CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5521|Reply: 0

[Sarawak] Kemeriahan Krismas lebih dirasai di kampung dan rumah panjang di Sarawak

[Copy link]
Post time 30-12-2024 04:12 PM | Show all posts |Read mode


Dennis (berdiri kiri) menikmati nyanyian lagu tradisional ketika kunjungan Krismas bersama penduduk kampung Long Bedian.

MIRI: Kemeriahan dan kegembiraan sambutan perayaan Krismas lebih dirasai dan dinikmati di kampung dan rumah panjang di negeri ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan Dato Dennis Ngau berkata, suasana perayaan dihidupkan beberapa hari sebelum perayaan dengan pengisian pelbagai program untuk semua peringkat usia.

"Sambutan Krismas di rumah panjang dan kampung tidak dapat dibandingkan dengan kawasan lain kerana apabila Krismas tiba, semua penduduk akan memberi yang terbaik untuk memastikan sambutan perayaan yang diraikan adalah yang terbaik.

"Ini yang berlaku di kampung, rumah panjang di seluruh Sarawak yang meraikan Krismas setiap tahun," jelasnya di sini, pada Jumaat.

Pengerusi Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) itu berkata, penduduk termasuk Jawatankuasa Kemajuan, Keselamatan Kampung (JKKK) dan gereja akan mengatur pelbagai program kekeluargaan dan pertandingan untuk menghidupkan suasana.

Menurut Dennis, sambutan turut mendapat penyertaan sukarela golongan belia yang mengambil peluang kehadiran ramai belia dari bandar yang balik kampung dengan menganjurkan aktiviti seperti pertandingan bola sepak, futsal dan bola bola tampar.

Beliau memberitahu, sejak dipilih sebagai wakil rakyat beliau menyokong penganjuran aktiviti khasnya yang melibatkan golongan belia dan mengukuhkan perpaduan penduduk.

Dennis melihat kerjasama antara belia di kampung dan rumah panjang semakin meningkat ketika musim perayaan dan mahu semangat itu diteruskan.

"Sebagai wakil rakyat menyokong aktiviti seperti ini dengan memberi dana kepada mereka untuk membeli hadiah dan menganjurkan program.

"Kebanyakan aktiviti juga disokong oleh penduduk khasnya belia yang menganjurkan secara sukarela, menjadikan Krismas balik kampung lebih meriah," jelas Dennis.

Berkongsi pengalaman meraikan Krismas di Long Bedian, Dennis berkata, sambutan telah bermula pada 22 Disember dengan pelbagai program dari pagi sehingga malam, antaranya, malam kebudayaan, program belia dan sukaneka dan rumah terbuka.

Seramai lebih 1,000 penduduk hadir sembahyang Misa Krismas pada malam sambutan perayaan di gereja yang telah dinaik taraf.

Menurut Dennis, pada Hari Krismas penduduk menganjurkan majlis makan tengah hari dan diteruskan dengan sesi cabutan bertuah yang menawarkan hadiah utama sebuah motosikal berharga RM5,000.

Pihak gereja juga berjaya mengumpul derma berjumlah RM25,000 menerusi jualan kupon.

"Mood dan keseluruhan perasaan meraikan Krismas di kampung dan rumah panjang adalah sangat berbeza jika dibandingkan dengan sambutan di bandar.
"Persekitaran sambutan juga sangat berbeza," jelas Dennis.

Penduduk dari kawasan sekitarnya juga mengunjungi rumah terbuka, sekalig us mengukuhkan persahabatan dan persaudaraan dalam kalangan mereka khasnya di kontituensi Telang Usan.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-1-2025 10:35 AM GMT+8 , Processed in 0.276984 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list