View: 36855|Reply: 12
|
‘Iman saya lemah, paksa baca al-Quran 3 muka surat sehari’ - Ika Nabila mahu terus istiqamah
[Copy link]
|
|
Mahu terus istiqamah, pelakon Ika Nabila sentiasa memaksa diri membaca al-Quran sekurang-kurangnya tiga muka surat setiap kali selepas mendirikan solat.
Ika atau nama sebenarnya Ika Nabila Abdul Rahim 35, berkata, imannya lemah selain selain menyifatkan mengaji sebagai ‘makanan’ rohani.
“Saya sentiasa memaksa diri untuk membaca al-Quran selepas solat dan saya rasa tidak bermotivasi sebab apa? Sebab lemah dengan duniawi.
“Iman saya? Lemah-selemahnya, jadi kalau dapat baca tiga muka surat, saya rasa sangat bersyukur.
“Saya sentiasa percaya, usaha berpanjangan adalah kuncinya. Insya-Allah, walau apa jua keadaan kita sentiasa berusaha dan perbaiki,” katanya menerusi perkongsian Instagram.
Bakat kelahiran Akademi Fantasia musim enam (AF6) itu turut menitipkan pesanan agar setiap muslimin menjadikan amalan mengaji sebagai rutin harian.
“Cuba (baca Quran), kalau awak larat boleh baca lima muka surat setiap hari. Tetapi kalau ada kerja (sibuk) baca tiga muka surat sudah bagus.
“Kalau malas sangat sebab bateri badan rendah, dapat baca satu muka surat sehari pun okey,” ujarnya.
Dalam perkongsian lain, pelakon drama Demi itu berharap perkara dikongsikan turut memberi impak positif terhadap insan sekeliling.
Akui Ika, dia mahu menyelitkan perkara bermanfaat dalam laman sosial sekali gus memberi inspirasi dan contoh yang baik.
“Saya harap perkongsian saya tidak membuat anda muak. Saya hanya mahu berkongsi perjalanan hidup dalam sosial media.
“Saya kongsi gaya hidup dan pelbagai lagi. Mengapa tidak saya selitkan perkongsian mengenai amalan saya membaca al-Quran.
“Mana tahu, setidaknya dapat memberi inspirasi kepada orang lain. Insya-Allah,” katanya.
Ika antara selebriti yang aktif berkongsi pandangan mahupun mengulas isu semasa menerusi platform media sosial miliknya.
Sumber – KOSMO! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
Ooo inii baru pula tau ikanabela |
|
|
|
|
|
|
|
iman aku lagi lemah tp x kabo pun ke org |
|
|
|
|
|
|
|
macamana reputs kosmo tau minah ni baca quran? |
|
|
|
|
|
|
|
c===8: macamana reputs kosmo tau mina ...
Reputs kutip berita dari ig dia laa..work from home katakannnnnn.. |
|
|
|
|
|
|
|
Belibis replied at 4-12-2024 10:14 AM
Reputs kutip berita dari ig dia laa..work from home katakannnnnn..
Senang reputs jaman now buat keje..cedok igs retis pastu jadikan artikel. Tak pyh susah2 kejar retis sambil bawak mic nak intebiu . Lol |
|
|
|
|
|
|
|
Belibis replied at 4-12-2024 10:14 AM
Reputs kutip berita dari ig dia laa..work from home katakannnnnn..
kalau berita tipu2 pun... percaya & publish jugak contoh grempa K keje engineer |
|
|
|
|
|
|
|
nama typical remaja hijabista & muka pun typical remaja hijabista jenis susah nak igt , dalam gambar ni yg kiri iras mekjurah & yg kanan iras miwabasic |
|
|
|
|
|
|
|
eh? jap . macam iras nad ungka |
|
|
|
|
|
|
|
ye lah iras sesiapa je lah. lawa lah . tapi ..... yg tak brp lawa lagi muka senang igt |
|
|
|
|
|
|
|
Tiberrr i rasa rengsek puleks retis bagitau amalan baik deols. Kalau iols, malu |
|
|
|
|
|
|
|
minah ni kan ada di mana2
dia mcm laki yana samsudin versi pompuan
dah tak glamour duk diam2 je la jaga laki |
|
|
|
|
|
|
| |
|