CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 34004|Reply: 6

[Tempatan] Larangan merokok di dobi pastikan persekitaran lebih sihat

[Copy link]
Post time 1-1-2025 07:15 PM | Show all posts |Read mode
Larangan merokok di dobi pastikan persekitaran lebih sihat
Oleh Azhar Shahrulnizam - Januari 1, 2025 @ 4:33pm
[email protected]

Premis dobi yang bebas daripada asap rokok dengan penguatkuasaan larangan merokok hari ini. - Foto NSTP/Rohanis Shukri

KUALA LUMPUR: Langkah kerajaan memasukkan premis dobi sebagai lokasi baharu dalam senarai kawasan larangan merokok yang berkuat kuasa hari ini mendapat sambutan baik.

Selain premis dobi tinjauan BH di beberapa kawasan larangan seperti stesen minyak, restoran dan pasar mendapati tiada individu yang merokok di lokasi berkenaan, menunjukkan tahap pematuhan yang baik pada hari pertama penguatkuasaan.

Orang ramai memberikan reaksi positif terhadap langkah yang dilihat mampu melindungi masyarakat daripada bahaya asap rokok.

Menurut seorang guru, Muhammad Afif Asmadi, 25, usaha itu penting untuk menjaga kesihatan golongan bukan perokok, terutama ibu dan anak kecil yang lebih mudah terdedah kepada risiko penyakit akibat asap rokok.

"Asap rokok sangat berbahaya kepada orang sekeliling. Walaupun mereka tidak merokok, mereka tetap berisiko menghidap penyakit akibat pendedahan kepada asap rokok.

"Selain itu, larangan ini dapat memberikan perlindungan kepada golongan rentan seperti ibu dan anak kecil yang mudah terkesan oleh pencemaran asap rokok," katanya.

Dia turut mencadangkan kerajaan memperluaskan kempen kesedaran seperti iklan berhenti merokok dan menyediakan program sokongan untuk membantu perokok menghentikan tabiat berkenaan.

"Kerajaan juga boleh memberi insentif kepada mereka yang berjaya berhenti merokok. Pada masa sama, penguatkuasaan undang-undang perlu diperkukuhkan supaya peraturan dipatuhi," katanya.

Penjawat awam, Anis Qistina Abdul Malek, 24, turut menyokong langkah ini khususnya dengan menyenaraikan premis dobi sebagai kawasan larangan merokok.

"Larangan merokok di kawasan seperti tempat kerja membantu mengurangkan risiko kesihatan kepada orang ramai, terutamanya golongan bukan perokok dan mereka yang rentan seperti kanak-kanak dan wanita hamil.

"Asap rokok mengandungi bahan kimia berbahaya yang mencemarkan udara dan memberi kesan buruk kepada kesihatan. Perlindungan kepada golongan ini amat penting bagi memastikan mereka dapat hidup dalam persekitaran yang lebih sihat," katanya.

Anis Qistina juga menyokong larangan penjualan rokok dan vape secara dalam talian serta melalui mesin layan diri, kerana ia mampu mengurangkan akses golongan muda kepada produk berkenaan.

Bagi mahasiswa, Muhammad Harith Akmal Mohamad Shahrul, 21, walaupun terdapat cabaran dalam memastikan kepatuhan sepenuhnya, penguatkuasaan tegas bersama sokongan masyarakat mampu menjayakan inisiatif ini.

"Tanpa asap rokok, udara menjadi lebih bersih dan bebas daripada bahan kimia berbahaya seperti karbon monoksida dan nikotin. Ini bukan sahaja melindungi kesihatan perokok pasif, tetapi juga menyumbang kepada kualiti udara yang lebih baik.

"Cukuplah dengan pencemaran yang dihasilkan oleh kenderaan di jalan raya. Jangan ditambah lagi dengan pencemaran daripada asap rokok," katanya.

Dia mencadangkan kerajaan memperketat undang-undang pembelian rokok dan vape dengan mewajibkan pengesahan identiti bagi setiap pembelian sebagai langkah tambahan untuk melindungi generasi muda.

Pada 4 Oktober lalu, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, dilapor berkata premis dobi dan bangunan tempat kerja menjadi lokasi baharu tersenarai dalam kawasan larangan merokok berkuat kuasa 1 Januari, susulan penguatkuasaan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) pada 1 Oktober tahun lalu.

Dr Dzulkefly berkata ia menjadikan 28 tempat larangan merokok secara keseluruhan diwartakan di bawah Akta 852 itu.

Antara kawasan dilarang merokok lain yang diwartakan ialah kawasan hospital atau klinik, lif atau tandas awam, tempat makan, kedai berhawa dingin, bangunan hentian pengangkutan awam, kawasan lapangan terbang kecuali kawasan atau bilik merokok yang telah diluluskan, kawasan premis kerajaan dan kawasan institusi pendidikan atau institusi pendidikan tinggi.

Turut tersenarai pusat hiburan atau teater kecuali kasino, kawasan taman asuhan kanak-kanak, kompleks beli-belah, stesen minyak, perpustakaan, kafe Internet, stadium, pusat kecergasan atau gimnasium serta di dalam bas sekolah dan kenderaan awam.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-1-2025 07:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Pendek kata boh je la sikit daging babi kat rokok2 tu. Rimas tgk umat islam yg melawan mufti bab rokok ni.
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2025 08:41 AM | Show all posts
Kat kedai makan pun ada lagi manusia yg merokok..kadang rasa nk katuk je kepala sekor2 tu
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2025 12:31 PM | Show all posts
Manjahati replied at 2-1-2025 08:41 AM
Kat kedai makan pun ada lagi manusia yg merokok..kadang rasa nk katuk je kepala sekor2 tu

Menteri Luar pun ngisap kat Restoran..
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2025 03:41 PM | Show all posts
highcastle replied at 2-1-2025 12:31 PM
Menteri Luar pun ngisap kat Restoran..

Tu ler pasal.. ramai yg ngikut gitu..kadang tu nmpk bapak budak sambil pegang baby pun hisap rokok juga berlaku kat kedai mkn..
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2025 04:34 PM From the mobile phone | Show all posts
dobi mesra muslim pun diharamkan. makan kedai cina terbaikk
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-1-2025 04:44 PM | Show all posts
malam new year..tengah lepak2 kat kedai makan, best angin tgh sedap..tepi tasik..tiba2 bau rokok...
aku suruh pekerja kedai makan tu tegur...
tgk dier mcm takut..
aku amik signage dilarang merokok tu...
pergi kat meja smokers tu..
laju je dier padamkan...
siap mtk maaf lagi...
so..jgn takut utk menegur..
smokers ni manusia biasa jugak..cumanya segelintir yg x da otak ..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-1-2025 07:16 AM GMT+8 , Processed in 0.511024 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list