CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 42445|Reply: 0

[Pulau Pinang] MAINPP tambah baik skim agihan bantuan

[Copy link]
Post time 27-12-2024 06:40 PM | Show all posts |Read mode
MAINPP tambah baik skim agihan bantuan

Oleh Nur Izzati Mohamad - Disember 27, 2024 @ 4:47pm [email protected]




Datuk Mohamad Abdul Hamid. - Foto fail NSTP




BUKIT MERTAJAM: Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) melalui Zakat Pulau Pinang (ZPP) akan melakukan penambahbaikan terhadap dua skim agihan bantuan mulai tahun depan bagi memastikan ia lebih teratur dan telus.

Yang Dipertua MAINPP, Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid, berkata ia meliputi Skim Agihan Pakaian dan Peralatan Persekolahan serta Skim Agihan Nur Ramadan.

Katanya, penambahbaikan proses pengagihan Skim Agihan Pakaian dan Peralatan Persekolahan hanya akan membabitkan penerima dicalonkan pihak sekolah dan ZPP sahaja.

"Skim Agihan Nur Ramadan pula membabitkan tiga pihak iaitu ZPP sebagai penyedia data asnaf masjid kariah yang akan disahkan oleh masjid daerah di Pulau Pinang.

"Proses pencalonan skim kali ini tidak membabitkan pihak lain seperti tahun-tahun sebelumnya seperti Ahli MAINPP, Ahli Lembaga Pengarah ZPP, pejabat KADUN dan NGO (pertubuhan bukan kerajaan) di negeri ini.

"Keputusan ini dibuat bagi memastikan agihan kedua-dua skim dilaksanakan dengan lebih teratur dan telus," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Jelasnya, MAINPP sentiasa memastikan kelestarian asnaf di Pulau Pinang terpelihara supaya dana zakat dapat diagih dengan lebih baik dan sistematik.

Mohamad yang juga Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang berkata, MAINPP meluluskan dana bagi Skim Agihan Pakaian dan Peralatan Persekolahan sesi 2025 untuk diagih menerusi kaedah pembayaran tanpa tunai dengan setiap pelajar menerima RM150.

"Keseluruhan peruntukan berjumlah hampir RM3.2 juta membabitkan lebih 21,000 pelajar yang layak.

"Bagi Skim Agihan Nur Ramadan, hampir RM10.2 juta diagih kepada 23,528 penerima berdasarkan rekod tahun lalu," katanya.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/12/1341772/mainpp-tambah-baik-skim-agihan-bantuan





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-1-2025 10:46 AM GMT+8 , Processed in 0.042333 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list