CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11201|Reply: 5

Keadaan Syria masih aman, kerajaan belum berhasrat bawa pulang rakyat Malaysia

[Copy link]
Post time 18-12-2024 03:03 PM | Show all posts |Read mode




Putrajaya: Kerajaan belum berhasrat membawa pulang lebih 50 rakyat Malaysia termasuk pelajar yang kini berada di Syria susulan kejatuhan pentadbiran 61 tahun Parti Baath pimpinan Bashar al-Assad.


Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan bagaimanapun berkata, pihakya menerusi kedutaan sentiasa memantau perkembangan dan keselamatan rakyat Malaysia di sana.


"Kementerian Luar memantau keadaan (di sana) dan kita berharap supaya keamanan dapat dikekalkan, supaya kerajaan yang baru ditubuhkan berusaha untuk mengekalkan keamanan serta keselamatan.


"Rakyat Malaysia kebanyakannya adalah pelajar ada di sana dan Konsul Kehormat (Malaysia) secara harian berhubung dengan Wisma Putra, ambil gambar, ambil video rakyat kita dan pelajar kita di sana dalam keadaan selamat," katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Penyerahan Sumbangan Malaysia kepada Palestin di bawah Inisiatif Kerajaan Jordan, di sini, hari ini.


Pentadbiran Parti Baath pimpinan Bashar tumbang pada 8 Disember lalu selepas ibu kota Damsyik tidak lagi dikawal kerajaan.


Mengulas lanjut, Mohamad berkata, semua pelajar Malaysia di sana diarah tinggal di kolej masing-masing dengan keadaan mereka dipantau secara harian.


"Saya dimaklumkan makanan semua mencukupi dan mereka duduk di kolej masing-masing manakala konsul kehormat kita sentiasa berhubung dengan pihak kolej," katanya.


Sumber – Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-12-2024 09:45 PM | Show all posts
Lekk aar sap kok lu
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2024 08:19 AM From the mobile phone | Show all posts
ChildrenOfBodom replied at 18-12-2024 09:45 PM
Lekk aar sap kok lu

Ha3..  Betoi.
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2024 05:38 AM | Show all posts
dia ni bagus bila buat kerja cuma terlalu play safe.. patut lepas najib turun dulu dia jadi pm or tpm

sebab dia tak kes mahkamah, persepsi org dgn bn masa tu takdelah makin merudum bila pilik wak

takpelah.. skrg pun semua dah hoi ya hoi kan.. kita semua gumbiraaaa
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2024 06:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Fikir juga nasib anak-anak yang terpaksa hidu asap rokok
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2024 06:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Susah dapat menteri bodoh sokmo
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 01:37 PM GMT+8 , Processed in 0.335406 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list