CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 40789|Reply: 20

[Tempatan] RUU Mufti akan jadikan Malaysia negara Islam sekelip mata, dakwa beberapa kumpulan dari Sabah dan Sarawak

[Copy link]
Post time 11-10-2024 06:53 PM | Show all posts |Read mode
'RUU Mufti akan jadikan Malaysia negara Islam sekelip mata'

https://www.malaysiakini.com/news/722319

Diterbitkan:  Oct 11, 2024 5:27 PM⋅
Dikemaskini: 6:42 PM



Rang Undang-Undang Mufti (Wilayah Persekutuan) 2024 akan mengubah Malaysia menjadi sebuah negara Islam dalam sekelip mata, dakwa beberapa kumpulan dari Sabah dan Sarawak hari ini.

Menurut Borneo Post Online, 14 kumpulan yang berpangkalan di Sarawak dan Sabah itu juga mendakwa RUU berkenaan melanggar Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan merupakan serangan secara langsung terhadap sistem sekular di negara ini.

“Kami di Sabah dan Sarawak menentang keras Rang Undang-Undang Mufti yang dicadangkan yang bertujuan untuk memperluas kuasa mufti di Wilayah Persekutuan.

“Kami dengan tegas menolak sebarang usaha untuk diperintah oleh mufti, kerana ini akan secara efektif mengenepikan sistem raja berperlembagaan, kerajaan Madani, dan demokrasi berparlimen sekular yang menjadi asas Malaysia.

“Perubahan seperti ini akan mengubah Malaysia menjadi sebuah negara Islam dalam sekelip mata,” dakwa mereka.

Antara NGO yang mengeluarkan kenyataan bersama itu ialah Presiden Borneo’s Plight in Malaysia Foundation, Daniel John Jambun, Presiden Sabah Sarawak Rights Australia New Zealand, Robert Pei, pengasas Saya Anak Sarawak Peter John Jaban, Presiden Republic Sabah North Borneo, Mosses Paul Anap Ampang, Presiden Parti Bumi Kenyalang, Voon Lee Shan, dan duta budaya Gabungan Orang Asal Sabah Sarawak, Dayak Themothy Jagak.

Terdahulu hari ini, Bernama melaporkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Mohd Na'im Mokhtar berkata RUU itu akan dibentangkan untuk bacaan kedua dan ketiga dalam sidang Parlimen yang akan bermula pada 14 Oktober.



Katanya pembentangan tersebut dibuat selepas kabinet memberi persetujuan.

"RUU ini bertujuan untuk memperkukuhkan institusi kefatwaan di Wilayah Persekutuan Putrajaya, Kuala Lumpur, dan Labuan," katanya.

Bacaan pertama rang undang-undang itu dilakukan pada Julai lalu. RUU ini adalah salah satu daripada tiga rang undang-undang berkaitan hal ehwal Islam yang sedang dibentangkan untuk pindaan.

RUU ini digubal antaranya untuk memberi takrifan kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah yang sudut akidahnya bersumberkan aliran Asyairah dan Maturidiah.

Bagaimanapun RUU berkenaan dikritik beberapa pihak, termasuk Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Tuanku Syed Putra Jamalullail, yang menyifatkannya sebagai membawa “tafsiran sempit” dan tidak inklusif mengenai ahli sunnah wal jamaah.



Semalam, Sisters in Islam berkata undang-undang yang dicadangkan itu akan memberikan kuasa tanpa batasan kepada pihak berkuasa agama kerana antara lain, akan memberikan mereka kekebalan undang-undang.

‘Birokratisasi Islam’

Mengulas lanjut, kumpulan tersebut berkata RUU ini juga dibantah umat Islam yang bimbang “rang undang-undang ini menandakan peralihan sektarian yang lebih ketara dalam birokratisasi Islam sejak tahun 2000-an, bertujuan untuk menginstitusikan Asyairah sebagai versi Islam yang diiktiraf oleh negara”.

Mereka berpendapat politikisasi ideologi ini “akan memupuk sikap tidak bertoleransi dan radikalisme dengan mempromosikan nilai-nilai yang menafikan kemanusiaan serta melemahkan demokrasi”.

“Tindakan-tindakan ini merupakan serangan langsung terhadap sistem sekular, yang merupakan jaminan asas kepada Sabah dan Sarawak ketika Malaysia, dan juga Persekutuan Tanah Melayu, ditubuhkan.

“Kesan kumulatif daripada pelanggaran-pelanggaran ini menyerlahkan corak penghakisan terhadap jaminan perlembagaan yang bertujuan melindungi sifat pluralistik dan sekular persekutuan,”jelasnya.

Pandangan itu asalnya dikemukakan oleh penganalisis keselamatan Aizat Shamsuddin yang menumpukan perhatian kepada hubungan antara jenayah dan ideologi, terutamanya dalam konteks Malaysia dan negara-negara majoriti Muslim.

Kesan terhadap umat Islam dan bukan Islam

Menurut mereka, RUU ini akan memberikan kuasa luas kepada mufti, yang membolehkan fatwa dikeluarkan dan memberi kesan besar kepada umat Islam dan bukan Islam.

Fatwa seperti itu, tambah mereka, boleh memintas kuasa Parlimen dan mahkamah – secara efektif meletakkan undang-undang agama di atas undang-undang sivil, sementara di sisi yang lain mufti tidak mempunyai kuasa di Parlimen kerana mereka bukan wakil rakyat yang dipilih.

“Sabah dan Sarawak perlu menegaskan hak mereka untuk menentukan nasib sendiri, kerana pencabulan hak mereka di bawah persekutuan telah menyerlahkan kepentingan memperuntukkan 35 peratus kerusi di Dewan Rakyat kepada negeri-negeri ini – prinsip yang berakar pada kewajipan perlembagaan dan sejarah untuk melindungi kepentingan Malaysia Timur.

