CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 33517|Reply: 0

[Sarawak] SMD Semiconductor, Curtin Malaysia bekerjasama memajukan sektor semikonduktor di Sarawak

[Copy link]
Post time 7-11-2024 12:36 AM | Show all posts |Read mode


SMD Semiconductor Sdn Bhd memeterai MoU bersama Curtin University Malaysia semasa Simposium Penyelidikan dan Pembangunan SRDC semalam sambil disaksikan Dr Sim dan tetamu kehormat lain.

KUCHING: SMD Semiconductor Sdn Bhd memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Curtin University Malaysia (Curtin Malaysia) untuk memajukan sektor semikonduktor di Sarawak, terutama membabitkan penyelidikan dan pembangunan bakat.

Ketua Pegawai Eksekutif SMD Semiconductor Sdn Bhd Shariman Jamil berkata inisiatif utama dilaksanakan menerusi perkongsian itu termasuk menubuhkan Makmal Penyelidikan dan Inovasi IC, membangunkan bersama penyelidikan program pascasiswazah dan memupuk pertukaran pengetahuan.

Perjanjian itu juga katanya, menggalakkan pertumbuhan bakat melalui program pertukaran, perkhidmatan perundingan dan peluang kerjaya siswazah dalam SMD Semikonduktor.

“Pakatan strategik ini bertujuan mengukuhkan sinergi industri-akademik, menyokong kesediaan tenaga kerja, memacu inovasi dan menetapkan penanda aras baharu untuk sektor semikonduktor Malaysia,” ujarnya menerusi kenyataan hari ini.

Majlis menandatangani perjanjian itu berlangsung semasa perasmian Simposium Penyelidikan dan Pembangunan Majlis Penyelidikan dan Pembangunan Sarawak (SRDC) 2024 di sebuah hotel di sini, hari ini dan disaksikan Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian.

SMD Semiconductor Sdn Bhd diwakili Shariman dan Naib Presiden Pembangunan Teknologi Chia Chieu Yin sementara Curtin Malaysia diwakili Pemangku Naib Canselor dan Ketua Eksekutif Profesor Vincent Lee Chieng Chen bersama Dekan Fakulti Kejuruteraan dan Sains Profesor Tuong-Thuy Vu.

Sebagai Penaja Tajuk Simposium SRDC 2024, SMD Semikonduktor terus menunjukkan kepimpinan dan dedikasinya untuk memajukan penyelidikan dan inovasi.

Simposium yang diadakan dari 5 hingga 7 November itu menawarkan platform berharga untuk kerjasama dan perkongsian pengetahuan dalam kalangan pakar industri dan pemimpin akademik.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 06:05 AM GMT+8 , Processed in 0.242188 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list