CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: jaa139

SEKALI LAGI - Sam & Lisa Surihani

[Copy link]
Post time 22-6-2011 10:41 AM | Show all posts
ak nk pg tgk la cite nih hikhikhik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-6-2011 12:53 AM | Show all posts
kan. apahal ngan sore lisa tu? tgk trailer, mcm tak menarik jek. kasi gempak sket la trailer tu.
mm ...
hijau88 Post at 13-5-2011 02:22 AM



    ahhaa kan....cam dubbing salah je
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2011 01:26 PM | Show all posts
filem ni la yg aku tgk iklan kat tv...
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2011 12:53 AM | Show all posts
aku nak tengok mia je
boleh....
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2011 12:32 PM | Show all posts
okla filem ni...fun & sweet...
sore Lisa mmg cam ada masalah...serak2 gitu...mgkin time dubbing tu dia tgh tak sihat kot...
adik Mia Sara dah improved skit lakonan dia w'pun kdg2 sebutan dia tak brp jelas...

" mama saya ckp saya ada sakit...aaa...sakit automatik..!!!"
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2011 02:22 PM | Show all posts
Iols dah muak tgk muka Sam. Bakat ada tp pg berlakon x memilih lansung, main bedal kromo.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-6-2011 11:33 AM | Show all posts
MIG?????..enough said!
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2011 01:10 PM | Show all posts
bila tayangannya ni...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-6-2011 03:11 PM | Show all posts
khamis nih...30/06/2011

tp mcm x dgr cite sgt
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2011 05:30 PM | Show all posts
http://www.tupai.com.my/2011/06/ulasan-sekali-lagi.html

web tupai bandingkan filem ni cam I Am Sam...ada jgkla skit2...tp pd saya awalan filem ni cam My Name Is Khan...
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2011 06:31 PM | Show all posts
jln citer mcm ni layak masuk slot Akasia jer..

p/s= bila la Sam ni nak habes kontrak ngan MIG.....plz lah be selective skit (mgkin xleh kot selagi dia under MIG)
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2011 06:36 PM | Show all posts
COMEDY romantic ke?
i dun think so
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2011 10:52 PM | Show all posts
kan. better masuk kat tv je la. mmm.
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2011 08:47 AM | Show all posts
kdg2 suara si lisa nih annoy arr kat wayang
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2011 11:31 AM | Show all posts
jgn baca kalau taknak spoil...
Sekali Lagi Sungguh Emosi
Oleh Hanisah Selamat
nisa@bharian.com.my

Gandingan Sam, Lisa bakal menyentuh perasaan penonton

JIKA titisan air mata menjadi ukuran kejayaan filem Sekali Lagi, Hashim Rejab selaku pengarah mampu membawa emosi khalayak menelusuri perasaan seorang ibu muda, Shila yang memendam keperitan lalu dek kehilangan ayah dan ditinggal suami.

Bahkan sampai ke suatu tahap, deritanya tidak mampu lagi ditanggung hingga meledakkan luka yang parah akibat kemunculan insan yang pernah merobekkan perasaannya, Arman.
Melihatkan dua nama besar, Lisa Surihani sebagai Shila dan Shaheizy Sam selaku Arman, meletakkan filem Sekali Lagi sudah cukup kukuh untuk menarik peminat masing-masing ke panggung. Cuma, mampukah dua tunjang utama yang sudah meraih pelbagai pengiktirafan mendokong peranan yang dirasakan berat? Misalnya, Arman, lelaki yang digambarkan bersikap umpama budak usia tujuh tahun selepas menjalani pembedahan di kepalanya?

Plot cerita barangkali buat sesetengah individu menganggapnya klise - gelora cinta muda dihalang keluarga tetapi akhirnya berumahtangga dan kemudian kemelut melanda memisahkan mereka - kerana biar apa pun tanggapan, cuba kosongkan fikiran kerana di sebalik yang tersurat filem Sekali Lagi punya kelebihan, baik dari segi susunan mahu pun penghayatan kedua-dua watak utama.

