CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 15142|Reply: 46

Penemuan mayat reput: Suspek mengaku bunuh, perlu wang tengok Harimau Malaya di Kemboja

[Copy link]
Post time 18-12-2024 03:14 PM | Show all posts |Read mode





Kuching: Terdesak perlukan wang untuk perbelanjaan menyaksikan perlawanan Malaysia dan Kemboja pada kejohanan Piala Mitsubishi Electric Asean 2024 di Phnom Penh, Kemboja, 8 Disember lalu dikenal pasti motif pembunuhan seorang wanita yang mayatnya ditemui reput di Tabuan Jaya, di sini, Ahad lalu.


Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mancha Ata berkata, motif pembunuhan itu diketahui selepas suspek yang kini ditahan reman, mengaku melakukan perbuatan itu.


Beliau berkata, suspek mengaku mengambil barang kemas mangsa iaitu gelang tangan emas dan anting-anting emas untuk digadai.


Beliau berkata, suspek mengaku mengambil barang kemas mangsa iaitu gelang tangan emas dan anting-anting emas untuk digadai.


"Ketika dalam soal siasat, suspek mengaku melakukan perbuatan itu (membunuh mangsa) dan mengambil barang kemas mangsa untuk digadai kerana dia memerlukan wang untuk perbelanjaan di ketika menyaksikan kejohanan bola sepak Kemboja," katanya ketika dihubungi, hari ini.


Terdahulu ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Pelancaran Program Advokasi Kempen Keselamatan Jalan Raya Menjelang Krismas 2024 dan Hari Bertemu Pelanggan PDRM Kontinjen Sarawak di Dewan Terbuka Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak, hari ini, Mancha berkata, beliau yakin polis kini hampir berjaya menyelesaikan kes berkenaan.


"Selepas polis berjaya menahannya dan melakukan siasatan, suspek membuat pengakuan memang dia yang membunuh mangsa dan berdasarkan bukti yang diperoleh, polis percaya kes itu hampir selesai.


"Malah suspek juga menunjukkan lokasi mayat mangsa dibuang sehingga membawa kepada penemuan mayat wanita yang sudah reput baru-baru ini," katanya.


Mancha berkata, ketika pemeriksaan susulan di lokasi mayat mangsa ditemui Ahad lalu di longkang berdekatan tempat pembuangan sampah di Tabuan Jaya, semalam, polis menemui beberapa bahan bukti baharu antaranya pakaian, gigi dan gumpalan rambut.


"olis pergi semula ke lokasi itu semalam kerana ketika ditemui, mayat tidak berpakaian lengkap dan hasil pemeriksaan terbaharu itu, kita berjaya menemui bukti baharu," katanya.


Pada 5 Disember lalu, polis menerima laporan kehilangan seorang wanita, Nurul Asikin Lan, 26, selepas dia dikatakan keluar dengan seorang lelaki yang baru dikenali.


Mancha berkata, berikutan keadaan mayat yang sudah reput, keluarga wanita terbabit juga tidak dapat mengecamnya.


Justeru katanya, polis juga masih menunggu keputusan ujian Asid Deoksiribonukleik (DNA) yang dijangka diperoleh 22 Disember ini untuk mengesahkan identiti mayat reput itu.


Sementara itu, mengenai Program Advokasi Kempen Keselamatan Jalan Raya Menjelang Krismas 2024, Mancha berkata, ia diadakan bagi meningkatkan kesedaran orang ramai terutama ketika memandu untuk balik ke kampung masing-masing.


Beliau berkata, kempen itu dilaksanakan selama lima hari mulai 23 Disember hingga 27 Disember ini.


"Statistik kemalangan serta kematian akibat kemalangan jalan raya di Sarawak tahun ini masih tidak mampu melegakan semua pihak.


"Kemalangan jalan raya terus menunjukkan peningkatan yang agak membimbangkan apabila dalam tempoh Januari hingga November tahun ini sebanyak 19,964 kemalangan direkodkan berbanding 19,498 kes dalam tempoh sama tahun lalu.


"Walaupun kes kemalangan maut menunjukkan penurunan daripada 336 kes tahun lalu kepada 326 kes tahun ini, ia masih tetap membimbangkan," katanya.




Sumber – Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-12-2024 03:23 PM | Show all posts
kejamnyaaa.. tergamak bunuh semata2 nak duit gi tgk bola..

semoga mati dgn hina..
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2024 03:26 PM From the mobile phone | Show all posts
jahat, busuk, hina dan miskin semuanya..
pempuan takyah carik laki yang obsess sgt dengan hobi bodo tengok bola ni... semoga Jannah buat mangsa
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2024 03:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Kejamnya pelaku psl nk tgk bola je sanggup membunuh!
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2024 03:51 PM | Show all posts
dibunuh sebab nak duit sbb kaki bola sakai
boleh ke panggil pengganas /ektremist harimau malaya?
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2024 03:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Begitu CINTANYA KO KAT BOLA & HARIMAU MALAYA dek....(walhal depa x kenal ko pung)
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-12-2024 03:59 PM | Show all posts
peringatan buat wanita, nak keluar mana-mana tak payah la pakai barang kemas walaupun kecik je...cabut je semua..kalau boleh emas palsu pun jangan pakai dah..mengundang penjenayah je.

Mak-mak yang kat kampung tu, tak payah pakai rantai ke apa, takut ada yang memerhati...sekarang zaman dah jadi semakin terdesak, jenayah pun makin berleluasa.
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2024 04:09 PM From the mobile phone | Show all posts
berapa je dapat dr gadaian tu berbaloi ke sampai mbunuh? kesian mangsa..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-12-2024 04:23 PM | Show all posts
Dah tau miskin, tak payah lah gatal telor nk pegi tgk bola kt Kemboja tu..
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2024 04:23 PM | Show all posts
semoga ada penyokong harimau malaya hadiahkan pembunuh gi tengok bola
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2024 04:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Allah.. ceteknya pemikiran ko.. sebb itu saja ko membunuh org..
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2024 04:28 PM | Show all posts
ya Allah.. sanggup ehhh sampai buat gitu. scary la manusia skrg. aku baru lepas tgk video mamat yg record bawah kain pompuan berpurdah kat pasaraya tu. ape ke bangang sangat ehh.. nasib la org mcm tu pakai berlapik2
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2024 04:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Ya Allah puncanya pun!
Berapa IQ setan ni
Bodoh nak mampus!
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2024 04:52 PM | Show all posts
kau sanggup membunuh demi HM.. kalau HM tu gah mcm Italy France takpela juga main WC.. relax2 sudah layan bola Malaysia ni..
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2024 04:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau tak mampu ukur la baju kat badan sendiri yelaaa nak post kat socmed kan
Akal pendek sungguh, knp sampai sanggup bunuh org?
Baik menjubo atau jual buah pinggang jelaa
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2024 05:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Sah IQ 2digit.
Mkn bola, minom bola, tido pon bola dlm kepla.
Bola tu dia punya candu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-12-2024 05:08 PM From the mobile phone | Show all posts
mmm...sy setuju dgn semua komen forumer di atas
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2024 05:25 PM | Show all posts
alasan je tu. kalau baca artikel tu, lebih kepada nak samun barang kemas wanita tu.
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2024 05:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Mereput la kau kat dalam sana. Bodo piang
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2024 06:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Zalim nya lelaki2 zaman skrg membunuh semata2 bolasepak jaguh kampung ja bukan xde tv tenet free
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 04:40 PM GMT+8 , Processed in 0.066136 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list