CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 26432|Reply: 0

[Kedah] 'Geng Pak Lon' menyamar polis samun warga asing dicekup

[Copy link]
Post time 28-10-2024 07:31 PM | Show all posts |Read mode
'Geng Pak Lon' menyamar polis samun warga asing dicekup

Zuliaty Zulkiffli[email protected]




FISOL menunjukkan barangan yang dirampas pada sidang media mengenai kejayaan Polis Kedah di Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu. FOTO Wan Nabil Nasir.





Jitra: Tiga lelaki dikenali sebagai 'Geng Pak Lon' yang menyamar sebagai anggota polis untuk menipu mangsa terutama warga asing di daerah Kulim, ditahan, Khamis lalu.

Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh berkata, kumpulan itu diketuai lelaki tempatan berusia 20 tahun itu bersama dua rakan berusia 24 dan 30 tahun ditahan di lokasi berasingan di sini, kira-kira 1.30 tengah hari hasil risikan dan intipan.

Beliau berkata, hasil siasatan mendapati, kumpulan ini dipercayai melakukan lima kegiatan samun dengan menyamar sebagai polis di daerah itu sejak pertengahan tahun ini.

"Modus operandi yang dilakukan mereka adalah dengan memperkenalkan diri sebagai polis untuk meminta mangsa menyerahkan barangan berharga termasuk wang tunai.

"Tangkapan itu susulan laporan diterima Khamis lalu daripada seorang lelaki Bangladesh yang mendakwa didatangi tiga lelaki yang menaiki sebuah kereta Perodua Bezza di Taman Serai Wangi, Padang Serai jam 11 pagi.

"Mangsa diminta menyerahkan barangan berharga termasuk beg pinggang yang mengandung wang tunai, dokumen perjalanan, telefon bimbit dan kad pengenalan Bangladesh.

"Berikutan itu polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu, di sini, hari ini.

Fisol berkata, hasil siasatan mendapati, kesemua suspek mempunyai pelbagai rekod jenayah lampau membabitkan kes jenayah dan dadah.

Beliau berkata, hasil ujian saringan awal terhadap mereka mendapati, kesemuanya positif dadah jenis methampetamine.

"Kesemua mereka direman empat hari bermula Jumaat lalu untuk membantu siasatan.

"Suspek utama berusia 20 tahun itu mempunyai dua rekod kesalahan lampau membabitkan empat kes jenayah dan sembilan kes lagi berkaitan dadah.

"Suspek kedua pula mempunyai lima rekod kes jenayah dan empat rekod berkaitan dadah manakala suspek ketiga berusia 30 tahun itu mempunyai satu rekod jenayah dan dadah," katanya.

Fisol berkata, modus operandi kumpulan ini adalah dengan bergerak pada awal pagi dengan menggunakan kenderaan jenis kereta dan motosikal ketika mangsa berehat di rumah kongsi.

Katanya, ketika itulah suspek akan masuk dan menyamar sebagai polis sebelum melakukan samun dengan menggunakan senjata pisau.



Disiarkan pada: Oktober 28, 2024 @ 6:58pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/10/1149255/geng-pak-lon-menyamar-polis-samun-warga-asing-dicekup




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 01:35 PM GMT+8 , Processed in 0.970025 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list