Poster Pertandingan Mencipta Logo dan Moto Ombudsman Sarawak.
KUCHING: Sempena sambutan Ombuds Day Sedunia pada 10 Oktober 2024, warga Sarawak adalah dijemput untuk menyertai Pertandingan Mencipta Logo dan Moto Ombudsman Sarawak bermula 10 Oktober 2024 hingga 10 Januari 2025.
Memetik Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), pertandingan itu merupakan inisiatif untuk meningkatkan kesedaran dan penglibatan masyarakat terhadap peranan dan fungsi ombudsman.
Sebagai makluman, Sarawak Ombudsman Ordinance, 2023 telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Sarawak pada 20 November 2023, menjadikan Sarawak sebagai negeri pertama di Malaysia yang menguatkuasakan undang-undang berkaitan.
|