CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5351|Reply: 0

[Sarawak] Penduduk mahu tanah runtuh dekat SK Menuang lama dibaiki segera

[Copy link]
Post time 30-12-2024 03:48 PM | Show all posts |Read mode


Tanah runtuh berhampiran SK Menuang lama di Limbang yang perlu dibaiki segera.

LIMBANG: Tanah runtuh berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Menuang lama di sini perlu dibaiki segera bagi mengelak kejadian yang tidak diingini.

Menurut penduduk, kawasan tanah runtuh itu berhampiran laluan utama dan ia mendatangkan risiko bahaya kepada pengguna jalan raya.

Seorang penduduk, Albert Lim 53, memberitahu, kerja pembaikan perlu dilaksanakan secepat mungkin kerana runtuhan itu berlaku antara laluan utama dan banyak kenderaan awam melalui jalan tersebut.

“Bukan sahaja dilalui penduduk Limbang, laluan itu merupakan jalan utama pengguna dari Brunei dan sekitarnya untuk ke bandar Limbang mahupun ke Sabah.
“Saya rasa kerosakan dan tanah runtuh di kawasan sekolah itu sudah agak lama.

“Kita tidak ingin kemalangan jiwa berlaku,” katanya ketika ditemui selepas meninjau kawasan tanah runtuh itu hari ini.

Seorang lagi penduduk, Haris Salleh, menjelaskan pihak berwajib khususnya Jabatan Kerja Raya (JKR) perlu memperbanyak tanda amaran di kawasan tanah runtuh terutama pada waktu malam.

“Harapan saya supaya ia diberikan keutamaan dari segi keselamatan jadi saya berharap pihak berwajib ambil tindakan sewajarnya,” katanya.

Beliau turut melahirkan kebimbangan dengan keadaan cuaca yang tidak menentu ketika ini terutama hujan lebat.

“Ketika musim hujan ini, kebarangkalian berlakunya tanah runtuh adalah tinggi dan kita harap pemantauan di kawasan berkenaan kerap dilakukan,” tambahnya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-1-2025 11:05 AM GMT+8 , Processed in 0.645335 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list