Lupakan soal logik akal apabila si kecil seusia lima tahun, Amy (lakonan Mia Sara) dijaga seorang lelaki asing, Haris (Bront Palarae) malah seakan-akan dibiar berlegar-legar di tengah ibu kota. Hakikatnya senario sebenar cuba ditonjolkan sutradaranya kerana di sebalik kemeriahan Kuala Lumpur, ada insan terpaksa berserah kepada nasib.

Watak Shila adalah simbolik seorang wanita yang melalui ranjau berduri pada saat usia terlalu mentah. Demi kasih, dia rela meninggalkan keluarga namun cinta mati yang diharap, berubah menjadi cinta hampa apabila suami yang disanjung menjadi pelindung meninggalkannya secara tiba-tiba apatah lagi pada saat itu baru diketahui dirinya sedang hamil.

Tanpa disedari, Arman punya sebab tersendiri. Dia tidak mahu isterinya menanggung keperitan sekiranya dia mati disebabkan penyakit ditanggung. Bagi lelaki itu, derita kehilangan insan tercinta yang dijemput ajal belum tentu terubat berbanding ditinggalkan ketika hidup walaupun hakikatnya Shila berdepan ujian maha hebat.

Kisah bermula apabila anak Shila yang digambarkan bijak, Amy secara tidak sengaja membantu Arman daripada serangan perompak dan sejak itu bagai ada magis yang mengeratkan mereka hingga setiap kali punya kesempatan Arman akan cuba bertemu Amy, malah turut membawa rakan kecilnya itu ke rumah. Persahabatan mereka menimbulkan tanda tanya kedua-dua belah keluarga apatah lagi Shila yang tidak menyukai anaknya merayau dan berbual dengan orang asing.

Demi mencari rezeki, Shila bekerja pejabat di waktu siang, dan di sebelah malam membantu Haris berniaga. Malahan lelaki budiman itu juga menjaga Amy sambil menguruskan gerai. Budi lelaki itu membuka pintu hati wanita cekal terbabit untuk menerima cintanya namun kemunculan Arman menggugat ketenangan apatah lagi berasakan bapa kepada anaknya itu sengaja berlagak kebudak-budakan dan mahu merampas Amy.

Pujian harus diberikan kepada Bintang Paling Popular ABPBH2010, Sam kerana mampu menghayati watak terbabit sepenuh hati malah sifat naif seorang budak bukan hanya ditonjolkan menerusi dialog, lenggok tubuh dan pandangan mata sudah mampu menterjemah keikhlasan kanak-kanak terutama apabila berbicara dengan Amy.

Secara simbolik juga pengarah mahu menunjukkan keunikan hubungan itu mempunyai sebab iaitu pertalian darah.

Agak syahdu apabila pada akhir babak masih dipaparkan kenaifan Amran yang mahu ibunya turut bermain permainan sama - menjadi nenek kepada Amy yang berkali-kali mengaku dia adalah bapanya. Tidak perlu bahasa meleret atau berbunga kerana lontaran ringkas ayat permintaan itu sudah mampu membuatkan penonton mengalirkan air mata mengenang nasibnya.

Sebagai arahan pertama Hashim, Sekali Lagi diolah cukup bersahaja walaupun pada 10 minit pertama persembahan agak meleret tetapi rentaknya berlangsung ke babak akhir dengan cantik. Teknik imbasan semula diselitkan untuk menterjemah peristiwa lalu, cuma kadangkala teknik itu seakan dilonggokkan bagi memudahkan penonton memahami kisah.

Secara keseluruhan filem yang turut dibintangi Kartina Aziz, Shasja Zurazie dan Alex Yanz ini bukan hanya menghiburkan apabila turut diselitkan babak humor terutama adegan antara Amy dan Amran malah mengupas permasalahan insan yang tidak dapat menolak kehendak takdir. Cuma dalam kepahitan masih diberikan harapan bahawa kemanisan menanti insan yang bersabar.

Kesungguhan jadi teras utama

MENGULAS mengenai lakonannya dalam Sekali Lagi, Sam mengakui watak seumpama itu sebagai ujian untuk mendalami sifat dan sikap istimewa insan istimewa seperti Amran yang secara tiba-tiba hilang seluruh kehidupan normal iaitu berubah daripada lelaki biasa yang punya keluarga dan kerjaya kepada karektor kanak-kanak berusia tujuh tahun hanya disebabkan penyakit.

