CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 39024|Reply: 0

Arab Saudi memperuntukkan 50 hektar tanah untuk Kampung Haji Indonesia

[Copy link]
Post time 30-12-2024 10:10 PM | Show all posts |Read mode

Menteri Agama, Nasaruddin Umar, mengadakan pertemuan dengan Duta Besar Arab Saudi, Faisal Abdullah Al-Amudi, di Jakarta, Indonesia. - Foto Instagram Nasaruddin Umar

JAKARTA: Kerajaan Arab Saudi dilaporkan menyediakan kawasan seluas 50 hektar bagi pembangunan Kampung Haji Indonesia.

Projek itu dijangka mempermudahkan urusan dan meningkatkan kualiti layanan kepada jemaah haji serta umrah dari Indonesia.

Langkah ini turut mencerminkan hubungan erat antara kedua-dua negara dalam menguruskan keperluan ibadah berjuta-juta umat Islam dari Indonesia.

"Putera Mahkota Muhammad Bin Salman telah menyerahkan tanah seluas 50 hektar dengan konsesi selama 100 tahun," kata Wakil Menteri Agama Indonesia, Romo HR Muhammad Syafi'i, semasa sidang media di Jakarta, seperti dilaporkan oleh Antara pada 29 Disember.

Romo menjelaskan bahawa idea itu timbul daripada keprihatinan Presiden Prabowo Subianto terhadap kualiti layanan yang diterima oleh jemaah haji Indonesia.

"Ramai jemaah telah menabung bertahun-tahun untuk melaksanakan ibadah haji, namun layanan yang mereka terima sering kali tidak memuaskan," katanya.

Beliau menambah bahawa Prabowo bercadang membina Kampung Haji Indonesia yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan termasuk penginapan moden, pusat kesihatan, dan kawasan ibadah eksklusif.

"Presiden mahu jemaah merasa lebih selesa dan dapat menjalankan ibadah mereka dengan tenang," tambah Romo.

maklum balas daripada kerajaan Arab Saudi terhadap cadangan ini sangat positif, kata Menteri Agama, Nasaruddin Umar, yang yakin bahawa kampung tersebut bukan sahaja akan memanfaatkan jemaah haji, tetapi juga jemaah umrah.

"Ini adalah langkah yang lebih cekap dalam jangka panjang kerana melibatkan jutaan umat Islam dari Indonesia setiap tahun," katanya.

Menurut Nasaruddin, pembincangan lanjut mengenai pembangunan kampung itu akan diteruskan selepas musim haji 2025.

"Ini adalah keutamaan kerana ia berkaitan dengan keselesaan ribuan jemaah setiap tahun," katanya di Istana Presiden di Jakarta.

Kementerian Agama Indonesia turut memberi perhatian kepada kos ibadah haji yang semakin meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Menteri Agama menyatakan bahawa usaha sedang dijalankan untuk mengurangkan kos tanpa menjejaskan kualiti layanan.

"Presiden memberi arahan supaya pengurusan kos dibuat dengan lebih berkesan, termasuk mencari alternatif penerbangan dan mengurangkan tempoh tinggal di Arab Saudi," jelas Nasaruddin. - AGENSI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-1-2025 04:05 AM GMT+8 , Processed in 0.033815 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list