CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 35130|Reply: 0

[Perlis] Abah Halim mulakan kembara solo berbasikal ke Makkah

[Copy link]
Post time 11-11-2024 05:35 PM | Show all posts |Read mode
Abah Halim mulakan kembara solo berbasikal ke Makkah

Aizat Sharif[email protected]




ABDUL Halim memulakan kayuhannya dari Padang Besar menuju ke Makkah. FOTO Aizat Sharif




Padang Besar: Pemandu teksi, Abdul Halim Mat, 52, yang dikenali sebagai Abah Halim, memulakan pengembaraan ke Makkah untuk menunaikan umrah dengan menggunakan basikal jelajah secara solo.

Selepas sekian lama menjelajah seluruh negara dengan motosikal klasik Honda C70 miliknya, kali ini Abdul Halim mengambil keputusan untuk mengembara ke Tanah Suci dengan basikal yang baru dibelinya awal tahun ini.

Abdul Halim yang berasal dari Batu 20, Padang Besar berkata, dia sudah berniat untuk ke Makkah ini sejak setahun lalu selepas melakukan pengembaraan bermotosikal secara solo di beberapa negeri dalam negara.

"Hasil pengembaraan itu, timbullah niat meneroka penjelajahan baharu dan kali ini juga agak berbeza dengan menaiki basikal touring (jelajah).

"Pada mulanya anak saya keberatan untuk melepaskan saya pergi, namun selepas diperjelaskan niat sebenar saya, maka mereka pun faham dan merelakan saya pergi," katanya ketika ditemui sebelum pelepasan Kembara Solo Malaysia ke Makkah di Masjid Osmaniah, Batu 20, Kok Mak, di sini hari ini.

Menurut bapa tunggal kepada dua anak perempuan berusia 18 dan 21 tahun ini, dia menjangkakan perjalanan ke Tanah Suci itu mengambil masa sekitar lima bulan dan dijangka tiba di situ sebelum Ramadan tahun hadapan.

Katanya, bagi persiapan untuk berkayuh sehingga ke Makkah, dia tidaklah begitu memberatkan dirinya dengan rejim latihan yang agak keras sebaliknya ia dilakukan secara berjadual dengan kayuhan santai mengelilingi Perlis.

"Perjalanan saya ini adalah secara sendiri dan tidak ditaja oleh sesiapa pun, jadi banyak benda yang saya jual untuk membiayai penjelajahan ini. Saya anggarkan sekitar RM15,000 sudah saya belanjakan untuk misi ini.

"Dalam masa yang sama juga, saya sering mengikuti perkembangan semasa negara yang akan saya lalui sepanjang penjelajahan ini sehingga ke Makkah," katanya.

Mengenai rancangan sepanjang misinya itu, untuk permulaan Abdul Halim berkata, dia akan berkayuh terlebih dahulu ke Bangkok sebelum mengambil penerbangan ke India.

"Saya tidak melalui Myanmar disebabkan pergolakan yang berlaku di negara itu serta kerajaannya juga menutup pintu sempadan kepada semua pengembara.

"Dari New Delhi, India pula, saya akan berkayuh ke Pakistan dan Iran sebelum mengambil feri dari Iran menuju ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) sebelum meneruskan kayuhan memasuki Arab Saudi," katanya.

Jika berjaya dalam misinya itu, Abdul Halim akan berada di Arab Saudi selama sebulan sebelum terbang pulang ke Malaysia.

Segala perkembangan harian Abdul Halim pada Kembara Solo Malaysia ke Makkah boleh diikuti menerusi laman Facebook dan TikToknya iaitu Abh Halim.



Disiarkan pada: November 11, 2024 @ 5:28pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/11/1153895/abah-halim-mulakan-kembara-solo-berbasikal-ke-makkah




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 08:44 AM GMT+8 , Processed in 0.048171 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list