View: 30358|Reply: 12
|
[Tempatan]
42 tahun tinggal di Kampung Pengkalan Ajal, setiap tahun kena pindah ke PPS
[Copy link]
|
|
42 tahun tinggal di Kampung Pengkalan Ajal, setiap tahun kena pindah ke PPS
https://www.bharian.com.my/berit ... p-tahun-kena-pindah
Zaid Salim - November 21, 2024 @ 6:07pm
[email protected]
Nur Hayati Ismail bersama anak, Abdul Halim Abdul Manap membuat persiapan memindahkan barangan dari rumah di Kampung Pengkalan Ajal ke dalam bot sebagai persediaan menghadapi banjir. - NSTP/GHAZALI KORI
KUALA BERANG: "Sudah 42 tahun saya tinggal di sini, memang lali dengan banjir, selalu jadi keluarga terawal berpindah ke PPS setiap tahun".
Itu pengalaman Nurhayati Ismail, 60, dari Kampung Pengkalan Ajal, di sini, setiap kali banjir melanda kawasan berkenaan.
Katanya, dia mengalami kerugian besar setiap kali banjir apabila pelbagai barangan dalam rumah rosak ditenggelami air kerana kedudukan hampir dengan sungai dan berada di kawasan rendah.
Namun, ibu empat anak dan nenek kepada 13 cucu itu tidak berhasrat berpindah kerana rumahnya itu satu-satunya kediaman yang dibina atas tanah sendiri.
"Saya tak bercadang pindah rumah lain walaupun setiap tahun berdepan banjir. Kami pasrah dengan bencana itu," katanya ketika ditemui di rumahnya, hari ini.
Berkongsi pengalaman pahit berdepan banjir, Nurhayati berkata, banjir terburuk pada 2022 apabila semua barangan dan perkakas dalam rumah rosak selain ada yang dihanyutkan arus.
"Melihat keadaan rumah ketika itu, saya hampir pengsan apabila semua barangan dan perkakas elektrik, termasuk televisyen, peti sejuk dan mesin basuh ditenggelami air, barangan dapur turut hanyut.
"Setiap kali banjir, anak, Abdul Halim Abdul Manap, 32, akan membuat persediaan dengan membina rak untuk meletak barangan dan perkakas dapur serta pakaian.
"Namun, paras air ketika itu sangat tinggi, lebih tiga meter berbanding banjir sebelumnya hanya antara dua hingga tiga meter," katanya.
Katanya, situasi itu menyebabkan dia berpindah ke PPS bersama suami, Abdul Manap Sulong, 63, menggunakan bot gentian kaca milik anak mereka selepas air mula masuk ke dalam rumah.
Katanya, bot berkenaan juga digunakan anak untuk menjalankan operasi memindahkan mangsa banjir di kampung berkenaan.
"Selepas banjir dua tahun lalu, saya tidak membeli perabot dan kerusi untuk ganti yang rosak, hanya beli barangan penting seperti peti sejuk dan mesin basuh," katanya.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
tapi tak ajal2 ok lah tu
kalau ikut nama kampung dia tu lah |
|
|
|
|
|
|
|
macam no need lah brg letrik. kalau tiap tahun rosak? |
|
|
|
|
|
|
|
rumah dibina 2 tingkat, kalau 2m banjir tingkat atas banjir juga, ini sudah kena bina rumah rakit |
|
|
|
|
|
|
|
apa boleh buat dah rumah pun dekat ngan sungai kan ..
macam tulah tiap² tahun musim tengkujuh |
|
|
|
|
|
|
|
semoga dipermudahkan urusan |
|
|
|
|
|
|
|
tu pun lobai nak tawan selangor..negeri sendri pun mcm2 kes |
|
|
|
|
|
|
|
Dah katanya pasrah..nk buat cemana kan |
|
|
|
|
|
|
|
Dah memang kawasan banjir, hadap je lah |
|
|
|
|
|
|
|
perparitan di kampung tersebut kena upgrade |
|
|
|
|
|
|
|
tanah pusaka kan.. tak kan nak menyewa kat tempat lain.
dah berpuluh tahun dok situ... berhati2 je lah jgn sampai ada kematian.
kalau bukan musim tengkujuh, seronok je kot ada sungai dan suasana kampung yg tenang |
|
|
|
|
|
|
| |
|