CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8803|Reply: 0

[Pulau Pinang] CAP bantah sokongan kewangan bantu peruncit patuh larangan paparan produk tembakau, vape

[Copy link]
Post time 17-10-2024 12:19 PM | Show all posts |Read mode
CAP bantah sokongan kewangan bantu peruncit patuh larangan paparan produk tembakau, vape

Oleh Zuhainy Zulkiffli - Oktober 17, 2024 @ 12:03pm[email protected]




Mohideen Abdul Kader. - Foto fail NSTP





GEORGETOWN: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menentang sebarang bentuk sokongan kewangan bagi membantu peruncit mematuhi pelaksanaan larangan paparan produk tembakau dan vape oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

Presiden CAP, Mohideen Abdul Kader, berkata industri tembakau yang bertanggungjawab menyediakan infrastruktur paparan produk di kedai seharusnya menanggung kos pematuhan.

"Berhubung dakwaan Persatuan Peniaga Barang Runcit Malaysia (FSGMAM) bahawa kos pematuhan boleh mencapai RM300 juta, CAP menyatakan bahawa angka itu adalah tidak berasas.

"Sistem penyimpanan yang murah seperti rak kabinet di belakang kaunter sudah memadai bagi mematuhi peraturan ini tanpa memerlukan pelaburan besar.

"Rak kabinet sederhana untuk menyimpan produk tembakau secara tersembunyi adalah mudah didapati dan murah, sekali gus mengurangkan beban kewangan kepada peruncit," katanya dalam kenyataan media, di sini.

Terdahulu, Mohideen berkata demikian bagi mengulas dakwaan Presiden FSGMAM, Hong Chee Meng yang menyatakan kebimbangan berhubung pelaksanaan larangan paparan produk tembakau dan vape.

Chee Meng mendakwa, ia dilaksana secara tergesa-gesa tanpa sebarang perundingan dengan peruncit mengenai tempoh pematuhan dan peruncit kecil akan menghadapi cabaran daripada segi kos pelaksanaan bagi mematuhi peraturan terbabit.

Mohideen berkata, Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) selaras dengan komitmen negara terhadap Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengenai kawalan tembakau.

Katanya, sebarang penangguhan dalam pelaksanaan larangan itu hanya akan beri keuntungan kepada industri tembakau dan menjejaskan kesihatan masyarakat.

"CAP juga menolak dakwaan bahawa Akta 852 menyebabkan peningkatan dalam perdagangan tembakau haram kerana masalah ini sudah lama wujud dan hanya boleh diatasi dengan penguatkuasaan lebih ketat serta hukuman yang lebih berat terhadap penyeludup.

"Sehubungan itu CAP menyeru supaya larangan terhadap paparan produk tembakau dan vape dilaksana tanpa berlengah sebagai langkah penting bagi melindungi kesihatan awam di negara ini," katanya.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/10/1312020/cap-bantah-sokongan-kewangan-bantu-peruncit-patuh-larangan-paparan





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 08:46 AM GMT+8 , Processed in 0.089718 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list