CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 48180|Reply: 21

[Jenayah] Result trial SPM kena korek

[Copy link]
Post time 27-12-2024 08:02 PM | Show all posts |Read mode


Tindakan pihak penganjur batal konsert saat akhir sehingga membuatkan mereka yang membeli tiket serta deretan artis dalam dan luar negara yang sepatutnya membuat persembahan kecewa dengan pengumuman tersebut.

Mana tidaknya, pembatalan berkenaan dilakukan beberapa jam sebelum  konsert secara festival itu berlangsung selama satu hari pada Sabtu 21 Disember 2024.

Penganjur batal konsert, netizen siap2 korek ‘kisah silam’

Disebabkan tular kenyataan media pembatalan serta pemohonan maaf oleh penganjur, netizen telah memulakan ‘kerjanya’ dengan ‘mengorek’ keputusan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pengasas jenama baju yangdipercayai bertanggungjawab terhadap festival muzik tersebut.

Hal ini disebabkan tindakannya yang menyertakan sekali nombor kad pengenalan pada kenyataan media dikeluarkan di Instagram tempoh hari.

Netizen dedah result trial SPM penganjur yang batal konsert

Ramai terkejut apabila keputusan diperoleh sewaktu percubaan SPM untuk beberapa subjek teras yang diambil hanya mendapat gred yang memuaskan.

Dapat dilihat subjek yang diambil seperti Bahasa Inggeris, Matematik dan Prinsip Akaun memperoleh gred G dan gred tertinggi sewaktu peperiksaan tersebut adalah C+.
Subjek BM percubaan pun dapat C?

Susulan daripada pendedahan tersebut, ramai yang mempertikaikan bagaimana individu dengan keputusan yang kurang cemerlang dan masih muda mampu menganjurkan festival muzik yang dilihat cukup memakan modal.

Walaupun sedar mungkin perniagaan yang diasaskan memperolehi keuntungan, namun tindakan membatalkan konsert beberapa jam sebelum berlangsung sangat keterlaluan.

Terdahulu, satu festival muzik yang sepatutnya berlangsung di MAEPS Serdang telah dibatalkan secara mengejut sedangkan beberapa artis sudah melakukan ‘soundchek’.

Difahamkan, pembatalan konsert terbabit adalah disebabkan kekurangan dana dan pihak penganjur tidak menjelaskan dengan lebih terperinci berkenaan dakwaan tersebut.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-12-2024 08:02 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-12-2024 08:02 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-12-2024 08:02 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-12-2024 08:03 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2024 09:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Tgk signature pon mcm dah boleh agak
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-12-2024 09:33 PM | Show all posts
Letak no IC..??
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2024 10:25 PM From the mobile phone | Show all posts
buruknya sign. nape dlm surat nk ltk no ic?
patutla xde sivik, exam sivik pon tak hadir
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-12-2024 10:30 PM From the mobile phone | Show all posts
sape ni??

dlm trial spm pun ada subjek pjk ye? subjek gitu pun tak hadir
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2024 11:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Ooo ada ank aku citer kwn2 dia odw gi kl dah
Masa tu br tau festival cancelled
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2024 08:28 AM From the mobile phone | Show all posts
X boleh blah lah tgk signature dia..ada parkinson ke budak nie..ke masa sign ada earthquake 7.7 skala richter..eh betulkan ai eja..lantaklah..janji done mengata..

Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2024 08:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Sape penganjur tu... Nape result trial je yg ada...
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2024 08:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Apsal statement rasmi pun nk kene cover
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2024 09:09 AM | Show all posts
SalenaGomez replied at 27-12-2024 01:20 PM
Tgk signature pon mcm dah boleh agak

Paham la signature secara digital. Tapi takkan la bebudak modern ni bongok sangat tak reti paste signature yg cantik2 dari pdf. Buat siap2 simpan sign dlm pdf. Apa2 form nnt paste je. Ini sign gelabah terus kat situ, mmg nampak buruk la.

Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2024 10:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Hok aloh... Yg gi letak no ic dah kenapa
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2024 11:17 AM | Show all posts
walupun begitu, heols masih bukan yang paling terukla dalam batch dia sebab 21/27 dalam kelas dan 83/182 dalam batch, maksudnya yang selebihnya tu result lagi hazabedah la kan.

benda ni normal ye kat sekolah harian?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-12-2024 11:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Siapa ni?
Bukan ke budak skrg ni pandai BI
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2024 01:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Patot berbangga.se-teruk2 dia ada lagi lebih teruk dari dia.
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2024 02:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by dua_chzy at 28-12-2024 06:19 AM

Waaah ni memang result budak pemalas belajar. Klas blakang if rajib blaja, IQ sederhana, result tak gini.
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2024 02:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Tapi result gini still dapat nombor 83 gais. Dok tengah2. Ertinya...Hado 99 pelajar lain lagik bodoh dan pemalas dari heols. Result gini patutnya dah dok nombor ratus2. Adakah memang sekolah ini pelajarnya lemah akademik blako?
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-1-2025 09:11 AM GMT+8 , Processed in 0.405387 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list