CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 26788|Reply: 15

[Tempatan] [VIDEO] Pemandu tular langgar lari ada 24 waran tangkap

[Copy link]
Post time 21-11-2024 05:53 PM | Show all posts |Read mode
[VIDEO] Pemandu tular langgar lari ada 24 waran tangkap

https://www.kosmo.com.my/2024/11 ... a-24-waran-tangkap/

Oleh MOHD YUNUS YAKKUB
21 November 2024, 4:01 pm

  


Tangkap layar kejadian langgar lari di Lebuh Turi.

KLANG – Tindakan seorang lelaki melanggar penunggang motosikal sebelum melarikan diri dalam nahas di susur persimpangan Lebuh Turi di sini memakan diri apabila dia diberkas tidak sampai 24 jam selepas kejadian itu semalam.

Suspek berusia 47 tahun itu dicekup pada pukul 12 tengah hari di sekitar daerah ini selepas aksi berbahaya tersebut berjaya dirakam kamera papan pemuka sebuah kenderaan.

Kejadian itu kemudian tular menerusi video berdurasi 30 saat di media sosial.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, siasatan mendapati kejadian langgar lari berlaku kira-kira pukul 1.45 tengah hari kelmarin ketika suspek yang memandu kereta Toyota Camry menghala ke Persiaran Raja Muda Musa.

Katanya, kereta dipandu suspek menghimpit dan merempuh motosikal ditunggang seorang wanita sebelum beredar.

“Akibat rempuhan itu, mangsa mengalami kecederaan patah kaki kiri selain luka di badan. Wanita itu menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) sebelum membuat laporan polis.

“Polis berjaya menahan pemandu dan merampas kereta digunakan bertindas atas rakaman CCTV  di beberapa premis perniagaan di sepanjang laluan suspek melarikan diri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semakan mendapati suspek bekerja sebagai pemandu lori mempunyai 10 rekod jenayah dan memiliki 24 waran tangkap atas kesalahan trafik. 15 daripada waran tersebut di bawah pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah Klang.

Siasatan masih diteruskan di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Suspek juga akan disiasat sekiranya terdapat unsur jenayah dalam kejadian tersebut,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-11-2024 06:18 PM | Show all posts
Sapa yang tak buat kerja ni?
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2024 06:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Aman2 je bawak kete dgn 24 waran
Hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2024 06:47 PM | Show all posts
lemahnya enforcement kat malaysia...24 waran tangkap tak penah kena tangkap pun....rilek2 langgar org...
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2024 06:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Ha jawab la kenapa 24 waran tangkap aman2 je langgar lari.

Apa alasan tak tangkap si sial ni awal2?
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2024 07:16 PM | Show all posts
sepatutnya
those yg ada saman tertunggak
autimatik batalkan lesen memandu
dan paparkan nama di laman laman web rasmi jabatan2 berkenaan
sekali dengan gambar
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-11-2024 07:18 PM | Show all posts
selagi tiada tindakan tegas
selagi itulah samseng2 saman ni biar je berpuluh puluh saman tidak berbayar
nak lagi menyakitkan hati kita sebagai rakuay malaysia yg berdisiplin
bagi pulak DISKAUN tinggi2 kepada depa2 yg degil dan culas bayar saman ni
yg jenis berdisiplin bayar saman
dapat ke diskaun?
kalau dapat pun berapa % ?
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2024 07:41 PM From the mobile phone | Show all posts
tu aihhhh sampai berpuluh waran tangkap, rekod jenayah lagi.  patut la selamba je langgar org lepas tu lari.
patut letak nama, tepek pic skali. sakan nooo bermaharajalela dia.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-11-2024 08:40 PM From the mobile phone | Show all posts
24 waran aman² memandu ..
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2024 08:41 PM From the mobile phone | Show all posts
tak pasal orang lain jadi mangsa ..
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2024 10:24 AM | Show all posts
tangkap kejap lepas tu bebas semula..
anyway, type mana? C I M?
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2024 11:15 AM | Show all posts
Edited by capiloton at 22-11-2024 11:19 AM

lepas tu mesti di lepaskan dengan jaminan polis.
boleh teka bangsa apa

malezija ni penuh korupsi,
negara kartel,
ramai pengkhianat ada kuasa.

Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2024 11:36 AM | Show all posts
kalau camry area klang
mostly chinese
persoalannya.... 15 daripada waran tersebut di bawah pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah Klang..., ni kira IPD Klang hijab tak terbuka ke ada under table

tp yg keta yg kejor dia ni mantap pick up, katanya volvo xc
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2024 11:44 AM | Show all posts
Banyaknya waran tapi masih ada lesen?
Patutnya tak boleh renew lesen ni.
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2024 12:33 PM From the mobile phone | Show all posts
leluhur parashit hina dan terkutuk dia tas muka bumi ke?
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2024 12:50 PM From the mobile phone | Show all posts
24 waran tangkap??? Dah viral baru nak tangkap, bodoh betul
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 08:49 AM GMT+8 , Processed in 0.048991 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list