View: 43100|Reply: 10
|
Elon Musk semakin kaya, nilai bersih kekayaannya melepasi RM1.7 trilion
[Copy link]
|
|
Washington: Nilai bersih kekayaan pemilik Tesla dan SpaceX, Elon Musk melepasi AS$400 bilion (kira-kira RM1.772 trilon), menurut Indeks Bilionair Bloomberg.
Angka semalam itu, menetapkan satu pencapaian baharu untuk orang terkaya di dunia.
Lonjakan kekayaan, lapor saluran berita perniagaan, berlaku selepas SpaceX dan pelaburnya bersetuju untuk membeli AS$1.25 bilion (kira-kira RM5.54 bilion) saham dalaman menerusi urus niaga yang menilai syarikat roket dan satelit itu pada kira-kira AS$350 bilion (kira-kira RM1.55 trilion).
Transaksi itu meningkatkan kekayaan peribadi Musk kira-kira AS$50 bilion (kira-kira RM221 bilion) kepada AS$440 bilion (RM1.94 trilion), kata Bloomberg.
Kekayaan Musk, sebahagian besarnya berdasarkan harga saham Tesla dan penilaian SpaceX, mengambil lonjakan besar selepas Donald Trump memenangi pilihan raya presiden Amerika Syarikat bulan lalu.
Harga saham Tesla naik kira-kira 65 peratus sejak hari pengundian pada November lalu.
Musk menjadi penderma politik terkemuka dan penyokong Trump, menyumbang AS$270 juta (kira-kira RM1.1 bilion) dalam kempen Parti Republikan.
Beliau menjadi pendamping setia untuk Trump sejak kemenangan pemimpin itu dalam pilihan raya itu termasuk menjemputnya untuk menonton pelancaran roket di Texas oleh syarikat SpaceX miliknya.
Perniagaan Musk semuanya mempunyai tahap interaksi yang berbeza-beza dengan kerajaan AS dan asing serta hubungan rapatnya dengan Trump. Ia menimbulkan kebimbangan bahawa Musk akan memberi kelebihan kepada kepentingannya sendiri.
Musk juga dijangka mendapat pengurangan dalam peraturan untuk Tesla serta penghapusan kredit cukai ke atas kenderaan elektrik yang akan 'menghukum' pesaing pembuat kereta itu.
Trump memilih Musk untuk mengetuai Jabatan Kecekapan Kerajaan, yang bersedia untuk memberikan berbilion dolar pemotongan dalam perbelanjaan persekutuan.
Sumber – Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
semoga musk dilantik jadi gabenor california |
|
|
|
|
|
|
|
Perdana Menteri Anwar Ibrahim mendedahkan bahawa Tesla mengalami kerugian dan bergelut dengan persaingan sengit daripada pengeluar kenderaan elektrik (EV) China.
Bercakap kepada media, Anwar berkata bahawa Tesla memaklumkan demikian kepada Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (Miti), yang diketuai oleh Tengku Zafrul Abdul Aziz.
.......apesal nuart pakar ekonomi dunia ckp Elon musk rugi? |
|
|
|
|
|
|
|
Kaya pun tapi bully the mother of your kids tak guna juga. |
|
|
|
|
|
|
|
Org gini klu tiba2 jatuh terduduk, memang bunuh diri. |
|
|
|
|
|
|
|
Kena belajar dari orang2 macam ni what else could you want in life when you already have everything you need...
|
|
|
|
|
|
|
|
Firenzza replied at 12-12-2024 06:20 PM
Perdana Menteri Anwar Ibrahim mendedahkan bahawa Tesla mengalami kerugian dan bergelut dengan persai ...
Kereta Tesla dia mmg rugi pun, persaingan dari China kereta ev murah, yg membelinya pun org negara China jugak.
Yg buat mas Elon ni kaya sbb dia owner spaceX, gomen US pump duit utk company tu. Tambah dia penyokong Trump, so lagi la share spaceX tu melonjak naik. |
|
|
|
|
|
|
|
bukan old money x cukup kaya |
|
|
|
|
|
|
|
org yahudi belajar kat mana semua hal dia tahu |
|
|
|
|
|
|
|
Elon haters mesti silent old money |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by capiloton at 14-12-2024 10:06 AM
a puppet, cheerleader
penunggang nama Tesla
|
|
|
|
|
|
|
| |
|