CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 47735|Reply: 0

[Kedah] Pelanggan tunggu minggu gaji hujung bulan

[Copy link]
Post time 27-10-2024 02:09 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 27-10-2024 02:11 PM

Pelanggan tunggu minggu gaji hujung bulan

SITI ZUBAIDAH ZAKARAYA
27 Oktober 2024 09:30am




Barangan segar dan berkualiti antara sebab mengapa pasar malam menjadi pilihan pelanggan.



SUNGAI PETANI - Hujung bulan atau minggu gaji adalah antara hari yang ditunggu-tunggu peniaga pasar malam memandangkan terdapat peningkatan jumlah pengunjung sekali gus boleh mencatat jualan memberangsangkan.

Peniaga makanan, Nor Madiah Ramli, 66, berkata, hasil jualan pasar malam tidak menentu namun mengakui ia meningkat apabila tiba minggu gaji kerana lebih ramai pengunjung hadir mendapatkan barangan.



“Kami anggap ia rezeki buat peniaga, namun bergantung pada cuaca juga. Kalau hujan, kuranglah orang, maka kuranglah juga barang niaga yang laku,” jelasnya.

]
Barangan segar yang dijual Nor Madiah di salah sebuah tapak pasar malam di Sungai Petani, Kedah.




Nor Madiah yang berniaga sejak lebih 10 tahun lalu menjelaskan dia pernah berhenti berniaga selama beberapa tahun selepas negara dilanda pandemik Covid-19, namun bangkit kembali untuk menambah pendapatan keluarga.

Kalau nak dikatakan beza dulu dengan sekarang, rasanya sama sahaja kerana barang makanan tetap terjual walaupun harganya meningkat sebab ia keperluan setiap keluarga,” katanya.

]
Faris bersama barangan jualan di sebuah tapak pasar malam di Sungai Petani, Kedah.




Bagi penjual buah, Faris Mohd Isa, 23, persaingan dalam perniagaan berlaku di mana-mana termasuk di pasar malam, namun sekiranya peniaga berusaha menambat hati pelanggan dengan teknik dan cara pemasaran berkesan, pasti barangan akan terjual.

Jelasnya, jumlah peniaga yang semakin ramai kini berbanding dahulu, antara cabaran utama peniaga pasar malam.

“Saya rasa jumlah peniaga yang semakin ramai antara salah satu sebab yang menjejaskan perniagaan pasar malam.

]
Laporan muka depan Sinar Ahad.


“Kemungkinan ada yang sudah berhenti kerja memilih untuk berniaga. Tetapi bagi saya, berniaga cara ini pun boleh tampung keluarga dengan pendapatan lumayan.


“Jika ada usaha lebih untuk berniaga di pelbagai tapak pasar malam, lebih banyak upah akan dapat,” katanya.

https://www.sinarharian.com.my/article/693345/berita/nasional/pelanggan-tunggu-minggu-gaji-hujung-bulan


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 02:21 PM GMT+8 , Processed in 0.558431 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list