CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 38384|Reply: 0

[Pulau Pinang] TNB kumpul 2,417 kg minyak masak terpakai dalam tempoh 10 hari

[Copy link]
Post time 20-12-2024 01:04 PM | Show all posts |Read mode
TNB kumpul 2,417 kg minyak masak terpakai dalam tempoh 10 hari

Zuhainy Zulkiffli[email protected]




NORHIZAMI (dua dari kanan) bersama Chow Kon Yeow (tiga dari kanan) di Sungai Ara. FOTO/IHSAN TNB Pulau Pinang.




Bayan Lepas: Tenaga Nasional Berhad (TNB) Pulau Pinang mengumpul sebanyak 2,417 kilogram (kg) dalam 10 hari.

Pengumpulan minyak masak terpakai berkenaan membabitkan seramai 454 kakitangan dan anggotanya di negeri ini.

Pengurus Besar TNB Pulau Pinang, Ir Ts Norhizami Abu Hasan berkata, minyak masak terpakai berkenaan mula dikumpul sejak 4 Disember lalu menerusi Kempen Kitar Semula Minyak Masak Anggota Kerja TNB Pulau Pinang.

"Tempoh masa selama 10 hari diambil bagi mengumpul minyak masak terpakai menerusi kempen berkenaan.

"Minyak terpakai ini dibeli oleh sebuah syarikat dan ia akan dikitar semula sebagai sumber biofuel," katanya di sini, semalam.

Norhizami berkata demikian di Majlis Penutup kempen berkenaan di Sungai Ara, semalam dan hadir sama ialah Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) Datuk Ir A Rajendran dan Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pulau Pinang, Norazizi Adinan.

Terdahulu, TNB Pulau Pinang menerusi Business Support Unit dan Persatuan Wanita TNB Malaysia (Pelitawanis) turut dinobatkan sebagai johan dalam Pertandingan Kempen Kitar Semula Uniform TNB dan Pakaian Terpakai sempena Ulang Tahun TNB ke-75 tahun peringkat kebangsaan baru-baru ini, membabitkan pengumpulan sebanyak 40.5 tan.

"Sehubungan itu, TNB Pulau Pinang akan meneruskan usaha pengumpulan minyak dan pakaian terpakai serta berharap ia dapat dicontohi semua pihak," katanya.

Sementara itu Kon Yeow berkata, usaha itu secara tidak langsung menyumbang pada inisiatif bagi memakmurkan Pulau Pinang yang memberi fokus terhadap Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG).

Katanya, usaha TNB Pulau Pinang itu adalah selari dengan Visi Penang 2030 yang mana Kerajaan Negeri Pulau Pinang menetapkan sasaran bagi mencapai kadar kitar semula sebanyak 70 peratus menjelang tahun 2030.

"Setakat bulan November 2024, kitar semula negeri ini sudah mencapai sebanyak 53.68 peratus, menunjukkan kemajuan memberangsangkan dalam usaha mengurangi sisa yang dihantar ke tapak pelupusan sampah.

"Diharap usaha itu tidak hanya terhenti di sini sebaliknya dapat diteruskan oleh semua bukan saja anggota kerja TNB Pulau Pinang tetapi seluruh negara," katanya.

Disiarkan pada: Disember 20, 2024 @ 12:44pm
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/12/1168194/tnb-kumpul-2417-kg-minyak-masak-terpakai-dalam-tempoh-10-hari





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 06:42 PM GMT+8 , Processed in 1.212017 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list