CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 39069|Reply: 0

[Johor] Acu pedang terhadap bekas isteri, duda dijel 26 bulan

[Copy link]
Post time 30-12-2024 09:59 PM | Show all posts |Read mode

Duda, Nik Helmi Jamsus dihadapkan ke Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret Batu Pahat kerana ugut dan acu pedang terhadap bekas isteri serta anak-anak kandung. FOTO Alias Abd Rani

Batu Pahat: Seorang duda dipenjara 26 bulan dan denda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan memiliki, ugutan dan mengacu pedang terhadap bekas isteri serta anak-anak kandungnya.

Nik Helmi Jamsus, 43, yang juga pemandu peribadi berhadapan enam pertuduhan termasuk satu di Mahkamah Sesyen, mengaku bersalah terhadap kesemuanya pertuduhan yang dikemukakan terhadapnya.

Di Mahkamah Sesyen, tertuduh didakwa memiliki senjata berjadual iaitu pedang berukuran 100 sentimeter (sm) di rumahnya di Parit Haji Yusof, Sri Medan, 10 pagi, 28 Disember lalu.

Oleh itu, dia didakwa mengikut Seksyen 7 (1) (a) Akta Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958, dengan penjara sehingga 10 tahun dan sebatan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Sharifah Natasha Syed Ahmad manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Hakim Osman Affendi Mohd Shalleh menjatuhkan hukuman denda RM5,000 serta memerintahkan tertuduh dipenjara 10 bulan jika gagal membayarnya.

Sementara itu, bagi pertuduhan pertama dan kedua di Mahkamah Majistret, tertuduh didakwa mencederakan anak perempuan dan lelaki masing-masing berusia 13 dan 17 tahun, 10.30 malam, 27 Disember lalu.

Untuk pertuduhan ini, dia didakwa mengikut Seksyen 323 dan dibaca bersama Seksyen 326A Kanun Keseksaan.

Seksyen 323 memperuntukkan hukuman penjara setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya manakala Seksyen 326A, penjara dua kali ganda tempoh maksimum yang dikenakan atas sabitan kesalahan mengikut Seksyen 323.

Bagi pertuduhan ketiga, dia didakwa melakukan ugutan jenayah terhadap anak lelakinya.

Kesalahan ini didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa penjara sehingga tujuh tahun dan juga denda.

Manakala pertuduhan keempat dan kelima, dia didakwa mencederakan serta mengacu pedang ke arah bekas isterinya, dengan kesemua kejadian itu berlaku pada tarikh, masa dan lokasi sama.

Oleh itu, dia didakwa mengikut Seksyen 323 dan 351 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 352 Kanun Keseksaan, masing-masing penjara denda dan penjara.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Farah Wahidah Mohd Sharip manakala tertuduh diwakili Normahani Raais daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK)

Majistret Suhaila Shafi'uddin menjatuhkan hukuman penjara enam bulan bagi setiap pertuduhan pertama dan kedua, empat bulan pertuduhan ketiga manakala keempat dan kelima, masing-masing dua dan empat bulan.

Kesemua hukuman penjara berjalan serentak berkuat kuasa dari tarikh tertuduh ditahan, 28 Disember lalu.



Disiarkan pada: Disember 30, 2024



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-1-2025 04:06 AM GMT+8 , Processed in 0.035673 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list