CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 32900|Reply: 0

[Tempatan] Tahun 2025 rai permulaan kelahiran Generasi Beta

[Copy link]
Post time 1-1-2025 07:10 PM | Show all posts |Read mode
Tahun 2025 rai permulaan kelahiran Generasi Beta
Oleh BERNAMA - Januari 1, 2025 @ 7:08pm

Wakil Jabatan Kebidanan dan Sakit Puan Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan bersama bayi-bayi yang lahir pada Tahun Baru 2025. - Foto NSTP/Muhammad Delima Atan

KUALA LUMPUR: Tahun 2025 yang membuka tirai tepat pada 12 tengah malam tadi menandakan kelahiran generasi baharu dikenali sebagai Generasi Beta (Gen Beta).

Gen Beta akan bermula dengan bayi yang lahir dari tahun ini hingga 2039, iaitu selepas generasi terdahulu Gen Alpha (lahir pada 2010 hingga 2024) dan Gen Z (generasi yang dilahirkan selepas 1996).

Di NEGERI SEMBILAN, sebanyak 20 kelahiran bayi tahun baharu dilaporkan di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) Seremban setakat 1.30 tengah hari tadi.

Menurut data yang dikeluarkan HTJ, daripada jumlah itu 14 adalah bayi perempuan termasuk dua pasangan kembar yang dilahirkan awal pagi tadi.

Di PAHANG, Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan menyambut kelahiran 10 bayi lelaki dan sembilan bayi perempuan pada tahun baharu setakat 11 pagi tadi, dengan kelahiran terawal seorang bayi lelaki yang direkodkan pada 12.12 tengah malam.

Jabatan Kesihatan Negeri Pahang memaklumkan selain HTAA, hospital daerah Temerloh, Bentong dan Lipis turut merekodkan masing-masing dua kelahiran manakala di Raub, Pekan dan Cameron Highlands masing-masing mencatatkan satu kelahiran.

Di PUTRAJAYA, tiga bayi lelaki dan tiga bayi perempuan seberat antara 2.51 kilogram hingga 3.85 kilogram selamat dilahirkan di Hospital Putrajaya.

Sementara itu di PERLIS, pengurusan Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar dalam kenyataan memaklumkan lima bayi lelaki dan seorang bayi perempuan dilahirkan setakat 1 tengah hari tadi.

Di MELAKA, Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri, Datuk Ngwe Hee Sem berkata seorang bayi perempuan dan tiga bayi lelaki termasuk oleh seorang ibu warga asing dilahirkan di Hospital Melaka bermula tengah malam hingga 8 pagi tadi.

"Tahniah diucapkan kepada semua ibu dan bapa yang menyambut kelahiran anak mereka pada tahun baharu 2025 ini," katanya dalam kenyataan hari ini.

- BERNAMA

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-1-2025 07:20 AM GMT+8 , Processed in 0.041875 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list