CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 42847|Reply: 0

[Pulau Pinang] Pengarah syarikat tidak mengaku tubuh syarikat lain untuk manfaat sendiri

[Copy link]
Post time 11-10-2024 02:55 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 11-10-2024 02:56 PM

Pengarah syarikat tidak mengaku tubuh syarikat lain untuk manfaat sendiri

OlehSYAJARATULHUDA MOHD ROSLI

11 Oktober 2024 12:20pm




Tertuduh sebagai pengarah dua buah syarikat tanpa persetujuan mesyuarat agung syarikat berkenaan telah terlibat dalam satu perniagaan yang bersaing dengan syarikat tersebut.




BUTTERWORTH - Seorang pengarah syarikat mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan menubuhkan satu entiti perniagaan lain bagi manfaat sendiri tanpa kebenaran mesyuarat agung syarikat.

Tertuduh, Tan Chong Hee, 50 membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Noor Aini Yusof di Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat.


Mengikut pertuduhan, tertuduh sebagai pengarah dua buah syarikat tanpa persetujuan mesyuarat agung syarikat berkenaan telah terlibat dalam satu perniagaan yang bersaing dengan syarikat tersebut.


Tertuduh mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan menubuhkan satu entiti perniagaan lain bagi manfaat sendiri tanpa kebenaran mesyuarat agung syarikat.




Sehubungan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 218(1)(e) Akta Syarikat 2016 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 218(2) akta yang sama.


Dia didakwa melakukan perkara itu dengan menubuhkan sebuah syarikat lain bagi mendapatkan secara langsung atau tidak langsung, sesuatu manfaat bagi dirinya sendiri melalui hasil penjualan kayu-kayan yang berjumlah RM377,990.85.

Chong Hee dituduh melakukan kesalahan itu di Mukim 12, Kubang Menerong, Kampung Selamat di Tasek Gelugor antara 2 November 2020 hingga 29 Mac 2021.


Tertuduh diwakili peguam C Hari Prassaad Rao dan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Nadia Jamal.




Tiada tawaran jaminan dibuat Nurul Nadia terhadap tertuduh.

Dalam rayuannya, Hari Prassaad memohon agar mahkamah menetapkan wang jaminan yang rendah berikutan anak guamnya mempunyai tanggungan keluarga selain mengidap penyakit darah tinggi.

"Tertuduh merupakan pengarah syarikat dan sudah berkahwin. Dia mempunyai seorang isteri yang tidak bekerja dan tiga orang anak yang perlu disara.


"Anak guam saya juga mengidap penyakit darah tinggi. Oleh itu, saya mohon mahkamah menetapkan wang jaminan yang rendah kepadanya," katanya.

Noor Aini kemudiannya menetapkan wang jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin terhadap tertuduh.


Kes ditangguh sehingga 11 November untuk serahan dokumen.

https://www.sinarharian.com.my/article/690380/berita/semasa/pengarah-syarikat-tidak-mengaku-tubuh-syarikat-lain-untuk-manfaat-sendiri


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 04:11 PM GMT+8 , Processed in 0.085608 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list