CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12893|Reply: 0

Bekas Presiden AS, Jimmy Carter meninggal dunia pada usia 100 tahun

[Copy link]
Post time 30-12-2024 07:11 AM | Show all posts |Read mode

Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) Jimmy Carter. - Foto REUTERS

WASHINGTON: Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) dan penerima Hadiah Nobel Keamanan, Jimmy Carter, yang berusia 100 tahun dan berasal dari latar belakang sederhana di Georgia, meninggal dunia, menurut yayasan amalnya pada Ahad.

Carter menerima penjagaan hospis sejak pertengahan Februari 2023 di kediamannya di Plains, Georgia, bandar kecil yang sama di mana beliau dilahirkan dan pernah mengusahakan ladang kacang.

Beliau dilantik sebagai Gabenor pada tahun 1970 dan kemudian memenangi Pilihan Raya Presiden sebagai calon Demokrat pada November 1976 selepas mengalahkan calon Republikan, Presiden Gerald Ford.

"Carter meninggal dunia dengan 'tenang' di rumahnya di Plains, dikelilingi oleh keluarganya," kata Pusat Carter dalam satu kenyataan.

"Bapa saya adalah seorang wira, bukan sahaja kepada saya tetapi kepada semua yang mempercayai keamanan, hak asasi manusia dan kasih sayang," kata Chip Carter, anak kepada bekas presiden itu, dalam kenyataan tersebut.


Carter, atau nama penuhnya James Earl Carter Jr, dilahirkan di Plains pada 1 Oktober 1924, anak sulung daripada empat adik-beradik kepada Earl dan Lilian Gordy Carter.

Beliau merupakan bekas pemimpin AS tertua dan presiden paling lama hidup dalam sejarah negara itu – sesuatu yang dilihat mustahil pada 2015 apabila tokoh Demokrat dari Selatan itu mendedahkan beliau menghidap kanser otak.

Namun, veteran Tentera Laut AS itu berulang kali menongkah arus dan menjalani kehidupan yang panjang lagi bermakna selepas sepenggal empat tahun di Rumah Putih, yang sering dilihat sebagai mengecewakan.

Sepanjang tempoh pemerintahannya, Carter memberi penekanan terhadap hak asasi manusia dan keadilan sosial, menikmati dua tahun pertama yang kukuh termasuk menjadi perantara perjanjian damai antara Israel dan Mesir yang dikenali sebagai Perjanjian Camp David.

Namun, pentadbirannya menghadapi pelbagai cabaran – yang paling serius ialah krisis tebusan di Iran serta percubaan menyelamat 52 rakyat AS yang gagal pada 1980. Beliau juga dikritik kerana caranya mengendalikan krisis minyak.

Pada November tahun itu, pencabar Republikan, Ronald Reagan, menewaskan Carter dengan majoriti besar. Reagan, bekas pelakon dan gabenor California, memasuki pejabat dengan gelombang konservatisme yang kukuh.

Bagaimanapun, seiring berlalunya masa, imej Carter dinilai semula – mengambil kira aktiviti pasca-presidennya yang bermakna dan pencapaiannya.

Beliau bersama isterinya, Rosalynn Carter, menubuhkan Pusat Carter pada 1982 untuk mengejar visinya dalam diplomasi global dan menerima Hadiah Nobel Keamanan pada tahun 2002 atas usahanya yang tidak pernah luntur dalam mempromosikan keadilan sosial dan ekonomi.

Rosalynn Carter kemudian meninggal dunia pada November 2023. Kedua-dua mereka meninggalkan empat anak, Amy, Chip, Jack dan Jeff; 11 cucu serta 14 cicit. - AGENSI

Disember 30, 2024

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-1-2025 07:26 AM GMT+8 , Processed in 0.408299 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list