kali menuju satu destinasi lain dan akan berlabuh untuk beberapa hari.


"Dalam waktu mereka (kapal) berlabuh itu biasanya kedutaan atau pewakilan asing bagi negara tersebut akan berhubung untuk melakukan beberapa aktiviti dan niatnya adalah untuk mengeratkan hubungan antara kedua-dua negara," katanya kepada media selepas Perhimpunan Bulanan Kementerian Komunikasi, di sini pada Khamis.


Turut hadir, Timbalan Menteri, Teo Nie Ching; Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Mohamad Fauzi Md Isa; Pengarah Urusan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Datuk Mohd Ali Hanafiah Mohd Yunus; Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Nur-ul Afida Kamaludin dan Ketua Pengarang Bernama, Arul Rajoo Durar Raj.


Fahmi berkata, beliau kesal dengan sikap segelintir warganet yang cuba menggunakan sentimen perkauman dan kebencian dalam isu berkenaan.


"olis dan MCMC meneliti perkara ini dan akan mengambil tindakan kepada mereka (warganet) terutama yang menyebarkan maklumat palsu bukan hanya lawatan (kapal perang) tapi sebarang perkara sekalipun," katanya.


Beliau berkata, ada dalam kalangan netizen juga cuba memaparkan perkara tidak benar berhubung kehadiran kapal tentera China.


"Kita mempunyai hubungan diplomatik yang baik dengan sejumlah negara dan semua negara ini, sekiranya kapal-kapal perang mereka berlabuh sementara di pelabuhan-pelabuhan Malaysia (adalah) mengikut protokol sedia ada," katanya.


Semalam, Exco Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Pulau Pinang, Wong Hon Wai dilaporkan meminta orang ramai tidak menimbulkan sebarang spekulasi berhubung kunjungan dua kapal tentera dari China bersama pelajar Naval University of China ke Pelabuhan Pulau Pinang, Sabtu lepas.


Pengerusi Biro Antarabangsa Bersatu, Datuk Seri Saifuddin Abdullah pula dilaporkan berkata, sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan 'tidak masuk akal' terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia iaitu di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik berkenaan.


Sumber - Bernama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-10-2024 10:37 PM | Show all posts
China kalau dia tahu dia boleh makan..dia buat.
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2024 11:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan ancaman sebab bukan zaman najib..kannnnn?[em:3:]
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2024 11:49 PM From the mobile phone | Show all posts
gigahertz replied at 10-10-2024 10:37 PM
China kalau dia tahu dia boleh makan..dia buat.

Sb tu..bila cina 'bagi makan'..jgn amik...nanti dia 'minta bayar balik'(dlm pelbagai bentuk).
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2024 12:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Sempena national day china ka nak tunjuk asset army nak tunjuk Malaysia geng China ka etc,
sedangkan Taiwan national day 10/10/24  presiden tu speech byk ttg ancaman china ke atas Taiwan
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2024 02:30 AM | Show all posts
Skuau replied at 10-10-2024 03:49 PM
Sb tu..bila cina 'bagi makan'..jgn amik...nanti dia 'minta bayar balik'(dlm pelbagai bentuk).

China kalau makan kita ...tanah kita di convert jadi pertanian.
kita semua di kerah jadi Petani & peladang.
Gas Asli kita China ambik guna untuk negara dia.
Perdana menteri pulak berkuasa secara diktator rampas hasil
pertanian. satu sen upah dan gaji tidak di bayar.
siapa yang ada anak dara lawa-lawa tu di tarik jadi gundik orang atas.

compare saiz taiwan & malaysia. berbaloi serang Malaysia
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-10-2024 02:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Kapal perang berlabuh tu satu hal,sambutan yg diterima tu satu hal lain pulak,perlu ke gigih nk menyambut ketibaan kapal perang dari china ni???
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2024 04:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Penang ada navy base ke? Tau memang kapal navy dari luar ada je datang Malaysia tapi akan ke base navy.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-10-2024 11:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Iyelah sbb geng dia jgk.
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2024 11:48 PM From the mobile phone | Show all posts
zuuu replied at 11-10-2024 02:35 AM
Kapal perang berlabuh tu satu hal,sambutan yg diterima tu satu hal lain pulak,perlu ke gigih nk meny ...

Lain macam punya sambutan, lepas nih klau kapal perang isroel berlabuh kt Penang sure muntri pendidikan ckp tu pertukaran pelajar gamaknya
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2024 11:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Bangang pahami ni
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2024 02:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Bila dh galas jd menteri, menjwb tu biarlah bijak.
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2024 10:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Terus aku terimagine rosmah azwan ali madey nora danish fazura ct nurhaliza jd petani . Hahaha.. cmn laa rupe depa..

Azwan yg aku tau mesti pemalas.. angkat cangkul mesti mencarut why bother bother..

Seko lg ct kasim
..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 01:05 PM GMT+8 , Processed in 0.365894 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list