“Seorang pelakon yang bagus sepatutnya mampu menzahirkan apa jua watak. Apabila ditawarkan membawakan watak Amran dan diberikan skrip untuk dibaca, saya terus berminat kerana kedua-duanya adalah alasan yang kukuh untuk membuatkan saya menerimanya. Sebaik di lokasi kami berbincang untuk memastikan karektor dan kisahnya menjadi.

“Bagi memastikan karektor itu menjadi, saya melihat anak saudara saya sendiri sebagai contoh. Waktu itu dia baru berusia tujuh tahun sama seperti karektor Amran. Cara bercakap, duduk, makan dan bermain juga saya perhatikan. Memang agak susah kerana Amran hanya kebudak-budakan bukan disebabkan sindrom lain, jika tidak konsisten seluruh filem ini akan hancur,” katanya.

Bagi Lisa, dia berasakan Shila sebagai wanita cekal apabila ketenangan hidupnya diragut dengan kemunculan bekas suaminya semula. Walaupun masih terselit rasa kasihan selepas mendengar kisah sebenar dari mulut ibu mentuanya, Shila tetap tidak keruan.

Katanya, ketika di lokasi, Bront memintanya menyelami perasaan serta situasi yang dilalui Shila untuk merasai apa sebenarnya yang dilalui wanita tabah itu Memang pada awalnya agak sukar kerana dia sering bertanyakan diri sendiri apakah sudah memberikan yang terbaik, namun berkat perbincangan dengan pengarah serta rakan lain terutama Sam dan Bront, ia mampu direalisasikan.

“Waktu itu saya tertanya-tanya kenapa dan bagaimana Shila melalui keperitan itu. Hanya calang-calang insan mampu menempuhinya. Walaupun kerap membawakan watak ibu, kali ini saya berasa sungguh berbeza kerana Shila dihantui masa silam dan kemudian bagai berdepan kisah lalu apabila lelaki dicintai muncul semula.

“Syukur sepanjang menjayakan filem ini pengarah memberi kebebasan namun tidak harus lari daripada konteks asal. Kami saling bertukar pendapat dan boleh dikatakan apabila babak berakhir, kami akan berbincang serta mencari sebarang kekurangan yang boleh diperbaiki. Set penggambaran ini ada kalanya menjadi kelas debat yang meninggalkan pengalaman berharga buat kami,” katanya.

Sebagai individu terpenting hingga tergarapnya Sekali Lagi, Hashim sungguh teruja dengan komitmen yang ditunjukkan barisan pelakonnya dan mengakui bekerja dengan aktor dan aktres yang cerdik sebagai bonus untuknya menghasilkan filem berkualiti apatah lagi menerima skrip istimewa itu untuk diolah kepada sebuah karya hebat.

“Boleh dikatakan secara keseluruhan saya berpuashati melihat produk ini. Tiada apa yang perlu saya ubah atau tukar kerana Sekali Lagi bukan sebuah kisah air mata yang terlampau berat.

“Ada elemen humor, kemasyarakatan, dendam dan kasih sayang. Situasi seumpama ini pernah dilalui semua insan, cuma mungkin cara penerimaannya berbeza,” katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2011 02:12 AM | Show all posts
rasa macam ok je citer dier ni tapi silap timing la dier tyg. nak kena lwn dgn tf3, mmg payah.

kalau setakat tyg sama dgn thor tak pun green lantern tu takde masalah pun nak buat kutipan ok
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-6-2011 12:29 PM | Show all posts
aku dah pangkah MIG...
full stop
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2011 09:29 PM | Show all posts
rasa macam ok je citer dier ni tapi silap timing la dier tyg. nak kena lwn dgn tf3, mmg payah.

ka ...
RED 666 Post at 30-6-2011 02:12


maybe diorg fikir strategi lain kot..mesty ramai org ke panggung utk tgk tf3.so of corse la byk tickt tf3 full house..
so cerita yg ada jerla org tgk..salah satu citer nie..
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2011 09:47 PM | Show all posts
aiks. lum ada review psl filem ini ke?
huhu.
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2011 10:34 PM | Show all posts
sapa dah tgk??? how???
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-5-2024 03:03 AM GMT+8 , Processed in 0.094469 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list