“Namun perkara ini juga telah diabaikan, menyebabkan wilayah-wilayah ini terdedah kepada penguasaan oleh Semenanjung yang lebih padat penduduknya,” tambah mereka.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-10-2024 07:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Teruskan mufti..ada lagi 2 hari lagi.. Kemon.
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2024 07:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Terpaling harmoni...mungkin takut harga babi naik mendadak...tak boleh nak makan semangkuk mee kolok babi melayu, Cina dan Iban sebab daging babi makin mahal.
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2024 09:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Perlis bantah psl takrifan ahli sunnah tu je
Yg Sabah Sarawak takut Malaysia jadi negara Islam

Takut benor ..selama ni xsedar Malaysia negara apa ke?
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2024 10:37 PM | Show all posts
bukan diorang sibuk nak keluar mesia ke? then, why bother? negeri terpaling tak rasis katanya yihhhh
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2024 10:46 PM From the mobile phone | Show all posts
batmana replied at 11-10-2024 09:58 PM
Perlis bantah psl takrifan ahli sunnah tu je
Yg Sabah Sarawak takut Malaysia jadi negara Islam


Masa join Malaya tu bodoh pasal Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.

Ada hati nak kata Malaya bersama Sabah Sarawak membentuk Federasi

Dah terang2 Perlembagaan Malaysia copy bulat2 Perlembagaan Malaya.

Sekarang baru turun pokok ke baru nak sedar, tuntut itu ini...benda bukan2.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-10-2024 10:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan sahaja Semenanjung berpenduduk padat tetapi dasar terbuka semenanjung menerima orang Sabah Sarawak juga maka populasi Semenanjung juga bertambah.

So kenapa Populasi Besar nak ikut keputusan negeri Populasi Kecil.

Mengaku jelah korang ambil kesempatan sebagai King Maker dalam keputusan PRU Lepas
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2024 11:02 PM From the mobile phone | Show all posts
B40tastePosh replied at 11-10-2024 10:46 PM
Masa join Malaya tu bodoh pasal Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.

Ada hati nak kata Malaya b ...

Sebelum ni memang kurang jelas kedudukan sabah sawak, tapi bukan ke dah dibuat pindaan perlembagaan aritu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-10-2024 11:11 PM From the mobile phone | Show all posts
B40tastePosh replied at 11-10-2024 10:50 PM
Bukan sahaja Semenanjung berpenduduk padat tetapi dasar terbuka semenanjung menerima orang Sabah Sar ...

King Maker? Bukan lalang ke?
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2024 11:19 PM | Show all posts
Leave agama to individuals la kenapa gomen nak sibuk tentukan apa yang rakyat boleh percaya, apa yang tak boleh. Gomen pun tak tau sebenarnya kan?
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2024 11:49 PM From the mobile phone | Show all posts
xy_daen replied at 11-10-2024 11:11 PM
King Maker? Bukan lalang ke?

Pakej makan kiri kanan sekali.
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2024 11:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 11-10-2024 11:19 PM
Leave agama to individuals la kenapa gomen nak sibuk tentukan apa yang rakyat boleh percaya, apa yan ...

Iols setuju biar mufti ada kuasa untuk tentukan hal agama...sebelum ni nampak semua benda celaru....mufti banyak tak buat kerja orang kata.
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2024 04:23 PM From the mobile phone | Show all posts
batmana replied at 11-10-2024 09:58 PM
Perlis bantah psl takrifan ahli sunnah tu je
Yg Sabah Sarawak takut Malaysia jadi negara Islam


Tunku Abdul Rahman kata Malaysia negara sekular bukannya negara Islam.
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2024 05:30 PM | Show all posts
Salahkan orang yang tulis perlembagaan & rukun negera awal-awal dulu.

Orang yg tulis tu dah mati dan pada pemahanan dia benda lain. Bila sampai kat kita di tahun 2024 dah jadi lain maksudnya berbanding apa dalam pemikiran orang yang tulis awal-awal tu.

Tafsiran perlembagaan sudah berubah mengikut ketaksuban pemerintah pada waktu itu.
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2024 06:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Ckp mopti jadik undang².
Kalo mopti khilaf xde legal accountability sbb dh guaranteed immunity dlm ruu ni.
Igt alim ularmak ni kalis abuse of power ka?
Nak² siap hada aqidah consultant lg
In this age..people left right dok tonggeng agama utk kepentingan sendri.
Lg mau idop under ularmak's thumb
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2024 06:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 11-10-2024 11:19 PM
Leave agama to individuals la kenapa gomen nak sibuk tentukan apa yang rakyat boleh percaya, apa yan ...

Tipikal mulayu suka pajak intelligence auloh bg kt org lain (ularmak).
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2024 06:28 PM From the mobile phone | Show all posts
hyie replied at 11-10-2024 10:37 PM
bukan diorang sibuk nak keluar mesia ke? then, why bother? negeri terpaling tak rasis katanya yihhhh

Biasanya yg ckp plg x rasis tu la plg rasis lega iols by 2024 semua dah nmpk perangai sebenar sabah sarawak. Duri dlm daging, musuh islam
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2024 08:39 PM From the mobile phone | Show all posts
terpakai utk umat Islam saje...kafir laknat kenapa nak menggelupur....?
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2024 08:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by bpbbppbp at 12-10-2024 08:50 PM

Rasanya tak perlu kot pihak berkuasa agama tu kebal undang2. Buat nya slh gna kuasa/khilaf bhya gak
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2024 09:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm x biasa plk sbh & swk nih ....ko mintak pengecualian nti nuart luluskan le
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-3-2025 08:13 AM GMT+8 , Processed in 1.219955 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list