CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 36936|Reply: 0

[Pulau Pinang] Larangan kenderaan berat di Bukit Tambun mulai 3 Februari 2025

[Copy link]
Post time 20-12-2024 02:51 PM | Show all posts |Read mode
Larangan kenderaan berat di Bukit Tambun mulai 3 Februari 2025

BERNAMA - Disember 20, 2024 @ 2:29pm




Foto hiasan



BUKIT MERTAJAM: Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) akan melaksanakan larangan kenderaan berat melebihi lima tan di Bukit Tambun, di sini bermula 3 Februari 2025.

Datuk Bandar MBSP, Datuk Baderul Amin Abdul Hamid, berkata pelaksanaan larangan kenderaan berat itu adalah untuk mengurangkan kesesakan dan meningkatkan kelancaran lalu lintas di Jalan Bukit Tambun pada waktu puncak.

"Pelaksanaan larangan kenderaan berat melebihi lima tan kecuali kepunyaan kerajaan atau badan berkanun itu melibatkan Jalan Bukit Tambun dari persimpangan Jalan Perindustrian Bukit Minyak hingga Tol Bukit Tambun (utara) dan Jalan Pa Thau ke Paboi di Bukit Tambun pada waktu puncak.

"Larangan itu pada setiap hari kecuali Sabtu, Ahad dan hari kelepasan dari 6.30 pagi hingga 8.30 pagi dan 5 petang hingga malam," katanya pada sidang media di MBSP hari ini.

Beliau berkata pemandu kenderaan berat boleh menggunakan laluan alternatif bagi arah utara dengan melalui Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) iaitu susur keluar Juru atau Tol Bandar Cassia manakala jalan Persekutuan atau negeri dengan menggunakan Jalan Tok Kangar-Jalan Perindustrian Bukit Minyak 8 dan Jalan Perindustrian Bukit Minyak-Jalan Kendi /Jalan Persekutuan-Jalan Perusahaan Valdor.

Bagi laluan arah selatan pula, beliau berkata mereka boleh menggunakan PLUS iaitu susur keluar Juru atau Tol Bandar Cassia manakala jalan Persekutuan atau negeri pula ialah Jalan Perusahaan Valdor.

Baderul Amin berkata pelaksanaan larangan kenderaan berat itu telah diwartakan melalui P.U. (A) 142 pada 29 Mac 2021 dan dikuat kuasa mulai 31 Mac 2021, sehubungan itu ia akan dilaksanakan seperti yang dirancang.

Beliau berharap pemandu kenderaan berat dapat mematuhi pelaksanaan larangan tersebut dan pihaknya akan meletakkan papan tanda arahan memaklumkan perkara itu di kawasan yang terlibat.

"Pelaksanaan larangan ini juga adalah untuk kepentingan semua pengguna jalan raya di kawasan berkenaan terutama dalam mengurangkan kesesakan lalu lintas," katanya. – BERNAMA

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/12/1339336/larangan-kenderaan-berat-di-bukit-tambun-mulai-3-februari-2025





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 05:59 PM GMT+8 , Processed in 1.402663 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list