CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 37017|Reply: 0

[Pulau Pinang] Jangan perjudi institusi kemasyarakatan, guna teknologi sebaik mungkin - Raja Perlis

[Copy link]
Post time 19-11-2024 06:18 PM | Show all posts |Read mode
Jangan perjudi institusi kemasyarakatan, guna teknologi sebaik mungkin - Raja Perlis

BERNAMA - November 19, 2024 @ 4:56pm



Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail merangkap Canselor USM berkenaan menyampaikan Ijazah Kehormat Doktor Perhubungan Antarabangsa kepada Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak pada Upacara Konvokesyen USM ke-62 hari ini. - Foto BERNAMA



GEORGETOWN: Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail, mengingatkan graduan Universiti Sains Malaysia (USM) supaya tidak memperjudikan institusi kemasyarakatan dalam mengejar arus kemodenan teknologi.

Tuanku Syed Sirajuddin yang juga Canselor USM bertitah teknologi seharusnya digunakan sebaik mungkin sebagai medium untuk merapatkan jurang.

"Saya ingin ingatkan dalam kita mengejar kemodenan dan beradaptasi dengan kemajuan teknologi, jangan diperjudikan institusi kemasyarakatan khususnya ikatan kekeluargaan.

"Gunakan sebaiknya teknologi untuk rapatkan jurang, bukan melenyapkan kekayaan nilai-nilai dan adab ketimuran dalam masyarakat kita," titah baginda ketika merasmikan Upacara Konvokesyen Ke-62 USM di sini hari ini.

Baginda turut menitahkan agar para graduan dapat memberi contoh terbaik kepada generasi akan datang kerana pembentukan nilai murni yang kukuh akan membawa manfaat bukan hanya kepada diri sendiri, tetapi juga kepada masyarakat dan negara.

"Nilai-nilai ini ialah mercu kejayaan sejati yang akan membimbing saudara saudari dalam menghadapi cabaran dan mencapai kejayaan dalam kehidupan," titah baginda.

Dalam pada itu, baginda turut berharap agar para siswazah dapat menggunakan ilmu di jalan yang betul seterusnya membawa kebaikan kepada masyarakat di negara dan dunia.

"Cabaran hidup masyarakat pada hari ini cukup besar. Dalam suasana ekonomi yang banyak memberi kesan kepada kesejahteraan rakyat, saya amat berharap warga berilmu sekalian dapat membantu masyarakat di luar sana," titah baginda.

Dalam istiadat hari ini, Tuanku Syed Sirajuddin berkenan menganugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Perhubungan Antarabangsa kepada Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak.

Baginda bertitah penganugerahan itu bertepatan dengan sumbangan besar dicurahkan Ahmad Fuzi kepada negara.

"Selain menunjukkan kecemerlangan dan keupayaan luar biasa dalam aspek hal ehwal diplomasi antarabangsa, Tuan Yang Terutama Tun juga telah menunjukkan ciri-ciri kepimpinan yang terbilang dalam bidang diplomatik dan pentadbiran. Semoga anugerah ini dapat menjadi inspirasi buat semua," titah baginda.

Selain Ahmad Fuzi, USM turut mengiktiraf tokoh korporat terkemuka negara dengan memberikan penganugerahan Ijazah Kehormat Doktor Pengurusan kepada Pengerusi Prasarana Tan Sri Jamaludin Ibrahim.

Gelaran Profesor Emeritus pula dianugerahkan kepada dua tokoh akademia USM iaitu Datuk Dr Chan Ngai Weng dan Dr Abu Hassan Ahmad.

Sebanyak 8,971 graduan menerima ijazah termasuk dua penerima Ijazah Kehormat dan dua penerima anugerah gelaran Profesor Emeritus pada upacara konvokesyen yang berlangsung selama lapan hari bermula hari ini hingga 26 November.

Selain itu, sejumlah 3,396 graduan akan menerima skrol bagi Ijazah Tinggi Doktor Falsafah (PhD) dan Sarjana, Ijazah Sarjana Muda (5,508) dan 56 graduan Diploma Kejururawatan. – BERNAMA

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/11/1326010/jangan-perjudi-institusi-kemasyarakatan-guna-teknologi-sebaik





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 10:01 AM GMT+8 , Processed in 0.198637 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list