View: 9750|Reply: 3
|
Kes selesema burung teruk babitkan manusia di AS cetus kebimbangan
[Copy link]
|
|
WASHINGTON: Seorang pesakit warga emas di Louisiana berada dalam 'keadaan kritikal' akibat selesema burung yang teruk, kata pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) pada Rabu.
Ia adalah kes pertama selesema burung membabitkan manusia yang serius di negara itu ketika kebimbangan memuncak mengenai kemungkinan wabak selesema burung terus meningkat.
Kes baharu itu meningkatkan jumlah keseluruhan jangkitan semasa wabak pada tahun ini kepada 61, apabila California mengisytiharkan kecemasan untuk meningkatkan tindak balasnya.
Pesakit sebelum ini mengalami simptom ringan dan pulih di rumah, namun tahap keterukan kes di Louisiana itu meningkatkan kebimbangan, mengulangi kes serupa di seluruh dunia. Bulan lalu, seorang remaja di Kanada dimasukkan ke hospital dengan kes selesema burung yang teruk.
Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) AS melaporkan, pesakit di Louisiana, yang berusia lebih 65 tahun dan mempunyai masalah kesihatan, terdedah kepada burung yang sakit dan mati dalam sekumpulan burung di belakang rumahnya.
"esakit itu mengalami penyakit pernafasan yang teruk berkaitan jangkitan H5N1 dan kini dimasukkan ke hospital dalam keadaan kritikal," kata jabatan kesihatan Louisiana dalam satu kenyataan kepada AFP.
Pegawai kanan CDC, Demetre Daskalakis, ketika dihubungi wartawan, berkata aelama lebih 20 tahun pengalaman global dengan virus itu, jangkitan H5 sebelum ini dikaitkan dengan penyakit teruk di negara lain, termasuk penyakit yang mengakibatkan kematian sehingga 50 peratus kes.
"Kemungkinan yang ditunjukkan untuk virus ini menyebabkan penyakit teruk pada manusia terus menggariskan kepentingan bersama... tindak balas Persekutuan AS," katanya.
Sementara itu, di negeri paling ramai penduduk di AS, California, Gabenor Gavin Newsom, dalam satu kenyataan mengumumkan darurat selepas wabak selesema burung H5N1 menjangkiti 34 orang di negeri itu.
"Setakat ini, tiada penularan selesema burung daripada manusia ke manusia dikesan di California dan hampir semua individu yang dijangkiti terdedah kepada lembu yang dijangkiti. California telah mewujudkan sistem ujian dan pemantauan terbesar bagi menangani wabak ini.
"engisytiharan ini adalah tindakan yang disasarkan untuk memastikan agensi kerajaan mempunyai sumber dan keupayaan yang diperlukan untuk bertindak balas dengan cepat terhadap wabak ini," katanya.
CDC memaklumkan, kes di Louisiana itu disahkan pada Jumaat lalu. Penjujukan genetik mendedahkan yang virus H5N1 pada pesakit tergolong dalam genotip D1.1.
Genotip itu, baru-baru ini dikesan pada burung liar dan ayam itik di AS, manakala dalam kes manusia, dilaporkan di Washington dan kes di Kanada, di wilayah British Columbia.
Sehingga Rabu, virus H5N1 telah merebak ke lembu tenusu di 16 negeri, selepas pertama kali disahkan di Texas dan Kansas pada Mac 2024, menurut data CDC AS.
Terdapat 61 kes manusia yang dijangkiti virus H5N1 di seluruh negara sejak April. Selesema burung pertama kali dikesan di AS pada burung liar di Carolina Selatan pada Januari 2022 dan di California pada Julai 2022. - AGENSI
Sumber – Berita Harian |
|
|
|
|
|
|
|
Covid apa cer?
Nape tetibe hilang pulak virus yang pernah unggul di carta penduduk bumi satu ketika dahulu?
Bukan ke harus ambik suntikan ke3 ke 4 ke 5 untuk elak dijangkiti virus yang bermutasi? |
|
|
|
|
|
|
|
Kan ada vaksinasi kelompok. Tu pun membantu. Badan manusia ni Allah cipta canggih. Antibodi dah ada data pasal virus Covid, jadi pertahanan dah level up. Dia cam selesema. Virus selesema tak ada penawar pun. Selama ni kita makan ubat utk treat the symptoms dan bantu antibodi badan upgrade level pertahanan.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|