CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 52099|Reply: 0

[Kedah] Langkawi kembali dapat sambutan, tumpuan cuti sekolah

[Copy link]
Post time 28-12-2024 11:59 AM | Show all posts |Read mode
Langkawi kembali dapat sambutan, tumpuan cuti sekolah

Oleh Zuliaty Zulkiffli - Disember 28, 2024 @ 9:45am [email protected]




Orang ramai menghabiskan cuti persekolahan dan hujung minggu dengan menikmati pelayaran kapal mewah di Pulau Langkawi. - Foto NSTP/Wan Nabil Nasir




LANGKAWI: Cuti persekolahan seminggu yang berakhir esok menyaksikan Pulau Langkawi terus menjadi pilihan pelancong tempatan dan luar negara untuk bercuti.

Sebelum ini, pulau legenda itu kurang mendapat sambutan kerana ramai pelancong mendakwa kos makanan, hotel serta pengangkutan lebih tinggi berbanding bercuti di negara jiran.

Selain itu, Tahun Melawat Kedah (TMK) 2025 yang bakal bermula 1 Januari depan juga mendapat sambutan apabila ramai pelancong mula membuat tempahan termasuk pelayaran kapal mewah dan hotel.

Pengurus Operasi Konsortium Ferry Line Ventures Sdn Bhd, Leftenan Komander (B) Norhafiz Abdul Wahid, berkata jumlah penumpang yang menggunakan perkhidmatan feri dari Kuala Kedah dan Kuala Perlis ke Langkawi sejak 20 Disember lalu adalah seramai 99,417 orang.

Beliau berkata, jumlah itu membabitkan seramai 19,215 orang dari Kuala Kedah ke Langkawi manakala 31,300 orang dari Kuala Perlis ke Langkawi.

"Selain itu, jumlah pelancong dari Langkawi ke Kuala Kedah pula seramai 18,221 orang manakala Langkawi ke Kuala Perlis pula seramai 30,681 orang.

"Ketika cuti persekolahan ini, banyak trip feri tambahan dari Kuala Perlis disediakan untuk pelancong yang hendak pergi dan pulang dari Pulau Langkawi.

"Ferrylines Ventures menyediakan perkhidmatan feri tambahan sebanyak 19 trip bermula pada 20 Disember hingga 29 Disember ini dari Kuala Perlis ke Langkawi dan Langkawi ke Kuala Perlis," katanya ketika dihubungi hari ini.

Norhafiz berkata, ini membuktikan bilangan pelancong semakin bertambah menggunakan perkhidmatan feri ke Langkawi dari Kuala Kedah dan Kuala Perlis ketika cuti persekolahan ini.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Langkawi Paparich Leisure Sdn Bhd, Hazani Husin berkata, pelancong sudah pun membuat tempahan sempena TMK 2025 walaupun kapal mewah itu baru beroperasi pada 23 Disember lalu.

Beliau berkata, kapal mewah itu yang menelan belanja kira-kira RM10 juta adalah yang terbesar di pulau berkenaan dan mampu memuatkan maksimum penumpang seramai 333 orang.

"Pengunjung boleh menikmati pelayaran di kapal mewah ini selain menjelajah hampir separuh daripada 99 pulau yang ada di Langkawi ini selain berpeluang menaiki 'jet car' di atas laut.

"Kita mempunyai 15 kru kapal dan pengunjung boleh merakam gambar berlatar belakangkan matahari terbenam serta makanan yang disediakan," katanya.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Keusahawanan negeri, Datuk Mohd Salleh Saidin, berkata musim cuti hujung tahun kali ini menyaksikan Pulau Langkawi dibanjiri ramai pengunjung.

Beliau berkata, hasil maklum balas yang diperolehinya daripada pemain industri dan laporan media menunjukkan peningkatan jumlah ketibaan pelancong yang sangat ketara berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

"Keadaan ini membuktikan sektor pelancongan di Pulau Langkawi benar-benar pulih dan ia tentulah hasil kerja keras semua pihak, baik kerajaan negeri mahupun kerajaan persekutuan serta agensi-agensi di bawahnya, dan pemain-pemain industri secara keseluruhan.

"Ia juga tentunya adalah impak daripada kempen Tahun Melawat Kedah 2025 yang dijalankan secara konsisten dan Insya-Allah pada tahun hadapan, dengan seupaya mungkin, kita akan pastikan jumlah ketibaan pelancong akan meningkat secara berterusan, bukan sahaja di Pulau Langkawi, tetapi di tanah besar Kedah secara umumnya.

"Banyak yang sudah kita persiapkan untuk TMK 2025 dan hanya menanti waktu lagi tiga hari lagi untuk disaji bagi diteroka dan dinikmati oleh 'tetamu-tetamu' kita itu," katanya di sini hari ini.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/12/1341949/langkawi-kembali-dapat-sambutan-tumpuan-cuti-sekolah





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-1-2025 09:15 AM GMT+8 , Processed in 0.042301 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list