CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8431|Reply: 8

Buaya tembaga seberat 400kg ditangkap di Klebang, jalan sesak 1 kilometer

[Copy link]
Post time 19-12-2024 01:05 PM | Show all posts |Read mode





Melaka: Buaya tembaga jantan dianggarkan seberat 400 kilogram berjaya ditangkap menggunakan kaedah tajur atau tali jerut berhampiran Pintu Kawalan Air Pasang Surut di Kampung Tengah, Klebang, di sini, malam tadi.


Buaya sepanjang 4.3 meter itu berjaya dijerut anggota Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Melaka pada jam 10 malam.


Pengarahnya Petra Sulai berkata, reptilia itu dikesan berkeliaran di kawasan berkenaan pada jam 5 petang oleh 12 anggota Perhilitan termasuk dari Perak dan Selangor yang membantu operasi mengesannya sejak 13 Disember lalu.


Menurutnya, sebaik mengesan buaya itu berenang berhampiran empangan Pintu Kawalan Air Pasang Surut berkenaan, anggotanya memasang tajur.


"Tajur ini seakan jerut guna tali yang kuat berdasarkan pengalaman 'otai' kakitangan Perhilitan yang membuat tangkapan buaya melebihi 30 tahun.


"Tiga kali cuba, kami gagal menjerut mulut buaya itu kerana ia tidak keluar dari empangan dan cuba melarikan diri menghala ke hulu Sungai Malim.


"Namun, jerut buat kali keempat dipasang kira-kira jam 8 malam mengena dan buaya itu berjaya dijerut pada badannya pada jam 10 malam," katanya ketika dihubungi, hari ini.


Mengulas lanjut, Petra berkata, pihak turut dibantu kakitangan Jabatan Pengairan dan Saliran dalam operasi itu yang sentiasa mengemas kini maklumat kehadiran buaya di pintu kawalan air berkenaan.


"Hampir dua jam anggota kita bertungkus-lumus menarik buaya itu ke longkang berdekatan sebelum dinaikkan ke darat.


"Untuk rekod, ini tangkapan kelima buaya tembaga di negeri ini sejak Mei lalu iaitu dua masing-masing di Kampung Tengah dan Sungai Malim serta terbaru pada 11 Disember lalu di Kompleks LKIM (Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia) Kuala Linggi," katanya.


Menurutnya, reptilia yang ditangkap itu dipercayai membaham tiga kambing penternak di Kampung Tengah dan dihantar ke kawasan konservasi di lokasi sementara malam kelmarin untuk pemeriksaan kesihatan.


Sementara itu, suasana operasi penangkapan buaya itu bagaikan 'pesta' apabila orang ramai termasuk penduduk Kampung Tengah mengerumuni kawasan berkenaan untuk melihat secara langsung anggota Perhilitan menangkap reptilia terbabit hingga berlaku kesesakan jalan raya di Jalan Klebang sejauh hampir satu kilometer.




Sumber – Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-12-2024 01:24 PM | Show all posts
syabas mere bete
tembaga sungguh berat hang nohhh
bolehla buat kuak lentang kat klebang lepas nih
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2024 05:35 AM | Show all posts
buat masak asam pun sedap...
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2024 07:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Pantai melaka mmg ada buaya kan,bulan lepas pi family day ajk surau kat pengkalan balak.
Langsung tak teringat pasal buaya ni tau, jiran taman sini duk seronok  kutip remis byk2 dapat sebesen.
Iols balik umah duk terpikir rasa pantai kat melaka ni bukan ke ada buaya, bila search rupanya mmg ada je penampakkan buaya kat pengkalan balak plak tu hahahahah

Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2024 07:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni buaya ke lima..byk sanak saudara dia kat sini..yg ini pangkat pakngah ke? Ntah2 paklong lagi beso..
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2024 10:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Jadi bahaya ke kalo naik bas yang buleh masuk laut tu? Amphibious bus tu la... baru ingat nak naik lagi dgn anak aku cuti skolah.. jadi gini kensel la.. fokus jenjalan tpt lain
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-12-2024 10:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Ala kesian tengok badan dah lama hidup tu. Sihat gemok.
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2024 11:35 AM From the mobile phone | Show all posts
besonya berat plak tu...
tgk kulit boye tu teringat iger dayak kat kalimantan masak ekor buaya. rebus dulu nak mudah buang kulit mcm bersisik gitu. giler beso dia punya scale.
ayat tak leh lupa..."seru bangat di dimasak rica-rica"
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-12-2024 04:06 PM From the mobile phone | Show all posts
aku pernah p Jong Crocodile Farm kat Kuching....byk giler besar2 gedabak...kalau banjir situ mmg naya pak karim
.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 06:44 PM GMT+8 , Processed in 0.845444 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list