CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 42401|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Ada kenderaan berat berlumba di lebuh raya

[Copy link]
Post time 29-12-2024 07:23 AM | Show all posts |Read mode

GAMBAR hiasan. FOTO Arkib NSTP.

Seremban: Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) tidak menafikan terdapat segelintir pemandu kenderaan berat yang memandu secara berbahaya dan berlumba di lebuh raya.

Pengarahnya, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, pihaknya menerima banyak maklumat daripada orang awam berhubung perkara itu menerusi rakaman, gambar dan melalui panggilan telefon.

"Kita menerima pelbagai maklumat daripada orang awam dan antara aduan diterima ialah pemandu lori ini memandu laju dan tidak mengikut peraturan.

"Segala maklumat itu kita akan jalankan siasatan lanjut dan pada masa sama anggota juga turut melakukan rondaan menerusi pasukan pemantau di lebuh raya," katanya.

Menurutnya, mengikut peraturan, kenderaan berat termasuk lori hanya dibenarkan dipandu di lorong kiri dan boleh menggunakan lorong kanan sekiranya mahu memotong dan ia sudah diajar ketika pemandu mengambil lesen.

Sementara itu beliau berkata, sepanjang Op Kenderaan Perdagangan sejak Januari hingga November lalu, sebanyak 5,747 operasi sudah dijalankan di seluruh negara.

"Sebanyak 63,280 lori, 2,926 bas dan 169,410 kenderaan pelbagai guna seperti van, kenderaan pacuan empat roda serta jip yang didaftarkan atas nama syarikat sudah diperiksa.

"Hasilnya sebanyak 28,298 notis saman bagi kenderaan lori dikeluarkan, 349 bagi bas dan 16,590 kenderaan pelbagai guna menjadikan jumlah keseluruhan saman sebanyak 45,237," katanya.

Menurutnya, tiada lesen Lesen Vokasional Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) mencatatkan jumlah saman paling tinggi iaitu 10,859 notis.

"Diikuti menggunakan alat telekomunikasi ketika memandu (9,254), cukai jalan tamat tempoh (8,380), tidak mematuhi lampu isyarat merah (3,676) dan lesen memandu tamat tempoh (2,179).

"Sebanyak 154 lori, 106 kenderaan pelbagai guna dan sebuah bas diambil tindakan sita mengikut Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

"JSPT juga menahan 45 pemandu kenderaan perdagangan yang mana 12 daripada mereka sudah dituduh mengikut Akta Dadah Berbahaya, manakala 33 lagi mengikut undang-undang lain," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-1-2025 09:47 AM GMT+8 , Processed in 0.038419 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list