CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 53299|Reply: 1

[Kedah] Kelindan parah, 2 rakan cedera lori terbabas langgar papan tanda

[Copy link]
Post time 29-12-2024 01:51 AM | Show all posts |Read mode
Kelindan parah, 2 rakan cedera lori terbabas langgar papan tanda

Oleh Zuliaty Zulkiffli - Disember 28, 2024 @ 8:48pm[email protected]






Anggota bomba membantu mengeluarkan kelindan yang tersepit pada tempat duduk lori yang remuk. - Foto ihsan bomba





GURUN: Kelindan sebuah lori parah tersepit selepas kenderaan berat itu terbabas dan melanggar papan tanda di Kilometer 77.7 Lebuhraya Utara Selatan, arah selatan, di sini hari ini.

Kejadian turut menyebabkan pemandu lori berusia 33 tahun dan seorang lagi kelindan, 24 cedera.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Guar Chempedak, Penolong Penguasa Bomba Mohd Fauzi Razali, berkata sepasukan anggota dikejarkan ke lokasi sebaik menerima panggilan jam 5.49 petang, dengan dibantu BBP Pendang.

"Terdapat tiga mangsa dalam lori terbabit, namun dua daripadanya dikeluarkan orang awam dan dihantar ke hospital menaiki ambulans Kementerian Kesihatan (KKM).

"Kami kemudian membantu mengeluarkan seorang mangsa yang tersepit di bahagian kiri penumpang," katanya.

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2024/12/1342156/kelindan-parah-2-rakan-cedera-lori-terbabas-langgar-papan-tanda





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-12-2024 01:54 AM | Show all posts
Kelindan lori tersepit disahkan maut

Oleh Zuliaty Zulkiffli - Disember 28, 2024 @ 11:52pm [email protected]




Anggota bomba cuba mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam lori yang remuk. - Foto ihsan bomba





GURUN: Kelindan lori yang dilapor parah akibat tersepit selepas terbabit kemalangan di Kilometer 77.7 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan, di sini hari ini disahkan meninggal dunia.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Guar Chempedak, Penolong Penguasa Bomba Mohd Fauzi Razali, berkata mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM) di lokasi kemalangan.

Beliau berkata, operasi mengeluarkan mangsa berusia 20 tahun itu tamat jam 8.25 malam.

Media sebelum ini melaporkan, kelindan sebuah lori parah akibat tersepit selepas lori dinaikinya terbabas dan melanggar papan tanda di tepi lebuh raya petang tadi.

Turut cedera dalam kemalangan itu pemandu lori berusia 33 tahun serta seorang lagi kelindan berusia 24 tahun.

Kemalangan turut menyebabkan kesesakan jalan sehingga lebih dua jam.

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2024/12/1342183/kelindan-lori-tersepit-disahkan-maut





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-1-2025 10:01 AM GMT+8 , Processed in 0.850312 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list