CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 27020|Reply: 2

Tun M kecam "kemunafikan" Eropah berhubung konflik di Gaza - "Saya sudah hilang rasa hormat terhadap mereka"

[Copy link]
Post time 6-11-2024 08:54 AM | Show all posts |Read mode





ANKARA: Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad pada Selasa mengecam Eropah atas "kemunafikan" mereka berhubung pencerobohan Israel di Gaza, menyifatkan tindakan itu sebagai "tidak masuk akal," lapor Agensi Anadolu.


"Saya dahulu menganggap orang Eropah sebagai perintis hak asasi manusia. Kini saya tahu mereka hipokrit. Saya sudah hilang rasa hormat terhadap mereka," kata Dr Mahathir di platform X, merujuk kepada kemusnahan yang diakibatkan oleh pengeboman Israel yang berterusan.


"Secara asasnya, mereka menyokong serangan genosid Israel terhadap rakyat Palestin," katanya.


Merujuk kepada pengeboman Israel di Gaza dan pembunuhan hampir 43,400 rakyat Palestin sejak 7 Okt (2023), beliau berkata bandar dan pekan di Gaza telah musnah sepenuhnya.


"Malah kem pelarian yang hanya dipenuhi khemah rapuh turut diserang dengan roket dan bom.


Pelarian terbunuh. Mereka yang terselamat melarikan diri. Tetapi tiada tempat selamat untuk mereka," kata Dr Mahathir.


Dr Mahathir berkata, beliau tidak pernah menyaksikan kekejaman seperti yang sedang berlaku di dunia yang "kononnya bertamadun."


"Ia sungguh mengejutkan. Tidak menunjukkan sebarang tanda perasaan kemanusiaan."


"Apa yang tidak masuk akal ialah saluran TV (televisyen) Barat menunjukkan 'hampir tiada liputan tentang genosid' rakyat Palestin," katanya lagi, sambil menambah: "Seolah-olah perkara itu tidak berlaku."





Beliau memuji saluran berita Al Jazeera yang berpusat di Doha atas liputan meluas mengenai genosid di Gaza.


Bekas pemimpin Malaysia berusia 99 tahun itu berkata: "Memandangkan saluran TV Al Jazeera tidak ditonton oleh orang Kaukasia di Eropah dan Amerika, mereka percaya bahawa tiada apa-apa yang berlaku kepada penduduk Gaza."


"Mereka sebenarnya percaya bahawa serangan Israel bertujuan untuk mencapai keselamatan bagi negara Israel. Dan mereka menyokong serangan Israel terhadap rakyat Palestin," katanya.


Tentera Israel mengepung kawasan utara Gaza bulan lepas, mendakwa ia bertujuan menghentikan kumpulan pejuang Palestin, Hamas, daripada berkumpul semula. Bagaimanapun, rakyat Palestin menuduh Israel berhasrat untuk menduduki kawasan itu dan mengusir penduduknya secara paksa.


Lebih 1,800 orang telah terbunuh sejak itu, menurut pihak berkuasa kesihatan Palestin. Bekalan makanan dan bantuan lain amat terhad.


Israel berdepan kes genosid di Mahkamah Keadilan Antarabangsa atas tindakannya di wilayah terkepung itu. - BERNAMA


SUMBER: – Astro Awani
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-11-2024 11:23 AM | Show all posts
dalam malaysia pun ramai munafik  cakap sokong palestin lepas tu cakap hidup isroel
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2024 11:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Sape ke nak keluarkan Israel dari pbb..Israel ni pbb mmg dia x pandang langsung siap kata pbb ni bersekongkol ngan Hamas masa serang time 7 October tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-11-2024 11:37 AM GMT+8 , Processed in 0.214280 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list