View: 22452|Reply: 81
|
[Tempatan]
'Ini maruah anak saya'
[Copy link]
|
|
'Ini maruah anak saya'
https://www.hmetro.com.my/utama/ ... ni-maruah-anak-saya
Nurul Hidayah Bahaudin
[email protected]
Disiarkan pada: Oktober 14, 2024 @ 7:00am
SYAZWAN menunjukkan gambar memaparkan barang kemas masih dipakai anaknya ketika jenazahnya ditemui di dalam kereta yang diparkir di sebuah kondominium di Setapak, Kuala Lumpur pada 1 Oktober lalu. FOTO Nurul Hidayah Bahaudin
Petaling Jaya: "Ini bukan soal nilai barang kemas yang hilang itu, tetapi maruah anak saya apabila barang berharga itu diambil dari tubuhnya yang sudah tidak bernyawa," luah Syazwan Abddulah, 59, yang mendakwa barang kemas dipakai anak perempuannya yang ditemukan meninggal dunia dalam kereta di parkir sebuah kondominium di Setapak di sini pada 1 Oktober lalu, hilang.
Syazwan berkata, dia dimaklumkan oleh pemilik rumah sewa anaknya yang berusia 26 tahun itu berhubung penemuan mayatnya pada awal pagi, 1 Oktober lalu.
"Difahamkan anak ditemukan anggota polis peronda yang membuat rondaan selepas menyedari kereta Proton Saga dinaikinya diparkir di kawasan terbabit dalam keadaan berkunci dengan enjin masih hidup dan lampu menyala.
"Selepas dimaklumkan perkara itu, saya dan isteri menaiki penerbangan dari Lahad Datu, Sabah ke Kuala Lumpur sebelum dimaklumkan jenazah anak sudah dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL).
"Berdasarkan pemeriksaan awal, anak saya dipercayai terkena serangan jantung yang meragut nyawanya," katanya ketika ditemui di sini, kelmarin.
Sebaik jenazah anaknya selamat dikebumikan di Banting, Selangor, dia terdetik untuk mencari rantai, loket serta gelang emas pemberian nenek serta kakaknya itu.
"Saya dimaklumkan pihak hospital serta polis anak tidak memakai barang kemas ketika dia ditemukan dalam kenderaan itu.
"Pencarian di seluruh rumah sewa berkenaan juga tidak menemui barang kemas itu menyebabkan saya merujuk perkara berkenaan kepada bomba yang memecahkan cermin kenderaan berkenaan yang berkunci.
"Pada hari kejadian, bomba ada mengambil gambar sebelum dan selepas mereka memecahkan cermin kereta itu memandangkan kenderaan berkenaan berkunci," katanya.
Menurutnya, berdasarkan gambar daripada bomba, terdapat rantai serta gelang emas dipakai anaknya sebelum jenazah diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
"Sangat jelas dalam gambar itu (daripada pihak bomba) anak saya masih memakai barang kemas berkenaan, tetapi dalam gambar diberikan polis pula sudah tiada rantai serta gelang emas terbabit.
"Ketika polis menemukan kereta itu, ia dalam keadaan berkunci dengan enjin masih hidup. Tiada siapa yang dapat mengambil barang kemas berkenaan ketika itu.
"Perkara itu menyebabkan saya syak barang kemas berkenaan diambil ketika jenazah anak saya masih di dalam kereta terbabit (sebelum dihantar ke HKL)," katanya yang sudah membuat laporan di Balai Polis Setapak pada 8 Oktober lalu.
Beliau yang juga bekas pegawai kanan polis berasa ralat apabila pegawai penyiasat kes seakan tidak mahu memberikan kerjasama berhubung kes itu.
"Saya menghubungi pegawai berkenaan untuk mendapatkan maklumat, tetapi tiada maklum balas. Malah, saya juga sudah merujuk perkara ini kepada Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (Jips) Bukit Aman untuk siasatan lanjut.
"Apa yang saya kecewa adalah siasatan ini hanya dibuka kertas inkuiri (KEP) dan bukannya kertas siasatan," katanya.
