View: 8719|Reply: 6
|
[Tempatan]
Sekolah Bangsa Johor tidak bercanggah dasar pendidikan negara
[Copy link]
|
|
Sekolah Bangsa Johor tidak bercanggah dasar pendidikan negara
https://www.kosmo.com.my/2024/11 ... -pendidikan-negara/
Oleh KHAIRUL MOHD. ALI
26 November 2024, 1:25 pm
AZNAN ketika ditemui dalam sidang akhbar di luar persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor di Kota Iskandar, Iskandar Puteri hari ini.
ISKANDAR PUTERI – Pelaksanaan Sekolah Bangsa Johor di empat buah sekolah rintis bermula tahun depan tidak akan bercanggah dengan silibus pendidikan dan dasar pendidikan negara ditetapkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Johor, Aznan Tamin berkata, inisiatif itu akan mengekalkan silibus sedia ada namun melakukan penambahbaikan melibatkan beberapa elemen.
Katanya, empat sekolah terlibat adalah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kota Puteri 2; Sekolah Kebangsaan (SK) Kota Puteri 4; SMK Tasek Utara dan SK Tasek Utara.
“Sekolah rintis ini tidak bercanggah dengan dasar pendidikan negara, silibus KPM kekal cuma diberikan nilai tambah kepada subjek seperti Bahasa Inggeris, matematik dan sains.
“Kita telah bentangkan usaha ini kepada KPM dan inisiatif ini mendapat sokongan daripada mereka. Sekiranya usaha ini berkesan tidak mustahil ia turut digunakan dalam silibus KPM akan datang,” katanya dalam sidang akhbar di luar persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor di Kota Iskandar, di sini hari ini.
Tambah Aznan, pihaknya telah menghantar 40 guru Bahasa Inggeris daripada empat sekolah rintis itu bagi mengikuti kursus Bahasa Inggeris di Nanyang Technological University, Singapura.-KOSMO! ONLINE
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Yg ada pun masih pening
Ni nak tambah siap ada bangsa pulak
Mcm2 la |
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Elemen apa yang nak ditambah tu? Adat budaya leluhur jawa tempe ke? |
|
|
|
|
|
|
|
apa la extra file, paper work diorang kena buat....
huhuhu |
|
|
|
|
|
|
| |
|