CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7966|Reply: 0

[Sarawak] Wong sokong gesaan kerajaan pusat segera perjelas penyelesaian isu gas Petros-Petronas

[Copy link]
Post time 30-12-2024 05:08 PM | Show all posts |Read mode


SIBU: Naib Presiden Kanan Parti Demokratik Progresif (PDP) Dato Sri Wong Soon Koh (gambar) menyatakan sokongan penuh terhadap gesaan Ketua Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak Dato Fazzrudin Abdul Rahman supaya Kerajaan Persekutuan segera memperjelaskan penyelesaian isu gas Petros-Petronas.

Wong menegaskan rakyat Sarawak berdiri teguh di belakang Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bahawa pelantikan Petros sebagai pengagregat gas tunggal negeri adalah tidak boleh dirundingkan.

Beliau menekankan Sarawak bersedia untuk mengambil langkah berani bagi melindungi hak-haknya.

“Ordinan Pengagihan Gas 2016 yang telah dipinda pada 2023, sebagai undang-undang penting untuk memastikan semua pihak, termasuk Petronas, mematuhi keperluan pelesenan.

“Petronas seharusnya mematuhi undang-undang kita semasa beroperasi di Sarawak. Ia adalah kewajipan statutori yang perlu dihormati oleh Petronas,” kata Wong dalam satu kenyataan hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bawang Assan itu berkata, sejak penguatkuasaan Akta Pembangunan Petroleum (PDA) 1974 sehingga 2014, jumlah nilai petroleum dan gas yang diekstrak oleh Petronas dan Kerajaan Persekutuan di Sarawak melebihi RM1 trilion.

Namun katanya, Sarawak hanya menerima RM50 bilion, bersamaan dengan bayaran tunai lima peratus mengikut seksyen 4 PDA.

Beliau merayu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim agar segera menyelesaikan isu pengagihan gas itu sambil menekankan hak cukai Sarawak perlu dikembalikan.

“Banyak sumbangan Sarawak digunakan di Semenanjung Malaysia, sementara Sarawak terus terpinggir,” kata Wong.

Selain itu, Wong turut menyuarakan kebimbangan mengenai pelaksanaan sistem e-invois baru-baru ini yang didakwanya memberi kesan tidak seimbang kepada perniagaan kecil.

Beliau menegaskan sementara syarikat besar mampu mendapatkan bantuan profesional untuk menyesuaikan diri, peniaga kecil yang mempunyai pendidikan dan sumber terhad menghadapi kesukaran.

“Pendekatan sistem e-invois yang tegar dan seragam adalah tidak praktikal. Polisi seharusnya meringankan beban, bukan memburukkannya,” tegasnya.

Wong menekankan keperluan Sarawak untuk mendapatkan kembali kuasa cukainya bagi memastikan polisi yang dilaksanakan selaras dengan keutamaan tempatan.

Beliau berkata, dengan mengawal semula percukaian, Sarawak dapat menyesuaikan strategi fiskalnya untuk menangani cabaran dan peluang unik yang dihadapi oleh komuniti-komunitinya, mempromosikan pembangunan mampan dan melindungi kepentingan rakyatnya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-1-2025 11:06 AM GMT+8 , Processed in 0.383493 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list