CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 37103|Reply: 1

[Pulau Pinang] Polis masih siasat motif dua beranak dibunuh

[Copy link]
Post time 8-11-2024 01:02 AM | Show all posts |Read mode
Polis masih siasat motif dua beranak dibunuh

Nur Izzati Mohamad[email protected]



LOKASI wanita dan bapa yang maut ditikam seorang lelaki di hadapan lif sebuah pangsapuri di Lengkok Angsana, Ayer Itam, di sini.




Georgetown: Polis Pulau Pinang sedang menyiasat motif sebenar seorang lelaki bertindak menikam dua beranak sehingga maut dalam kejadian di hadapan lobi lif sebuah pangsapuri di Ayer Itam, di sini, hari ini.

Ketua Polis negeri Datuk Hamzah Ahmad, berkata pihaknya telah menahan suspek berusia 32 tahun untuk siasatan lanjut.

Bagaimanapun katanya, suspek kini dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP) ekoran kecederaan dialaminya.

"Suspek mengalami kecederaan selepas bertindak mengelar dan menikam dirinya sendiri.

"Dengan tertangkapnya suspek dan rampasan senjata yang digunakan untuk membunuh kedua-dua mangsa, kes ini sudah diselesaikan.

"Kini, pihak polis sedang menyiasat motif suspek (bertindak sedemikian) dari pelbagai sudut dengan memohon saksi awam yang melihat kejadian itu secara jelas tampil membantu siasatan," katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Hamzah berkata, terdahulu polis menerima panggilan jam 12.54 tengah hari daripada orang awam yang melihat seorang individu membawa pisau dalam keadaan mencurigakan di sebuah pangsapuri, di sini.

"Pemeriksaan di lokasi menjumpai tiga individu warga tempatan berbaring dalam keadaan berdarah di atas lantai yang mana dua daripada mereka adalah bapa berusia 62 tahun dan anak perempuannya berusia 30 tahun sudah disahkan meninggal dunia," katanya.

Dalam pada itu, Hamzah meminta orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes berkenaan di media sosial sehingga menjejaskan siasatan pihak polis

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, media melaporkan seorang wanita dan bapanya maut ditikam seorang lelaki dalam kejadian di hadapan lif sebuah pangsapuri di Ayer Itam, di sini, tengah hari tadi.

Insiden itu dipercayai berpunca angkara mangsa wanita berusia 30 tahun menolak cinta suspek lelaki berusia 32 tahun.



Disiarkan pada: November 7, 2024 @ 8:58pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/11/1152546/polis-masih-siasat-motif-dua-beranak-dibunuh





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-11-2024 01:28 AM | Show all posts
Edited by sfhzuraz at 8-11-2024 01:29 AM

Dua beranak maut ditikam: 'Suspek bukan kekasih mangsa' - Keluarga

SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI
07 November 2024 08:08pm




Seorang wanita dan bapanya maut selepas ditikam seorang lelaki di hadapan lif di sebuah pangsapuri di Lengkok Angsana, Ayer Itam pada petang Khamis.




GEORGE TOWN - Keluarga dua beranak yang maut di hadapan lif akibat ditikam seorang lelaki memohon orang ramai berhenti membuat spekulasi mengenai punca insiden bersebut.

Menurut salah seorang ahli keluarga mangsa, suspek bukan kekasih mangsa seperti yang ditular di media sosial.

"Suspek bukan kekasih kepada mangsa, harap orang ramai tidak buat spekulasi yang mengaibkan arwah dan keluarganya.

"Tolong jangan buat spekulasi sehingga mengaibkan arwah serta keluarganya," katanya.

Menurutnya, mangsa wanita sudah berumahtangga dan mempunyai tiga anak berusia lingkungan 18 bulan hingga 10 tahun.

"Keluarga mangsa masih terkejut kerana kejadian berlaku sangat pantas.

"Mereka tidak bersedia untuk komen kerana trauma, mereka kehilangan dua orang tersayang dalam masa sama," katanya lagi.

Terdahulu seorang wanita dan bapanya maut selepas ditikam seorang lelaki di hadapan lif di sebuah pangsapuri di Lengkok Angsana, Bandar Baru Farlim di Ayer Itam pada jam 12.54 tengah hari Khamis.



Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad berkata, mangsa wanita berusia 30 tahun manakala bapanya berusia 62 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah.

Menurutnya, sebelum itu, polis menerima maklumat daripada orang awam mengenai seorang individu membawa pisau dan berada dalam keadaan mencurigakan di pangsapuri berkenaan.


"Selepas menerima maklumat, anggota polis ke lokasi iaitu di hadapan lobi lif pangsapuri tersebut dan menjumpai tiga orang warga tempatan terbaring dalam keadaan berdarah di atas lantai.

"Mangsa adalah dua beranak iaitu anak perempuan dan bapanya telah disahkan meninggal dunia. Sementara seorang lelaki berusia 32 tahun dipercayai suspek juga terbaring dalam keadaan berlumuran darah berdekatan dua beranak berkenaan," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Hamzah berkata, suspek mengalami kecederaan selepas mengelar dan menikam dirinya sendiri.

"Suspek telah dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan. Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

"Dengan tertangkapnya suspek dan rampasan senjata yang digunakan (untuk membunuh kedua-dua mangsa), maka kes ini telah berjaya diselesaikan," tambahnya.

Menurutnya, polis sedang menyiasat motif kejadian daripada pelbagai sudut.

"Kita mohon juga saksi awam yang melihat kejadian secara jelas untuk tampil membantu dalam siasatan.

https://www.sinarharian.com.my/article/695337/berita/semasa/dua-beranak-maut-ditikam-suspek-bukan-kekasih-mangsa---keluarga


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 11:22 AM GMT+8 , Processed in 0.319877 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list