CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 22839|Reply: 2

[Tempatan] Model insurans kesihatan Singapura terlalu mahal untuk rakyat Malaysia, kata pakar

[Copy link]
Post time 27-12-2024 12:56 PM | Show all posts |Read mode
Model insurans kesihatan Singapura terlalu mahal untuk rakyat Malaysia, kata pakar

https://www.freemalaysiatoday.co ... alaysia-kata-pakar/

Osmond Mah
27 Dec 2024, 09:00 AM

Seorang penganalisis dasar kesihatan kata cara lebih baik adalah mengukuhkan pembiayaan berasaskan cukai dan tingkat peruntukan untuk penjagaan kesihatan.


Kos penjagaan kesihatan swasta telah meningkat tetapi pakar berkata skim insurans Singapura seperti MediShield Life mungkin tidak mampu dimiliki oleh rakyat Malaysia. (Gambar Elemen Envato)

PETALING JAYA: Malaysia harus pilih alternatif yang lebih berpatutan untuk mengurangkan kos rawatan yang tinggi di hospital swasta daripada mencontohi model insurans kesihatan Singapura, kata pakar kesihatan awam.

Mereka mencadangkan skim insurans kesihatan nasional (national health insurance atau NHI) yang diuruskan oleh kerajaan akan lebih bermanfaat dan berdaya maju.

Presiden Persatuan Ekonomi Kesihatan Malaysia, Dr Syed Aljunid Syed Junid, dan ahli akademik, Dr Tharani Loganathan dari Universiti Malaya, bersetuju bahawa kebanyakan rakyat tidak peroleh pendapatan yang mencukupi untuk membayar caruman yang tinggi seperti diperlukan oleh skim Singapura, MediShield Life.

Di Singapura, 20% daripada gaji pekerja disalurkan kepada tabung pencen republik itu, Central Provident Fund (CPF), manakala majikan menambah pada nilai bersamaan 17% daripada gaji pekerja berkenaan.

Sebahagian daripada simpanan CPF kemudian disalurkan ke akaun MediSave individu tersebut. Bergantung pada umur seseorang, kuantum yang dipindahkan ke MediSave adalah antara 21% hingga 84%.

Premium untuk insurans kesihatan MediShield Life, antara S$147.71 hingga S$2,093.41 setahun, dibayar oleh akaun MediSave pekerja.

Akaun MediSave juga boleh digunakan untuk membayar rawatan pesakit dalam dan pesakit luar serta penjagaan jangka panjang.

Syed Aljunid dan Tharani mengulas cadangan Senator C Sivaraj supaya skim serupa MediShield Life diperkenalkan.

Laporan awal bahawa penyedia insurans mungkin menaikkan premium sehingga 70% untuk perlindungan kesihatan telah mencetuskan perdebatan tentang cara menguruskan peningkatan kos penjagaan kesihatan swasta.

Syed Aljunid menegaskan bahawa MediShield Life hanya sesuai untuk mereka yang berpendapatan tinggi, memandangkan individu itu juga dikehendaki menambah akaun MediSave jika ia kehabisan wang.

Sebaliknya, skim NHI yang diuruskan kerajaan akan memastikan perlindungan insurans asas diperluaskan meliputi seluruh penduduk, manakala caruman mandatori kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja disatukan.

Syed Aljunid berkata kerajaan boleh tubuh dana NHI atau sebuah agensi yang bukan berasaskan keuntungan untuk memproses tuntutan insurans.

“Pekerja boleh menyumbang 1% hingga 2% daripada gaji mereka kepada tabung NHI manakala majikan menambah 3% hingga 4% lagi,” katanya kepada FMT.

Beliau berkata mereka yang bekerja di sektor tidak formal boleh bayar premium yang rendah untuk mendapat manfaat daripada skim NHI.

Caruman KWSP bulanan untuk pekerja ditetapkan pada 11% manakala majikan menambah 12% atau 13%.

Syed Aljunid berkata skim MediShield Life juga ada deduktibel dan pembayaran bersama yang mahal, menjadikannya tidak boleh dilaksanakan di sini.

Di bawah MediShield Life, orang yang diinsuranskan perlu tampung 10% daripada bil hospital, ditambah S$1,500 hingga S$2,000 lagi bergantung pada kelas wad.

Perlindungan insurans hanya bermula selepas pembayaran ini dibuat.

Syed Aljunid berkata kebanyakan rakyat Malaysia tidak akan mampu menanggung bayaran tersebut untuk mengaktifkan pembayaran MediShield apabila mereka memerlukan perkhidmatan tersebut.

Tharani berkata ramai rakyat Malaysia memperoleh pendapatan ‘jauh lebih rendah’ berbanding rakyat Singapura, menjadikannya sangat mencabar bagi mereka untuk membuat pembayaran sedemikian.

“Dalam keadaan sekarang, tidak semua rakyat kita mempunyai simpanan KWSP yang mencukupi, malah caruman bulanan kita juga sebenarnya sangat rendah.

“Penekanan kerajaan Singapura ke atas subsidi bagi mereka yang tak berkemampuan dan kawalan kos yang ketat dalam penjagaan kesihatan memberi pengajaran berharga untuk sistem pembiayaan kesihatan Malaysia,” tambahnya.

Sementara itu, penganalisis dasar kesihatan, Dr Chan Chee Khoon, berkata mengukuhkan pembiayaan berasaskan cukai, dan belanja lebih banyak untuk penjagaan kesihatan awam adalah cara yang lebih baik.

“NHI kurang berkesan dari segi kos. Mengutip caruman, menjejaki penerima dan menguruskan pembayaran balik tuntutan akan tambah kos,” katanya.

Sebaliknya beliau mencadangkan kerajaan mewujudkan suatu dana kesihatan kebangsaan, sebagai repositori bagi hasil daripada peruntukan belanjawan untuk kesihatan dan sumber hasil lain.

Chan berkata cukai ke atas golongan berpendapatan tinggi dan syarikat perlu dinaikkan untuk membiayai sektor penjagaan kesihatan awam yang diperluaskan bagi manfaat kumpulan berpendapatan sederhana dan rendah.

“Jika Kementerian Kesihatan boleh sediakan penjagaan yang tepat pada masa, bersesuaian, tanpa tambahan yang tidak perlu, dan berkualiti atas dasar keperluan bagi semua orang yang layak terima jagaan, kenapa rakyat perlu bayar premium insurans yang tinggi untuk membayar hospital swasta yang mahal?” soalnya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-12-2024 04:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Hauknya      
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2024 04:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Org malaysia beli emas gelang untuk diri sendiri boleh, untuk kesihatan sanggup letak qr untuk org derma
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-1-2025 10:27 AM GMT+8 , Processed in 0.082387 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list