View: 6000|Reply: 14
|
[Tempatan]
'Itu kubur guru tarekat mereka' - Penduduk
[Copy link]
|
|
Mohammad Khairil Ashraf Mohd Khalid
[email protected]
Disember 30, 2024 @ 1:04pm
Kuala Lumpur: Penduduk yang tinggal berdekatan tanah perkuburan di Setapak mendedahkan kegiatan berzikir seperti yang tularsebelum ini dilakukan oleh anak murid seorang guru tarekat yang meninggal dunia.
Penduduk Taman Danau Kota, Azmi Hassan, 55, berkata, perkara itu hasil pemerhatiannya yang menziarahi kubur arwah isterinya setiap hari, selain pernah bertanya kepada salah seorang anak murid guru tarekat itu sewaktu mereka mengunjungi pusara.
"Biasanya jam 7.30 pagi pelajarnya akan datang. Tak kira lelaki atau perempuan akan buat masing-masing punya ritual (zikir).
"Saya pernah bertanya, sebab saya tengok zikir mereka kuat. Saya bertanya siapa yang istimewa ini? Pelajar dia kata, ini guru kami, guru tarekat. Mereka daripada dulu sudah buat perkara ini, zikir di sini.
"Bagi saya tak mengapalah. Bila tak ramai setakat seorang dua, nampak normal.
"Bila datang ramai (berzikir) itu mungkin agak meriah sedikit, bagi orang yang datang sekali sekala (ke kubur) itu macam peliklah," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Sebelum ini, tular di media sosial menunjukkan sekumpulan individu seperti berzikir dalam keadaan pelik di sebuah tanah perkuburan.
Polis juga mengesahkan sudah menerima satu laporan berhubung video tular berkenaan
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar pula menegaskan tidak akan berkompromi dengan mana-mana perlakuan dan amalan yang jelas bercanggah dengan ajaran Islam susulan video tular itu.
Mengulas lanjut Azmi berkata, sekiranya perbuatan itu salah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) akan bertindak sejak daripada dulu.
"Kalau salah mungkin daripada dulu jabatan agama Islam sudah bertindak. Mungkin dulu pihak pengurusan (kubur) sudah buat laporan. Pihak pengurusan pun relaks dan mereka lebih tahu," katanya.
Penduduk Vista Wira Jaya 2, Kamal Azman Ahmad, 57, pula mengakui sewaktu kejadian, dia juga berada di tanah perkuburan dan berpandangan tidak ada masalah mereka membuat perkara itu.
"Sewaktu kejadian saya ada. Mereka baca Yasin dan buat tahlil. Saya rasa tak ada masalah. Zikir itu biasa.
"Bukan ada colok pun. Saya dengar cakap (orang itu) kubur tok guru," katanya sambil menambah dia melawat kubur ibu mentuanya sewaktu itu.
Manakala penduduk Taman Melati, Muhammad Safian Muhammad Shah, 70, pula berpandangan sebaliknya dengan meminta perkara seperti itu diambil tindakan oleh pihak berkuasa.
"Sepatutnya kita nak berzikir dengan Allah SWT ini kena tenang-tenang, perlahan dan tak usah nak gopoh. Kalau tak betul sudah jadi fitnah, kalau salah sudah jadi syirik.
"Apa saja perbuatan kita dengan Allah SWT kena tenang. (Zikir ini) patut dibuat di tempat seperti masjid atau surau. Di kubur ini sepatutnya sedekahkan al-Fatihah saja," katanya.
Muhammad Safian yang juga pesara berkata, dia terkejut dengan tindakan itu, sambil menyatakan perkara seperti terbabit tidak pernah terjadi sebelum ini.
"Saya terkejut. Kalau saya berada di situ, saya tegur. Saya tak takut (tegur) perkara macam ini. Kita (dalam) Islam kena saling tegur-menegur," katanya.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
''Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar pula menegaskan tidak akan berkompromi dengan mana-mana perlakuan dan amalan yang jelas bercanggah dengan ajaran Islam susulan video tular itu''
pprrfffhh....ejas duta tuhan tu dulu la woi |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by penmerah at 31-12-2024 09:48 AM
Wahhhhh ada ye melayu penduduk situ kata biasalah... takde masalah
Akak kompius... ni ajaran Islam kah?
Dok zikir gitu kat kubur orang mati some more?
Nabi saw yang mulia bila wafat ada tak sabahah buat gitu di makam nabi?
Atau ada tabiin buat gitu?
Apa kelebihan tok guru mereka sampai buat gitu?
Kalau tak silap tular video kat masjid nabawi kat makam nabi dan sahabah pun tak boleh lama2, cukup sekadar sampaikan salam. Ada yg nak berdoa disitu tapi guard jaga tak kasik. Guard tu tunjuk isyarat jari keatas interpreted that nak berdoa kepada Yang Maha Esa sahaja
Moga umat Islam berada di landasan yang benar |
|
|
|
|
|
|
|
kannn
pendapat atok safian tu jgk yg nmpk rationalnya
|
|
|
|
|
|
|
|
penmerah replied at 30-12-2024 02:32 PM
Wahhhhh ada ye melayu penduduk situ kata biasalah... takde masalah
Akak kompius... ni ajaran Islam k ...
Mungkin theols dah penat yang esa buat donnnooooo je kot sistah? Makanya theols berpalkng dan cuba berdoa di makam nabi puloks sissy. |
|
|
|
|
|
|
|
bagi bola tanggung kat wasabi |
|
|
|
|
|
|
|
ok..cumanya tahlil takleh buat kat rumah/surau ke? kena buat atas kubur jugak. adakah dah diwasiatkan begitu. kalau buat kat rumah doanya tak sampai ke?
zaman2 viral ni elok la kurangkan fitnah & elakkan keresahan awam.. |
|
|
|
|
|
|
|
Boleh masuk syurga kah buat MCMni? |
|
|
|
|
|
|
|
kalo depa berzikir kat rumah je tak boleh ka? |
|
|
|
|
|
|
|
Penduduk Vista Wira Jaya 2, Kamal Azman Ahmad, 57, pula mengakui sewaktu kejadian, dia juga berada di tanah perkuburan dan berpandangan tidak ada masalah mereka membuat perkara itu.
ajaran sesat or apa2 jenayah pun bermula dr pemikiran monyet mcm ni lah |
|
|
|
|
|
|
|
Lagi 3-4 generasi akan datang, sembah kubur terus. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by tripleid at 31-12-2024 04:11 PM
pejol replied at 30-12-2024 02:20 PM
''Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar pula menegaskan t ...
Tak salah pun jadi duta..
Muslim yg baik duta pada islam..sama mcm org kristian yg baik duta pada agama dorg..sbb dlm konsep agama samawi (islam,yahudi kristian) manusia ni sbg khalifah tuhan atas muka bumi.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
takutnya kalau ada parents perangai mcm ni
mana dia dapat geng kurapat ni |
|
|
|
|
|
|
|
Bidaah ni.. senang cite kan.. terang lg jelas |
|
|
|
|
|
|
| |
|