Katanya, dia serta ahli keluarga reda dengan pemergian anaknya yang meninggal dunia tanpa sebarang unsur jenayah, tetapi mahu keadilan ditegakkan atas kehilangan barang kemas berkenaan.
Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur Rusdi Mohd Isa ketika dihubungi memaklumkan pihaknya sedang menyiasat berhubung dakwaan terbabit.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
sapa la tergamak curi brg kemas org meninggal ni?
teringat pulak citer antu masa kecik2. antu datang mintak balik cincin dia yg org curik. org tu potong jari mayat tu nak curi cincin. |
|
|
|
|
|
|
|
Kan buku bertemu ruas. Kena dgn bekas pegawai yg tahu undang2 nak tak nak, mau kena saman |
|
|
|
|
|
|
|
Awal ya kena serangan jantung |
|
|
|
|
|
|
|
dorang ni takde rasa bersalah ke mencuri hak orang lain?
nak-nak bila kes macam ni or orang accident..
dah la orang tu tengah malang..
kau curi lagi harta benda mereka..
|
|
|
|
|
|
|
|
mesti sebab vaksin la tu but confirm ke kena heart attack..
in the report kata dipercayai..
takde pun bagitau result post mortem..
|
|
|
|
|
|
|
|
erk.. takott... rasa pihak mana tu kan.. abg bom ada bukti bergambar .. abg lis tak nak bg kerjasama, ops |
|
|
|
|
|
|
|
Bukti ada teruskan ja tuntut sampai dapat. |
|
|
|
|
|
|
|
prettyuglybabe replied at 14-10-2024 10:11 AM
dorang ni takde rasa bersalah ke mencuri hak orang lain?
nak-nak bila kes macam ni or orang accident ...
Masa tanggalkan brg kemas tu dgn niat nak memcuri tu mmg hati kental jahat lah. |
|
|
|
|
|
|
|
prettyuglybabe replied at 14-10-2024 10:11 AM
dorang ni takde rasa bersalah ke mencuri hak orang lain?
nak-nak bila kes macam ni or orang accident ...
Itulah kan.. selalu jugak fikir mangsa2 kemalangan yg hilang brg2 peribadi penting & berharga.. ni kan lagi ambil/curi brg org yg dah meninggal?
Skeri ye perangai masing2 |
|
|
|
|
|
|
|
sama jgk klu kes eksiden..beriye pegi..tp bkn nk menolong tp mencuri..mcm sial perangai
|
|
|
|
|
|
|
|
minta2 laa dorang yg curi u tak aman tido malam |
|
|
|
|
|
|
|
Barang emas peninggalan si mati sudah menjadi harta pusaka/warisan dn kena faraid ahli waris. Orang yg curi dn makan hasil pusaka hak orang lain akan ada harinya bila si pencuri mendapat kifarah drp Allah swt. Jgn main2 dgn bab harta pusaka ni, kifarahnya berat.
Sesape yg dah ambil/terambil, pulangkanlah hak si mati kpd ahli warisnya. |
|
|
|
|
|
|
|
aiyooo xtakut ke ambik brg kemas org yg dah meninggal... |
|
|
|
|
|
|
|
Pencuri ni otak dia lain. Kalau dia fikir macam kita, tidaklah dia mencuri.
|
|
|
|
|
|
|
|
pulangkan.........
kau ku seru......................
....menurut misha omar ....
|
|
|
|
|
|
|
|
toner dh nak habis ke tu
cer buh air liur sket
|
|
|
|
|
|
|
|
kenapalah dia curi barang arwah tu...kesiannya |
|
|
|
|
|
|
|
ape ke celaka sgt mencuri brg org dah mati.
moga malam2 mimpi arwah dtg minta balik brg kemas tu
kes arwah ayah i pun sama. masa excident wallet kene kebas dah la arwah mmg x sedar masa tu. dah satu hal polis/hosp menggagau nak cari waris. dari pagi smpai tghari arwah kat icu weols tatau. mmg celaka la sapa yg mencuri tu.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|