View: 34751|Reply: 15
|
DSP Mohd. Nazri ekori Muhammad Zaharif sebelum langgar dengan laju
[Copy link]
|
|
IPOH – Pegawai polis, Deputi Superintenden Mohd. Nazri Abdul Razak telah mengekori pelajar tingkatan lima, Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie sebelum bertindak melanggar mangsa dengan kenderaan yang dipandu sangat laju.
Pegawai polis itu juga tidak langsung cuba untuk mengelak walaupun mengetahui bahawa tindakan tersebut sangat berbahaya dan boleh mengakibatkan kematian.
Perkara itu dinyatakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Afzainizam Abdul Aziz dalam ucapan pembukaannya di Mahkamah Tinggi di sini pada awal prosiding perbicaraan kes bunuh membabitkan pegawai polis itu di hadapan Hakim Datuk Bhupindar Singh Gurcharan Singh Preet.
“Perbuatan tertuduh melanggar mangsa dilakukan dengan niat hendak menyebabkan kecederaan kepadanya di mana kecederaan itu adalah cukup pada lazimnya bagi menyebabkan kematian.
“(Pihak pendakwaan juga akan membuktikan) tertuduh telah melanggar mangsa walaupun mengetahui perbuatan tersebut adalah berbahaya sehingga mungkin menyebabkan kematian atau sesuatu kecederaan yang mungkin menyebabkan kematian,” katanya.
Menurut Afzainizam, pendakwaan akan mengemukakan keterangan bahawa tertuduh yang memandu kereta Perodua Ativa telah pergi ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Jati sebelum keluar semula dan mengekori mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha 135LC.
Beliau berkata, keterangan yang dibawakan nanti adalah tertuduh telah mengekori dan mengejar pelajar SMK Taman Jati itu dari kawasan persimpangan Jalan Taman Jati 1/Jalan Pekeliling Meru Indah menuju ke kawasan Masjid Muhammad Al Fateh dan Taman Gerbang Meru Indah sebelum terus mengejar mangsa walaupun selepas berpatah balik ke lokasi asal.
“Setibanya si mati di persimpangan Jalan Taman Jati 1/Jalan Pekeliling Meru Indah, tertuduh telah melanggar dari bahagian belakang motosikal mangsa. Akibat pelanggaran itu, mangsa telah mengalami kecederaan dan meninggal dunia di tempat kejadian.
“Pemeriksaan perubatan dan bedah siasat menunjukkan bahawa mangsa telah mengalami kecederaan maut akibat pelanggaran tersebut,” katanya.
SUMBER: – Kosmo Online |
|
|
|
|
|
|
|
dapnyehhhh polis yg belah kanan tu |
|
|
|
|
|
|
|
Kurex replied at 6-11-2024 12:27 AM
dapnyehhhh polis yg belah kanan tu
Macam busuk
|
|
|
|
|
|
|
|
Moga si celaka ni kene 304 tade ampun |
|
|
|
|
|
|
|
Oh my God...Gitu cerita sebenar....Semoga kena 302. |
|
|
|
|
|
|
|
Sah2 la niat nak membunuh tu. Harap terus reput dlm penjara lah ya |
|
|
|
|
|
|
|
jap nak hadam..
mula2 dia ke sekolah dulu.. (Dia buat ape kat sek..htr bini ke sek ke.. ke baru lps gaduh dgn bini...?)
pastu keluar dr sekolah..dari kawasan persimpangan Jalan Taman Jati 1/Jalan Pekeliling Meru Indah
pastu dia ekori mangsa.. ntah ke mana2...pastu..
follow follow sampai ke tempat asal (means kawasan persimpangan Jalan Taman Jati 1/Jalan Pekeliling Meru Indah)
pastu BAMMM!!! Langgar...!!
Gitu la kann..
Iskkk mmg dgn niat yg begitu kuat dia nak buat sesuatu kat bdk tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
shernazz: Kurus dah pembunuh ni..
Aritu tebal sikit kan ? Jht sgt . Eee rot in hell .
Bini kena palau tak kt sek ? |
|
|
|
|
|
|
|
harap dijatuhkan hukuman yg plg berat bg seksyen yg disabit.
baran apa laa mamat ni hari tu takkan semata bdk tu remm moto sampai nak membunuh. kalau rengsa sgt tgkap masuk balai la. |
|
|
|
|
|
|
|
sementara nak jatuh hukum, penjara mana yg ditempatkan dia ni |
|
|
|
|
|
|
|
bila marah menguasai minda. mcm tu lahh jadinyaa.. semua org pon kena control baran masing2. yela dia pon bengang kan budak tu punya motor bising siap rem2 lagi depan sekolah. aku rasa ada gaduh mulut gak tu. tu yg dia kejar nya budak tu.. naisb x baik je budak tu mati. klu hidup lg selamat dah dia |
|
|
|
|
|
|
|
kecederaan maut? apa maksudnya |
|
|
|
|
|
|
|
delsmomm replied at 6-11-2024 08:02 AM
jap nak hadam..
mula2 dia ke sekolah dulu.. (Dia buat ape kat sek..htr bini ke sek ke.. ke baru lps ...
Klau x silap kata saksi yg nampak dia bkn langgar sekali tapi siap undur then langgar lagi.....tu mmg ada niat membunuh patut kena 302 |
|
|
|
|
|
|
|
Comel lak lesung pipit abam polis berbaju biru |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by anggeriklatifah at 6-11-2024 09:12 PM
Cam lain je mukaaa diaaaaa weyyyy..betul ke tu diaa..
Tgok gambar memulaaa dulu mse kes ni..dia ni org nyaaa tinggi badan taaafffff..ni tahanan imigresian mana la diorng bawak ni |
|
|
|
|
|
|
| |
|