CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 39991|Reply: 9

Dewan Negara: 67,628 anak tidak sah taraf direkodkan dalam tempoh 5 tahun

[Copy link]
Post time 9-12-2024 06:20 PM | Show all posts |Read mode





KUALA LUMPUR – Seramai 67,628 anak tidak saf taraf dengan catatan Seksyen 13 bagi warganegara direkodkan dalam tempoh lima tahun dari 2020 hingga 31 Oktober 2024.


Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, manakala bagi bukan warganegara adalah sebanyak 49,137 pendaftaran.


Beliau berkata, pendaftaran kelahiran tanpa maklumat bapa mencatatkan sejumlah 66,318 bagi warganegara dan 13,159 bagi bukan warganegara.


“Secara keseluruhan, jumlah pendaftaran bagi warganegara adalah 133,946, manakala bagi bukan warganegara pula ialah 62,296.


“Bagi pendaftaran kelahiran Anak Tak Sah Taraf (ATST), JPN tidak menyimpan rekod kategori sijil kelahiran dengan catatan ATST dan catatan ATST tidak akan dicetak pada mana-mana ruangan dalam sijil kelahiran yang dikeluarkan,” katanya di Dewan Negara hari ini.


Beliau berkata demikian menjawab soalan Senator Mohd. Hasbie Muda yang ingin tahu berapakah jumlah anak tidak sah taraf di Malaysia pada masa kini, dan berapa jumlah daripadanya yang tidak memperoleh taraf kewarganegaraan.


“Status kewarganegaraan kanak-kanak ini merujuk kepada taraf kewarganegaraan ibu kandung kanak-kanak tersebut.


“Kanak-kanak dalam kategori ini yang ingin memohon untuk menjadi warganegara Malaysia boleh membuat permohonan di bawah Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan, iaitu pendaftaran kewarganegaraan kanak-kanak di bawah umur 21 tahun ke bawah dan dalam keadaan khas sekiranya memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan mengikut perundangan yang berkuatkuasa,” katanya.


Katanya dalam rekod Jabatan Pendaftaran Negara sebanyak 6,705 permohonan di bawah perkara 15 telah diterima bagi kanak-kanak yang berada dalam kategori ini sepanjang tempoh 2010 hingga 2024.


Sumber:- KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-12-2024 06:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak luar nikah pengikut dajal ka
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2024 07:37 PM | Show all posts
dalam 5 tahun tu termasuk masa covid. takkan masa covid boleh jumpa buat projek.... orang berkurung dalam rumah semua takut mati..
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2024 09:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada member aku berusaha nk daftarkan anak luar nikahnya dgn nama bapa kandung anak tu wpun xblh...katanya xnak anak tu malu nanti bila dh besar...sblum berzina buat anak luar nikah xde plak ko pikir masa depan anak tu.
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2024 10:36 PM From the mobile phone | Show all posts
plywood replied at 9-12-2024 07:37 PM
dalam 5 tahun tu termasuk masa covid. takkan masa covid boleh jumpa buat projek.... orang berkurung  ...

Berkurung dlm rumah pun belum tentu dpt mengekang bilangan anak tak sah taraf.. pernah dengar sumbang mahram?
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2024 10:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Negara tetangga pasti iri.
Negara tetangga pasti ketar ketir.
-Konoha-
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-12-2024 11:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Confirm ke anak tak sah taraf...ntah2 anak yg lahir dari warga china yg hilang takdpt dikesan tu...
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2024 01:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Cacamarba bercampur2 bakal generasi esok2.. kalau batang sangap cucuk merata, kan terkawin sesama anak2 dia, kesian nya..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-12-2024 06:49 AM From the mobile phone | Show all posts
ok la dia daftar dari buang tepi longkang
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2024 06:50 AM From the mobile phone | Show all posts
nak buat camno. it is what it is
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 02:03 AM GMT+8 , Processed in 0.044909 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list