CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 39090|Reply: 0

[Kedah] 44,139 pesawah MADA terima bantuan khas lebih RM26 juta

[Copy link]
Post time 19-12-2024 06:59 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 19-12-2024 07:01 PM

44,139 pesawah MADA terima bantuan khas lebih RM26 juta

WAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR
19 Disember 2024 06:06pm





Mohamad (tiga kanan) menyerahkan BKST Fasa 2 Tahun 2024 pada Program Ihsan MADANI di pekarangan Pejabat Pertubuharn Peladang Kawasan (PPK) MADA F-II Jerlun pada Khamis.




JERLUN - Prihatin dengan kebajikan para pesawah, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menyerahkan Bantuan Khas Sumbangan Tunai (BKST) Fasa 2 Tahun 2024 berjumlah RM26,483,400 kepada 44,139 orang pesawah Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) bagi meringankan beban golongan tersebut.

Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, sumbangan tersebut merupakan satu skim bantuan khusus untuk golongan pesawah padi yang berdaftar dengan agensi yang dilantik oleh KPKM.



Menurutnya, sebanyak RM200 sebulan akan diagihkan untuk tempoh tiga bulan atau semusim penanaman padi.

“Kita mengharapkan bantuan ini dapat membantu meringankan beban pesawah yang menghadapi kesan perubahan cuaca yang tidak menentu. Perubahan cuaca ini bukan sahaja dihadapi negara kita tetapi juga negara maju,” katanya pada Khamis.


Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan penyerahan BKST Fasa 2 Tahun 2024 pada Program Ihsan Madani di pekarangan Pejabat Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) MADA F-II Jerlun, di sini.

Jelas Mohamad, pemberian BKST mula disalurkan bermula pada Tahun 2023 selepas dibentangkan di dalam sesi Belanjawan 2023 pada 7 Oktober 2022 oleh Perdana Menteri.


Menurutnya, pesawah yang layak akan menerima bantuan tunai yang disalurkan terus ke dalam akaun sedia ada atau akaun Agrobank pesawah dalam tempoh tujuh hari bekerja daripada tarikh pengesahan MADA.

Pada majlis sama, Mohamad turut menyempurnakan penyerahan replika cek Bantuan Wang Ihsan Tabung Bencana Tanaman Padi (TBTP) Tahun 2024 berjumlah RM10,488,321.60 kepada 4,854 orang pesawah MADA sebagai simbolik kelulusan peruntukan pihak kerajaan kepada para pesawah.



Menurutnya, bantuan tersebut diberikan kepada pesawah-pesawah yang terjejas akibat bencana banjir di kawasan Muda pada bulan September dan Oktober 2024 yang lalu yang melibatkan kawasan kerosakan seluas 5,976.02 hektar.

“Pihak kerajaan telah memperuntukkan Wang lhsan melalui KPKM kepada MADA bagi meringankan beban yang ditanggung oleh para pesawah MADA serta memberikan suntikan modal kepada para pesawah bagi aktiviti penanaman padi.


“Bayaran kepada pesawah-pesawah akan disalurkan terus ke dalam akaun bank masing-masing pada bulan Januari Tahun 2025,” ujarnya.

Pada waktu sama, beliau turut menyarankan seluruh pesawah-pesawah khususnya di kawasan MADA dan termasuk di seluruh Malaysia untuk sama- sama menyertai Skim Takaful Tanaman Padi (STTP) yang diperkenalkan oleh KPKM.

Menurutnya, ia sebagai perlindungan sewaktu menghadapi risiko terjejas tanaman padi disebabkan oleh faktor bencana alam seperti banjir, kemarau atau ribut termasuk penyakit tanaman atau perosak.

Tambahnya, melalui skim ini, para pesawah dapat menerima pampasan atau bantuan kewangan apabila mereka mengalami kerugian sewaktu mereka mengusahakan aktiviti penanaman padi.

“Skim ini secara umumnya dapat memberi manfaat besar dalam meningkatkan ketahanan dan kestabilan sektor tanaman padi di Malaysia seterusnya dapat memberikan harapan baharu kepada pesawah untuk meneruskan aktiviti pertanian dengan lebih yakin dan produktif sekaligus menyumbang kepada kestabilan pengeluaran makanan ruji negara,” katanya lagi.


https://www.sinarharian.com.my/article/703094/berita/nasional/44139-pesawah-mada-terima-bantuan-khas-lebih-rm26-juta


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 05:54 PM GMT+8 , Processed in 0.852035 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list