View: 21777|Reply: 1
|
China berharap untuk hidup aman bersama AS ketika Trump di ambang kemenangan
[Copy link]
|
|
BEIJING: China menyatakan harapan untuk hidup bersama secara aman dengan Amerika Syarikat (AS) susulan calon Republikan, Donald Trump yang semakin hampir meraih kemenangan besar mengatasi calon Demokrat, Kamala Harris dalam Pilihan Raya Presiden negara itu.
Jurucakap Kementerian Luar China, Mao Ning, berkata pihaknya akan terus mendekati dan mengendalikan hubungan China-AS berdasarkan prinsip saling hormat-menghormati, hidup aman bersama dan saling bekerjasama.
"Dasar kami terhadap AS adalah konsisten," katanya.
Mao tidak mengulas secara langsung mengenai kemungkinan Trump akan dipilih semula, bagaimanapun, beliau berkata Pilihan Raya Presiden AS adalah urusan dalaman negara itu.
"China menghormati pilihan rakyat di AS. Selepas keputusan pilihan raya berkenaan diumumkan secara rasmi, China akan mengendalikan perkara-perkara berkaitan mengikut amalan biasa," katanya.
Dalam pada itu, Pilihan Raya Presiden AS berkenaan mendapat perhatian yang meluas di China.
Setakat jam 4 petang waktu tempatan pada hari ini, topik berkaitan pemilihan Trump adalah antara topik paling trending di platform media sosial seperti X iaitu Weibo.
Kedua-dua calon Presiden AS dalam kempen pada minggu ini berjanji untuk lebih tegas terhadap China.
Pada masa sama, Trump berjanji untuk mengenakan tarif 60 peratus ke atas semua barangan China yang masuk ke negara itu.
Sementara itu, penganalisis menjangkakan pakej rangsangan besar yang dijangka diumumkan dalam mesyuarat utama oleh penggubal undang-undang yang sedang berlangsung di China akan lebih besar sekiranya Trump menang pada pilihan raya berkenaan.
Ketika memegang jawatan Presiden sebelum ini, Trump melancarkan perang perdagangan dengan China dan bertindak mengenakan tarif tinggi terhadap barangan China serta dakwaan amalan yang tidak adil oleh China seperti kecurian teknologi daripada AS dan manipulasi mata wang.
Ketegangan yang tidak selesai di bawah pimpinan Joe Biden telah menyebabkan AS telah mengenakan tarif baharu yang agak tinggi ke atas kenderaan elektrik (EV), bateri EV dan sel solar dari China. - AFP
Sumber : - Berita Harian |
|
|
|
|
|
|
|
maksudnya china pun ada sikit goyang la dengan us..ingat hati kering bukan main besar kepala kat LCS orang tegur pun tetap provoke |
|
|
|
|
|
|
| |
|