CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8026|Reply: 0

[Sarawak] Satu lagi kes rabies direkodkan di Sarawak

[Copy link]
Post time 30-12-2024 05:12 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Sarawak mencatatkan satu kes rabies melibatkan seekor anjing liar pada minggu lepas, kata Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) Dato Wee Hong Seng.

Beliau dalam sesi secara langsung di Facebook ‘Shall WEE Talk' pada Sabtu, memberitahu kes tersebut berlaku di Bintulu dan anjing liar itu telah berjaya ditangkap.

Bagaimanapun beliau mengingatkan pemilik anjing dan kucing menjaga haiwan peliharaan mereka dengan baik, selain memastikan ia diberi suntikan vaksinkaitan bekerjasama mencari penyelesaian yang dapat mengurangkan kesulitan dan memberi manfaat kepada semua pihak.

Menurutnya, pihak berkuasa berkaitan sepatutnya mengadakan sesi dialog bersama komuniti setempat sebelum membuat keputusan menutup jalan, dan tidak hanya mengumumkannya di media sosial.

“Keputusan boleh diumumkan melalui Facebook, tetapi mesej yang jelas perlu disampaikan kepada orang ramai, terutamanya mereka yang terjejas,” katanya.

Wee turut menegaskan bahawa walaupun MBKS tidak mempunyai kuasa ke atas pelaksana projek iaitu Sarawak Metro Sdn Bhd (Sarawak Metro) jalan tersebut berada dalam kawasan MBKS dan pihaknya seharusnya dimaklumkan.

Sebelum ini, Sarawak Metro telah mengumumkan penutupan jalan kekal melibatkan persimpangan belok kiri ke Ibu Pejabat Ibraco dan kedua-dua lorong dari pejabat itu ke kawasan The Northbank iaitu berhadapan dengan Avona Residence, di sini.

Penutupan jalan kekal yang bermula pada 26 Disember ini bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembinaan stesen Transit Aliran Autonomi (ART) sebagai sebahagian daripada projek Sistem Pengangkutan Bandar Kuching (KUTS) Fasa 1.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-1-2025 10:49 AM GMT+8 , Processed in 0.081582 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list